10 September, 2009

Merbok dalam sejarah Bahagian 8: Iktibar dan pengajaran

Di dalam keghairahan kejar-mengejar dan lobi-melobi untuk menjadi calun berbagai-bagai teknik digunapakai untuk mencapai matlamat, ”where the end justify the means”.

Ada yang mengertak pemimpin atasan, ada yang pakai bomoh,dukun dan kahin, ada yang membawa rombongan mendesak Presiden parti, ada yang teriak-tangis mohon simpati President, malah ada yang berkhemah di depan pejabat Presiden Parti.

Malah berbagai-bagai cara, pendekatan, teknik dan taktik yang digunakan untuk mencapai matlamat agar Presiden sayang akan mereka dan dicalunkan untuk bertanding dalam pilihanraya seteruanya menjadi wakil rakyat dan membawa "title" Yang Berhormat atau Yang Amat Berhormat.

Apabila bergelar YB atau YAB mereka akan disanjung dan status atau taraf mereka akan naik mencanak. Isteri mereka akan bergelar Datin. Dan mereka akan bergentayangan dengan kereta Mercedez dan mewah mereka menghambat projek bermodalkan kuasa mereka.

Walau apa juga taktik dan teknik yang diambil harus diingat bahawa pendekatan yang paling memusnahkan bangsa Melayu ialah mempengaruhi ketua-ketua parti komponen untuk tidak menyokong si anu dan si anu.

Apabila ini berlaku ketua-ketua parti komponen seperti MIC, MCA, PPP dan lain-lain akan hilang hormat kepada pemimpin Melayu UMNO sebagai tunjang BN yang haloba kuasa.

Tindakan ini akan mendedahkan pekong di dada sendiri dan sedikit demi sedikit sokongan dan hormat mereka kepada calun Melayu UMNO akan terhakis kerana mereka menjadi besar kepala ”because they feel they are calling the shot” dan faktor undi mereka yang menentukan kemenangan seseorang calun.

Sesungguhnya walau apa juga pendekatan, strategi dan manipulasi hanya Allah sahaja yang bakal menentukan kepada siapa yang akan diberi pikulkan amanah rakyat ini. Kuasa Allah SWT mengatasi segala kuasa makhluk di bumi ini.

Di Merbok khasnya banyak sudah yang Allah SWT memberi pringatan dan petunjuk. Malah telah banyak kali dalam setiap PRU Allah SWT telah membuat kejutan. Hanya kepada mereka yang sedar sahaja mendapat iktibar dan pengajarannya.

Seperti contoh tidak siapa menyangka Daim yang ”low profile” akan diletakan bertanding MP Merbok. Tidak siapa sangka Puan Jamariah Yusof yang nama telah diangkat untuk dicalun ADUN Tanjung Dawai diganti saat-saat akhir dengan Rokiah Hashim.

Tidak siapa yang menyangka Rosnah Majid yang baru pulang dari KualaLumpur akan dicalunkan sebagai ADUN Tanjung Dawai.

Tidak siapa yang menyangka Badri Yunus @ Pak Njang Badri seorang pekebun tembikai yang gigih akan menjadi wakil rakyat mewakili rakyat di Bukit Selambau dan Tanjung Dawai.

Tidak siapa yang menyangka Zainudin Maidin akan Allah amanahkan untuk bertanding menjadi MP Merbok.

Begitulah sebaliknya jika Allah SWT tidak mahu akan calun itu walaubagaimana hebat melobi sekali pun maka dia akan kecundang kerana Allah SWT lebih mengetahui kepada siapa untuk diberi amanah tersebut.dar

Hari ini UMNO Kedah menerima akibat mereka dlam PRU 12 yang lepas. Tiada siapa akan menyangka UMNO akan menjadi pembangkang hari ini. Kedah terkenal melahirkan pemimpin-pemimpin yang ulung tetapi hari ini UMNO Kedah diPengerusikan oleh orang Sabah.

Malah bukan perkara mustahil jika calun MP Merbok datang dari Sabah, Kelantan atau seseorang yang tidak pernah disangka.

Inilah hukuman Allah kepada pemimpin-pemimpin yang tamak kuasa, haloba harta, ego dan angkuh berleluasa di kalangan mereka, maka akan Allah jatuhkan negeri tersebut kepada kuasa yang lain yang tidak siapa pernah menyangka mereka akan berkuasa waima mereka sendiri.

Jika amalan dan budaya ini berterusan Merbok dan Kedah jangan mimpi untuk kembali ke pangkuan UMNO dan BN.

4 comments:

  1. Saya setuju dengan kata-kata tersebut. Kita kena sedar akan kedudukan kita di sisiNya. Walau seramai mana pun pengikut, jika tidak mendapat keredhaan Allah, ianya tidak akan kemana-mana. Semoga selepas ini Merbok akan mempunyai seorang tokoh/ pemimpin yg berkalibar.

    ReplyDelete
  2. Pada pandangan saya dalam keghairahan pemimpim UMNO mengejar dan melobi untuk menjadi calon seperti yang dinyatakan oleh Merbok Times itu adalah antara beberapa taktik dan strategi yang lama dan sudah tak relevan memandangkan ramai pengundi muda kini lebih matang, berwawasan,realistik dan berfuturistik.
    Oleh yang demikian,pemilihan calon masa depan adalah perlu mengambil kira kepada beberapa isu yang boleh membawa kepada penerimaan para pengundi misalnya dari segi budaya kerjanya,rekod peribadinya, taraf pendidikannya, hubungan dengan pihak atasan dan masyarakat setempat,ketegasan dan kebolehan dalam menyelesaikan sesuatu isu.Ini adalah amat perlu untuk mengembalikan kepercayaan pengundi khasnya bagi pengundi Melayu.Jika ini diambil kira nescaya apa yang dirancang akan beroleh kejayaan.Pengundi sekarang tidak lagi sekadar mengikut telunjuk dari pihak kayangan apa yang dihantar itulah yang akan menjadi pilihan. ANILI

    ReplyDelete
  3. Tapi, itulah hakikat yang sudah termaktub dalam kitab Merbok. Yang tamak haloba, bercakaran sesama sendiri dan gila kuasa .

    Pemimpin-pemimpin ini haruslah berubah demi bangsa mereka agar anak cucu generasi akan datang tidak mewarisi bakat pemimpin yang ada sekarang yang telah termaktob dalam kitab Merbok.

    ReplyDelete
  4. Ramai ahli UMNO masakini terdiri daripada golongan opportunis dan bukan mewarisi semangat pejuang bangsa seperti generasi awal penubuhannya.Semangat berkorban demi umat melayu yang masih dimiliki segelintir ahli serta pemimpin membuat UMNO masih mampu menahan badai gelombang penolakan rakyat pada PRU12,namun jika ahli UMNO belum serik dan masih bermain politik kotor cantas mencantas adalah tidak mustahil pada PRU13 nanti kekalahan besar bakal mengundang malapetaka kepada bangsa.

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.