21 August, 2009

Blog Merbok Times dibelasah dengan carutan dan kata-kata kesat

Berikutan dengan pendedahan berani dan telus Blog Merbok Times berhubung dengan beberapa kepincangan pentadbiran UMNO Bahagian Merbok yang melibatkan isu Penyata Kewangan UMNO yang kabur dan ketandusan aktiviti-aktiviti bahagian yang menyentuh rakyat, Blog Merbok Times telah dibelasah dengan carutan, kata-kata kesat dan maki hamun.

MerbokTimes dapat merasai melalui gaya bahasa dan susunan ayat-ayat yang dipaparkan ianya datang dari juak-juak Datuk Tajul Urus Mat Zain, Ketua UMNO Bahagian Merbok kerana mereka mungkin lupa bahawa ayat sebegini adalah mainan harian mereka di luar sana.

Hakikatnya tiada siapa pun di kalangan mereka yang tampil berhujah secara ilmiah, professional, bijak dan berfakta untuk menjelaskan sejelas-jelasnya isu yang sebenar dibangkitkan dikalangan ahli-ahli UMNO.

Mereka juga gagal dan tidak pandai mengambil kesempatan ini untuk memberi penjelasan yang ikhlas dan berilmiah kepada warga bloggers yang rata-ratanya terdiri dari pengundi-pengundi atas pagar dan generasi muda yang sedang melihat kelakuan tidak senonoh mereka.

Kelakuan-kelakuan yang penuh carutan dan buruk ini jelas membawa lambang dan wajah yang hodoh kepada kepimpinan UMNO Bahagian Merbok di bawah pimpinan Tajul Urus Mat Zain.

Yang sebenarnya apa yang harus mereka lakukan ialah menjawab segala kesangsian ahli-ahli ini dengan menjelaskan kedudukan yang sebenar secara professional, intelektual, berfakta dan berilmu. Jika pendekatan ini diambil mereka akan dilihat berhemah, bijaksana dan berbicara benar dan kepimpinan mereka akan disanjung dan dihormati.

Seharusnya mereka ingat bahawa kekuatan media baru internet mengatasi kekuatan akhbar-akhbar perdana dan media-media konvensional lain. Jangan sekali-kali memandang rendah dan bermain-main dengannya.

17 comments:

  1. depa mesti jawab satu hari nanti..kepimpinan terpelajar mesti akan jawab..tak caya tunggu..kalau tak lanie tunggu nak dekat pru..

    ReplyDelete
  2. Penulis blog ini adalah org TOK mi yang kecewa yang terdiri drp org yang tak berpelajaran tinggi separti ketua depa juga.Usahlah belagak dok atas pagar mewakili kaum muda tetapi sebenarnya hampa kaum tua yang kecewa berwajah manusia tetapi berhati dajal otak beku.Pengecut!!!!!

    ReplyDelete
  3. Major Anuuarrrrrrrrrrr dan geng dia yang lulus SPM adalah org yang berintegritit tinggi? Cuba tanyer org Merbuk siapa depa semua

    ReplyDelete
  4. Macam mana depa nak berhujah dengan professional AJK depa pun tak tau apa itu penyata keewangan.

    Yang sah seorang lagi Juruodit tak tanda-tangan pun. Mana Pi?

    Cuba kita congak bodoh - mana pi duit sewa Pelita Restoran Nasi Kandar?

    1. Pendapatan dari Sewa tahun 2007 RM 72,000.00
    2. Pendapatan sewa tahun 2008 RM 66,000.00 (Isunya : Terdapat perbezaan kekurangaan sebanyak RM 6,000.00)

    3. Sebenarnya pendapatan sewa yang diperolehi dari Pelita Nasi Kandar ialah sebanyak RM 15,000.00 sebulan dan dibahagi dua di antara Bahagian Sungai Petani dan Merbok.

    4.Ini bermakna tiap-tiap Bahagian akan dapat RM 7,500.00/bulan (RM 7,500 X 12 BULAN = RM 90,000.00).

    5.Sepatutnya Penyata Kewangan kena menunjukkan RM 90,000.00 dalam ruang pendapatan sewa dan bukannya RM66,000.00.
    PERSOALANNYA : KEMANA PERGINYA WANG SEBANYAK RM 24,000.00 ?

    Jawabnya depa nak tutup lubang ini sebab tu depa tak jawab.

