19 August, 2009

Mesej jelas KDYMM Sultan Kedah kepada Ustaz Azizan

Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu‘adzam Shah bertitah, negara akan berhadapan dengan bencana dan huru-hara jika kontrak sosial terus dipertikaikan serta dijadikan bahan untuk berpolitik.

Baginda khuatir tamadun dan kemerdekaan akan runtuh sebagaimana berlaku terhadap banyak negara apabila api kemarahan akar umbi tidak dapat dikawal.

Titah baginda, perkara-perkara yang terkandung dalam kontrak sosial sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan merupakan sesuatu yang dianggap suci dan tidak harus dipersoalkan bagi menjamin kerukunan negara.

‘‘Jika perkara-perkara ini dijadikan bahan perbincangan umum dan berpolitik, ia akan membawa bencana kepada masyarakat dan negara.

‘‘Kontrak sosial tidak wajar dipertikaikan, apatah lagi disemak semula atau diubah kerana ia adalah asas pembentukan negara ini yang menjadikan rakyat pelbagai kaum hidup aman dan damai,’’ titah baginda.

Ini adalah mesej jelas Sultan Kedah kepada MB Datuk Seri Ustaz Azizan Razak supaya beliau dapat mengawal Pakatan Rakyat supaya tidak mempertikaikan kontrak sosial.

9 comments:

  1. Salam,

    Adakah Ust Azizan berani turun dari kerusi MB di Kedah ?

    Kawan rasa puak-puak ini terlalu bacul, mereka lebih taat pada DAP dari Sultan.

    ReplyDelete
  2. PKR sudah tidak dapat membezakan yang mana satu yang betul dan salah,kerana terlalu nak menjaga hati bangsa lain dalam parti mereka,bangsa sendiri di cemuh,di caci,di pertikaikan kedudukan mereka seolah-olah mereka bukan beragama Islam.Tidakkah mereka sedar,bahawa perbuatan tersebut adalah seperti melihat wajah di cermin sambil meludah diri sendiri.

    ReplyDelete
  3. yang gambi dan ikan,
    Jika di toleh sedikit ke belakang yang sebenarnya Pakatan Rakyat adalh satu pakatan yang longgar. Baru sekarang mereka ingin mendaftar kepada ROS.
    Tetapi PAS telah menjadi mangsa pakatan longgar ini sehingga terpaksa akur dengan kehendak DAP dan Anwar Ibrahim.
    Tunggu kehancuran mereka.

    ReplyDelete
  4. Topic macam ini patut dipaparkan dari mendedahkan memcaci hamun dan mengumpat pemimpin UMNO.Sedarlah kita semua PRU 13 adalah penentu hidup matinya Melayu.Kalau kita amalkan demokrasi keputusan pemilihan yg lalu hendaklah dihormati.Kalau tak suka kepimpinan bahagian yg ada tunggulah pemilihan yg akan datang lawanlah habis-habisan.Ingatlah pada kuasa tuhan kerana apa yagn berlaku semuanya adlah kehendak tuhan.Kita patut semuanya beri peluang pada kepimpinan yang ada .Biaralah mereka menjalankan tugas dari mengutuk dan mencaci .Kenapa semasa persidangan yang lepas anda tidak utarakan segala ketidak kepuasan ?Kenapa harus diutarkan di blog ini.Anda Pengecut? Anda b acul?Anda tak percaya akan kekuasaan tuhan?Tahukah anda kita manuasia hanya berusahaa tapi tuhan saja yang menentukan siapa ketua yang kan menang.buatlah kerja=kerja lain yang berfaedah yang dpt membantu anda masuk pintu syurga.Kerana tidak berani dan cipta blog yang mengutuk PAS dan DAP yang terang-terang menghina menggunakan agama utk kepentingan peribadi dan menghina org melayu.apakah anda suka melihat org cina berjaya dan biar kaum sejenis merintih dibumi yang subur ini.Tahukah anda dosa org memfitnah dan mengumpat?Apakah kedua ibubapa anda tidak mengasuh anda menjadi? manusia yang berguna?apakah kedua ibubapa anda tidak mengerjakan sembahyang 5 waktu separti anda juga?Nak tanya apakah persediaan anda menghadapi hari mati?Apakah sumbangan anda terhadap anak ,keluarga,bangsa dan negara yang memastikan anda seorang yang beriman dan pejuang ?Melalui pemerhatian saya adalah ibarat mayat yang reput yang tak berguna lagi lepas 3 hari berada dalm kubur.BUSUK YANG AMAT SANGAT.ITULAH ANDA SEBENARNYA.FIKIR-FIKIRLAH sebelum anda menemui Allah di alam barzah nanti.

    ReplyDelete
  5. Anom 7:17
    Some people deserve to be respect because of thier good value,berhemah,santun yang tinggi dan menghormati keputusan pemimpin dan setia kepada parti.
    But as for Tajul he don't deserve this because he is aso a kurang ajar leader,cakap tak serupa bikin,depan manis belakang hentam,gertak pemimpimpin atasan, hippokrate dan suara suka maki.
    He will face the music.

    ReplyDelete
  6. Anom 7:17 is Ketua Penerangan Merbok...Zubir..come on la..jgn ingat org xtau..

    ReplyDelete
  7. Penulis blog ni lebih baik balik umah pi tutuh burit bini lagi bagus!kalau burit bini dah kecut ikhtiarlah sendiri nak buat macam maner.

    ReplyDelete
  8. aisey brother,kalau tak puas hati jangan la sampai mencarut pulak.Relax la..banyakkan beristifar..jangan terlalu emotional.Bila perasaan menguasai fikiran,inilah jadinyer...

    ReplyDelete
  9. Penulis blog ini bukannya org yang berpelajaran dan kita tak harus melayani mereka.Sabarlah tuan haji lebai kulup!!!!

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.