12 September, 2009

Merbok dalam Sejarah Bahagian Akhir - Hapuskan Si Kitul dalam UMNO Merbok.

Di dalam UMNO Merbok sendiri tidak ramai yang gila-mengila untuk kerja-kerja lobi-melobi menjadi calun setiap kali PRU cuma hanya wujud seorang Si Kitul sahaja.

Jika namanya tercicir dari pencalunan si Kitul mula tawar-menawar untuk dilantik menjadi Senator pula. Selepas mendapat Senator si Kitul akan mengejar projek-projek pula. Selepas mendapat projek si Kitul akan melobi untuk menjawat jawatan dalam syarikat-syarikat GLC pula. Apabila memegang sebagai Pengerusi GLC Kerajaan Negeri Kedah si Kitul akan mengaut segala laba-laba untuk kepentingan peribadi sebagai persediaan mengahadapi pemilihan dalamUMNO. Inilah kerja si Kitul.

Apabila si Kitul telah kaya-raya maka bangkitlah satu tahap keegoan dan kesombongan yang menjadi-jadi bersama juak-juaknya. Sehingga juak-juak mereka mendabik dada mengatakan merekalah yang berkuasa menentukan siapa calun disini dan mereka melaung-laungkan slogan keangkuhan mereka "aku berjaya menendang Daim keluar dari Merbok, aku berjaya menendang Mokhzani anak Mahathir dari Merbok dan aku berjaya menendang Zainudin Maidin keluar dari sini" .

Sikap-sikap sebeginilah yang menyebabkan hari ini UMNO Kedah menanggung akibatnya dengan kejatuhan tersepuk mereka dalam PRU 12 yang lepas.

Kesimpulannya kejatuhan Kedah hari ini adalah faktor dalaman UMNO sendiri bukannnya PAS itu kuat.

Sebagai pengajarannya Merbok Times tidak akan berkompromi dan akan terus mengeritik setiap detik dan jam untuk kebaikan. Setiap inci kepincangan dalaman UMNO Kedah amnya dan khasnya UMNO Merbok akan didedah. Samaada mereka berubah atau mereka akan diubah.

Malangnya sehingga saat dan hari ini tidak nampak bunga-bunga mereka akan berubah malah lebih porak-peranda situasi politik di Merbok.

Keagongan Empayar Melayu Melaka tidak akan jatuh ke tangan Portugis jika Si Kitul dibunuh terlebih dahulu.

Salam Aidil Fitri dari seluruh Editorial Bureaus Merbok Times.

22 comments:

  1. Memang sikitul ni sombng..lg smbong bini dia..abis semua termasuk yg ada dlm bilik tidoq p crita kat semua orang..brapa harga..u tau dak bj kain kawin anak i xckup 1/2 meter, i pun terbang p beli kain kat singapore..kain tu kat malaysia xdak..cuma fikiq sombong ka dak bini dia..tu baru skit ada byk lg..tunggu komen yg seterusnya

    ReplyDelete
  2. SIAPA SIKITUL DALAM MERBOK ?

    Gambaran yang di beri oleh Merbok Times menjurus kepada kepimpinan nombor wahid dalam Bahagian Merbok yang tidak lain dan tidak bukan Ketua Bahagian sekarang.

    Selain dari apa yang telah diperkatakan oleh Merbok Times dan Mummyrokiah berkenaan SIKITUL ini ada lagi perkara yang cukup serius yang telah dilakukan olehnya.Ianya merupakan satu BETRAYAL atau PENGKHIANATAN terhadap orang orang MELAYU Kedah.

    Projek MEGA Bukit Malut diLangkawi melibatkan lebih TIGA RATUS hektar tanah STRATEGIK MILIK KERAJAAN NEGERI KEDAH TELAH DILACURKAN KEPADA RAKYAT SINGAPURA dan orang yang bertanggung jawab ialah Ketua Bahagian Merbok semasa itu beliau memegang syarikat GLC Kedah iaitu KEDAH CORPORATION.

    Projek tersebut bernilai RM 1.8 BILION dan dibina dalam lima fasa,ianya melibatkan pembinaan padang golf,rumah bunglow dan Lot lot perumahan bunglow.

    Projek ini dikenali dengan nama 99 degrees east dan dimajukan oleh sebuah syarikat milik SINGAPURA bernama TIARA MODA.Perjanjian antara Kerajaan Negeri Kedah dengan Tiara Moda ialah Kerajaan beri tanah tersebut kepada pemaju dan pemaju membangunkan tanah tersebut.Sebagai bayaran balik, Kerajaan Negeri diberi 20% saham dalam Tiara Moda dan 80% adalah hak milik Tiara Moda.

