05 August, 2009

UMNO Merbok seperti "TIME BOMB"

Mengimbas Kertas lapuran dan aktiviti yang dibentangkan di dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Merbok pada 1/8/2009 ternyata UMNO Bahagian Merbok langsung tidak menganjurkan apa-apa aktiviti yang menjurus kepada sentuhan rakyat dalam Kawasan Merbok.

Malah yang mendukacitakan ahli-ahli sejak Dato’ Tajul Urus Mat Zain memegang teraju Ketua Bahagian dari tarikh 18/10/2008 hingga 1/8/2009 Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Bahagian hanya diadakan sebanyak 3 kali sahaja iaitu pada 31/10/2008, 14/11/2008 dan 2/7/2009 manakala Mesyuarat Khas AJK Bahagian juga hanya diadakan sebanyak 3 kali iaitu pada 10/2/2009, 8/5/2009 dan 3/6/2009.

Ini bermakna sejauh mana AJK Bahagian betul-betul bersatu untuk membawa perpaduan kepada ahli-ahli UMNO di dalam kawasan Merbok khasnya dan pengundi di dalam Merbok amnya.

Begitu juga apabila dilihat senarai aktiviti-aktiviti bahagian sepanjang kepimpinan Dato’Tajul, yang tersenarai panjang hanyalah lawatan-lawatan dan menghaziri mesyuarat-mesyuarat atas undangan UMNO negeri dan perjumpaan-perjumpaan dengan ketua-ketua cawangan yang hanya menyokong beliau semasa pemilihan UMNO yang lepas sahaja. Banyak aktiviti-aktiviti tersebut UMNO Bahagian hanya menjadi penumpang bukannya penggerak.

UMNO Bahagian langsung tidak menganjurkan aktiviti-aktiviti sendiri yang menjurus kepada sentuhan rakyat.

Jika beginilah kepimpinan yang ada maka impian untuk mengembalikan Merbok kepada BN dan UMNO akan hanya tinggal impian. Mereka lebih gila melobi menjadi wakil rakyat tetapi tidak bekerja keras menawan hati rakyat.

Hakikat yang sebenarnya aktiviti-aktiviti ini tidak dapat dijalankan kerana di kalangan AJK Merbok sendiri tidak ada perpaduan bukanya tidak ada peruntukan, sesama mereka tidak bersatu hati dan bukannya terdiri dari kalangan mereka yang boleh melaksanakan kerja. Perpaduan AJK Merbok seperti "Time Bomb" menunggu masa untuk meletup.

5 comments:

  1. Bagus Merbok Times,moga moga dengan pendedahan ini YANG AMAT BERHORMAT DATO TAJUL URUS MAT ZAIN akan insaf dan berubah.

    Tapi ada orang tua tua kata kalau umur dah lepas 50 tahun tak ada ubat yang boleh mengubati penyakit kronik ni melainkan ditalkinkan saja.Kalau Pemimpin yang sombong ,angkuh ,bongkak,penting diri sendiri,dok ligan projek pagi petang, siang dan malam,bodek pembesar umno dan berbagai kerenah lagi dikekalkan maka UMUR UMNO MAKIN SINGKAT.

    Sebelum UMNO dikapan dan ditalkinkan adalah lebih baik pemimpin seperti TAJUL URUS ditalkinkan dulu.

    ReplyDelete
  2. Mat korok,
    Kalau kepala ikan dah busuk yang pasti badannya sekali akan medak.

    ReplyDelete
  3. Duit dlm acc pun tinggai RM900 ja..hutang management pun byk yg xbyr lg..dok harap duit Haji Man dan Zubir ja..dia mana dok pam-in duit..xdak duit minta kira nak minta kat Haji Man ja...bangkrup la Haji Man mcm ni..Tajul kira nak berabis duit ja..

    ReplyDelete
  4. dulu masa dato arzmi jadi ketua bahagian pun hampa juga geng mejer anuar jugak yang dok hantam sama dia.., kata dulang paku serpih kata orang awak yang lebih, sepatutnya koranglah yang patut ditalkinkan dulu.

    ReplyDelete
  5. Zaman Dato Arzmi xdak la pulak ketua caw, periksa kira2, AJK Wanita letak jawatan...sendiri mau ingat la...ramai dah menyesal terima duit dari Mustapa Penolong SU Pemuda utk undi Tajul..

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.