    Fasa pertama yang hampir siap bernilai RM 118 JUTA dan setakat hari ini TIARA MODA hanya keluar modal sebanyak RM 60 JUTA saja.Cuba bayangkan berapa banyak Tiara Moda akan mengaut keuntungan dan apa yang Kerajaan Negeri akan dapat hanyalah "CHICKEN FEED" atau HAMPAS saja.Barang diingat ini baru FASA PERTAMA, ada empat fasa lagi.

    Siapa dibelakang TIARA MODA ? tidak susah untuk diteka !

    SB rakyat akan bongkar lagi dan orang yang terlibat harus dibawa keMahkamah Tinggi Alor Star.

    ReplyDelete
  3. Merbok Times ... buat la apa yang terbaik ..asalkan penulisan hang tu .... hang sorang SORAK GEMBIRA. Manusia akan menjadi marah bila tak dapat sesuatu ... Dulu Mokzani, Zainudin dan Tun Daim bagi hang duit kopi selalu kot ... Awat la hang ni teruk sangat .. Nak secawan kopi call saya ....

    ReplyDelete
  4. Marang Prapu bin Skunden Marang SekeperrSeptember 13, 2009 at 6:07 AM

    Saya ingin kepastian adakah betul jika Si Kitul ini menang pilihanraya yang lepas beliau akan dilantik menjadi Menteri Penuh?
    Angin-angin ini tersebar luas di Bandung baru-baru ini selepas pilihanraya kecil Bukit Selambau.
    Jika benar dakwaan ini bermakna sangatlah rugi pengundi Merbok tidak mengundi si Kitul.Mereka tolak tuah..

    Ikhlas dari Bandung,
    Marang Prapu Sekunden Marang Sekeper.
    (Ahli Nujum)

    ReplyDelete
  5. CCZ pernah dengar itu SB Rakyat..Tiada yang mustahil demi sebuah kuasa.

    ReplyDelete
  6. Apa yang MT sebutkan tu sememangnya betul...dalam UMNO memang ada banyak sikitul2 ..tetapi MT hanya menjurus kepada seseorang sahaja..jikalau kita lihat tokoh2 yang MT sanjungi dan kagumi itupun dahulunya juga pernah menjadi sikitul...kalau tidak menjadi sikitul mcm mana nak jadi KT Bhg..semuanya duit..maruah ahli2 UMNO ni kebanyakkan dari duit sikitul2 ni la..walaupun sikitul2 ni tidak mendapat projek secara langsung takut bergelar kroni/kekeluargaan tetapi subjek "proxy" menjadi pilihan alternative untuk mendapatkan sesuatu projek tanpa syak wasangka oleh rakyat2 Kesultanan Melayu Melaka...apabila sang Portugis mula menjajah maka takut dan tidak terdaya lagilah hulubalang2 sikitul ni untuk bertahan...apabila dah tewas mula lah menyalahkan orang lain..sbg contoh kenapa semasa PRU12 D'ZM kalah di parlimen SP...adakah pengundi di P SP ni tidak kenal akan D'ZM..??

    Yang menjadi tanda tanya sekarang ni...Panglima Tengku Ismail Daut ni sebenarnya nak bersilat digelanggang mana satu?????..Bhg. Merbok ke atau UNIMEP..tapak jangan sebarang tapak, tersilap tapak sumbang dipandang orang..

    ReplyDelete
  7. hai ZAHRAN ....kalau nak komen pun komenlh untuk membina.....usahlah cuba mengaibkan atau menghina semacam tu.Fikir-fikirlah wahai pembaca jangan membiarkan fikiran dirasuk syaitan.

    ReplyDelete
  8. MT,
    Salam buat kalian. Kita tahu kekuatan Kalian berblogging, mengapa tidak kita berbincang dan demi kebaikan Merbok kita berunding semeja.
    Tidak ada apa yang mustahil untuk kita bawa berunding.
    Sepatutnya kita selesaikan isu-isu dalam cawan kopi ini sesama kita.
    Akan kita hubungi kalian melalui email.
    Terima kasih.

    Ikhlas,
    Cinta Damai

    ReplyDelete
  9. Marang Prapu,
    You kena check dengan pegawai Imegresyen dia ada maklumat lengkap.
    Nak jadi Menteri? Jauh semanggang dari api.Hang tunggu kucing bertanduk jangan nak kata menteri, jadi Ketua Bahagian pun dok merapu mereben.
    Hangusssssssssssssssssssssssss.

    ReplyDelete
  10. Dalam bulan puasa ni kita perlu lebih beribadat dari dok cari jalan menjatuhkan orang lain...
    Kalau nak cerita keburukan ... semua manusia ada keburukan... MENUNJUK SATU JARI KAT ORANG LAIN SENANG .. TAPI JANGAN TERLUPA BAHAWA TIGA LARI LAGI TUNJUK DIRI SENDIRI ... PI LA BERTAUBAT SEBELUM PINTU TAUBAT TERBUKA.

    ReplyDelete
  11. Blogger SB Rakyat,
    Pendedahan tuan nampaknya terlalu eksklusif seperti rancangan "999 TV3".
    Kepincangan sebegini di kira bukan dilakukan seorang sahaja mungkin ia terlibat ramai individu tertentu.
    Kerapkali perompak-perompak ini bergerak dalam kumpulan.
    Siasatan harus dilakukan bermula di Singapura kerana wang-wang rompakan mereka mungkin disimpan dalam akaun-akaun bank Spura kerana lebih selamat di sana.

    ReplyDelete
  12. Cinta Damai,
    Terima kasih atas pandangan.
    Suara pengundi tidak ada jualbeli.

    ReplyDelete
  13. Kita harus berbangga sekiranya org Melayu menjadi kaya raya.Kenapa bangsa lain yang lebih rakus dan gelojoh mencari wang di bumi Malaysia ini tak kira halal haram kita tak berani menegur .Kenapa kita marah sangat bila melihat Melayu berjaya? Awat melayu tu dah keluar dari Islamkah?Sedarkah kita wang hasil dari kekayaan itu di belanjakan balik kepada org Islam dlm bentuk zakat dan derma?Manalah tahu anak mereka menjadi yang menjadi alim ulamak dan akan terus berdoa ke tuhan akan kesejahteraan kita semua.Apakah org kafir akan berbuat sedemikian.Wahai MT apa saja kritikan yang nak merugikan kita tak usahlah diperdebatkan..

    ReplyDelete
  14. Pada hakikatnya,yang jadi siketul bukanlah dikalangan pemimpin..Sebenarnya Si ketul terdiri daripada orang yang kecewa,hati busuk,dengki tak tentu pasal diatas kejayaan sesaorang..Di Merbok,si ketul yang paling jahat,ialah orang2 yang menentang kepimpinan Dato'Tajul sekarang ini..Kenapa baru sekarang Siketul siketul ini mempertikaikan sangat kepimpinan Dato'Tujul sedangkan sebelum ini tidak..Tidak tahukah wahai siketul bahawa Dato'Tajul baru mengambil alih pentadbiran bahagian dari Dato' Azmi. Sebelum ini apa istemewanya Dato'Azmi telah lakukan di bahagian Merbok setelah sekian lama menjadi ketua bahagian..

    Sekarang masa sudah berubah.Negeri Kedah sudah di tangan pembangkang.Sepatutnya siketul si ketul ini perlu menghentam pihak pembangkang,kerana pimpinan pembangkang negeri Kedah apa pun tak buat semenjak memerintah..Di Merbok,Wakil Rakyat Parliman Dato' Rashid dari PKR,kemana perginya dan apa yang dia buat untuk pengundi dan rakyat Merbok..Dr.Hamdan wakil Rakyat Tanjung Dawai dari Pas sama juga..Yang di Dun Bukit Selambau,lagi lah teruk..Keriang dot..Apa kah mereka mereka ini prestasinya baik dari Dato'Tajul???.

    Bukan aku nak puji atau bodek Dato'Tajul dan Ajk bahagian yang ada sekarang..Contohnya di sepanjang bulan puasa tahun ini,entah berapa tempat masjid dan surau majlis berbuka puasa diadakan..dan entah berapa banyak duit,beras dan kain telah di beri bantuan kepada gulungan fakir miskin dan Ibu Tunggal..Aku rasa di masa kepimpinan bahagian sebelumnya,tak ada majlis yang dibuat sebegitu rupa,kalau ada pun,tak lah banyak sepertimana sekarang walaupun ketika itu Wakil Rakyat jadi Menteri dan Ketua Bahagian jadi Wakil Rakyat dan Keriang dot Bukit Selambau jadi Exco negeri.Dato' Tajul tak ada itu semua,apatah lagi Kedah di tangan Pembangkang ketika ini..Maka sudah tentulah serba kekurangan..Apa pun aku merasa bangga dan kagum diatas keupayaan Dato' Tajul melaksanakan tugas dengan penuh amanah dan rasa tanggung jawab kepada ahli parti dan rakyat merbok am nya..Si Ketul tulung lah jangan berdengki tak tentu pasal..buat lah penilaian dengan jujur dan ikhlas..Jangan jadi petualang dalam parti serta baling batu sembunyi tangan..Sebenarnya orang sudah tahu siapa si ketul si ketul dalam Merbok ini..Cakap tarak serupa bikin..Berkukok bertalu talu,pada hal ekor penuh dengan gelomiang najis..

    Aku tahu,Si ketul si ketul ini,memang setengahnya ada otak..gunakan otak anda kearah kebaikan bukan untuk menghancurkan parti..Gunakan akal dan pikiran sebaik mungkin untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada Barisan Nasional..bukanlah sebaliknya.

    ReplyDelete
  15. Pada pandangan aku,siketul adalah orang yang kecewa,busuk hati perutnya dan berdengki tak tentu pasai..Si ketul dalam Merbok ini cakap tarak serupa bikin..Berkukok bertalu talu,pada hal ekor bergelomiang dengan najis..Aku tau siapa mereka..Dato Tajul bukan si ketul,dia adalah pemimpin.

    ReplyDelete
  16. Jadam,
    Pembodek si kitul KB yang setia.

    Inilah HIKAYAT SI KITOL BIN SI KOJOL
    karya Awang Usman.

    Apa guna kita kritik pembangkang kalau yang pimpin UMNO Merbok lintang pukang.
    Kita kalah bukan kerana pembangkang tapi sikap si kitul yang main belakang.
    Politik dalaman dah terkangkang kini konon nak alih kepada pembangkang.
    Apa perlu disuluh dalam terang,
    Perangai dah nampak siang-siang,
    Kampung tergadai pakat lari lintang-pukang.

    ReplyDelete
  17. Janganlah jealous kepada orang-orang yang pandai membawa pembangunan kepada Kerajaan dan rakyat. Tanah 300 ekar kalau bagi kat orang bodoh macam hang ... Apa yang hang boleh buat .. Aku rasa hang akan jual kepada CINA ...

    Perniagaan mana yang tak mengaut keuntungan ??? Hang buat la perniagaan yang merugikan ... JANGAN JADI BODOH !!!

    ReplyDelete
  18. Banyak cerita menarik yg di baca melalui komen2 yg datangnya dari akar umbi.Suasana sekarang amat membimbangkan dan sangat bahaya bagi orang2 MELAYU dlm menentukan KUASA POLITIK melayu di masa depan....Tengok saja apa yg berlaku dlm negara ,tiap2 hari kaum lain sentiasa mencabar kesabaran bangsa MELAYU..hari demi hari kita semakin lemah akibat sengketa sesama kita...MARILAH kita cari TITIKTEMU sesama kita utk menyelesaikan sebarang masaalah yg sentiasa ada jln penyelesaiannya dan gabungan sesama kita akan memberi impak dan kekuatan yg kuat dalam mengembalikan keyakinan MELAYU pada UMNO...Hari ini UMNO memerlukan PEMIMPIN MELAYU yg BERANI,TEGAS dan BERANI mempertahankan MELAYU dlm apa keaadaan sekalipon...UNTUK UMNO MERBOK CORAK PEMIKIRAN dan KEPIMPINAN dah KENA UBAH..SUNGAI PETANI adalah KAWASAN ELIT dan ramai cerdik pandai dan rata2 orang melayu mempunyai tahap pemikiran yg tinggi dan ilmu yg banyak...Sudah sampai masanya untuk menggemblingkan tenaga MUDA DGN PEMIKIRAN KRITIKAL DEMI KEKUATAN MELAYU dlm pasukan politik MERBOk...bukannya sekadar pakturut dan mengejar jawatan..masa itu sudah berlalu....bertindak sebelum terlambat.salam.

    ReplyDelete
  19. Jadam kata :"Cakap tarak serupa bikin..Berkukok bertalu talu,pada hal ekor penuh dengan gelomiang najis"
    Samalah seperti Ketua Cawangan Taman Peruda, HJ Razak Rahman, hebat di bahagian tapi di cawangan kangkang bagi pada PAS dan Keadilan berceramah setiap bulan.

    ReplyDelete
  20. Tajul n the geng takut la MT dok kritik..sebab semuanya betol..tu pasai dia suruh kita semua kritik pembangkang..kalu asyik dok kritik dia..confirm dia xletak Adun dan Parlimen ms PRU 13 nnti coz byk kes..

    ReplyDelete
  21. Kalu semua nak tau..prgm bulan posa ni sekupang pun duit tajul xkeluar..jgn dok rs megah sgt nak kalu dok rs tajul byk buat progrm..Beras 1000 kampit dan kain batik 1000 helai semuanya sumbgan dri Keda. Bukan Merbok ja dpt tp kesemua 15 bhg pun dpt dlm kuantiti yg sama. Duit zakat ms di masjid tmn ria jya sumbgan ikhlas dr shahidan kasim dan di masjid
    sg. lalang sumbgan dr Bank Rakyat..Duit buka posa di semua masjid dan surau semuanya sumbgan dr Haji Man, dia bg sebelum dia bertolak menunaikan umrah di Mekah..ada byk lg tp takat ni ja dlu. Akan ada sambungan...tunggguuuuuu


    Drpd : Yang Tahu Kebenaran

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.