    ReplyDelete
  5. kalau tanya saya, mejar anuar seorang yang sebenarnya gigih, cekal dan selalu dipandang serong disebabkan cara percakapannya yang agak ketenteraan. Merbok lebih inginkan manis di depan, hulur di belakang. Apa masalahnya dengan geng dia yang berkelulusan SPM? Adakah ianya menjadi ukuran untuk semangat dan mentaliti mereka?

    Kita lebih suka memperkecil-kecilkan tahap pembelajaran. Cuba kira berapa ramai tokoh korporat yang mengaji sekolah tak habis?Berapa ramai pekerja yang cemerlang dalam kerja-kerja teknikal berbanding atas kertas?Pembelajaran adalah satu cara ilmu yang didapati secara one way iaitu diajar, dihafal, dikaji dan dibaca tetapi apabila kita terjun ke dalam bidang yang kita belajar iaitu bekerja maka kita akan dapati benda yang kita belajar itu ibarat setitik dakwat yang jatuh di atas kertas yang basah. Ianya berkembang.

    Adakah kita nak letakkan bahawa yang mengaji rendah itu bodoh dan tidak layak menegur? Jika ya..seklaung penghargaan dan tahniah kerana perbezaan yang sengaja kita letakkan untuk mengukur tahap perjuangan.

    Tok Hamid..tak semua yang menyokong Tok Mie akan menghasilkan Merbok Times..Tak semua yang menentang datang dari kem yang kalah. Politik ini banyak saingan. jadi terpaksalah kita terima tanpa perlu kita tuduh si polan, polan atau si polan itu yang memulakan. Sebab kita juga turut bergerak dalam satu parti.

    ReplyDelete
  6. Sebenarnya membuat tuduhan adalah mudah,tetapi jika terdapat bukti kukuh diberikan perlulah pihak yang dituduh pula membela diri secara ilmiah dan bersandarkan fakta dalam menangkis tuduhan yang dilemparkan tersebut bukannya dengan memaki atau menghina untuk membela diri.Marilah kita beriltizam untuk menguatkan UMNO daripada sebarang salahlaku serta tindakan menyeleweng supaya rakyat akan dapat menerima kembali perjuangan UMNO yang mengutamakan rakyat daripada kepentingan individu.Berani kerana benar tetapi akan takut jikalau salah.

    ReplyDelete
  7. Hai namapak macam duduk pertahankan makhlok perosak iru pasal apa.Major Annuar itu bukan lagi Ahli UMNO.Keluar UMNO bersama Dr. Mahadhir.Kemudian nak masok balik selepas tanding calon BEBAS di Bkt Selambau.Kemudian panggil ECXO PAS Dr. Hamdan pergi rasmi mesyuarat Agong Persatuan Bekas Perarujit yang dia jadi Pengerusinya.Mahukah kita manusia yang sebeguni rupa yang tak habis-habis perangai macam budak-budak sekolah.Ingat tindak tandok kita akan diadili dan diperhati oleh beribu-ribu org berpendidikan tinggi terutamanya yang tinggal di parlimen Merbuk.Mereka melihat kita dari pelbagai aspek termasuk latarbelakang akademiknya, sejarahnya.sumbangannya,keintelektualnya ,maruah diri serta akhlaknya dan seterusnya akan tahap keimanannya denagn ALLAH.Mereka inilah yang akan menjadi penantu akan kemenangan calun-calun semasa PRU 13.Lebih baik kita mengaku akan kelemahan diri sendiri dari menuding jari sesama sendiri mencari kelemahan dikalangn pemimpin UMNO.Kita perbetulkan rumahtangga kita sendiri dari mengghaibkan pemimpin kita kepada orang ramai.

    ReplyDelete
  8. Nak tahu Tajul dan AJK Bahagaian bodoh atau cerdik pergilah tinjau blog ketua bahagian.
    Haram satu habuk pun taraaaaaaak. Orang blog depa nak blog.

    ReplyDelete
  9. Betoi kata Doktor Cacing. Orang nak blog, kita pun nak turut sama tapi apa yang di masukkan. Haampaas saja. Semua gila dok boh gambar ketua saja. Tulis la rencana, forum, berita. tak reti, cedok dari mana2 pun, jadilah.

    Doctor ? Tuan ni Timbalan Ketua kot. hari tu Timbalan dibuat malu oleh Ketua. Punya tak senonoh bagi malu timbalan sendiri.

    Agaknya kalau doktor pun, kalau dalam politik buka kira belajar tinggi. Ketua bekas guru. timbalan doktor. Sapa tinggi ? Cukup layak kalau pandai huluq, tipu muslihat mesyorat2, gertak, umpan, buat majlis jamuan, buat puak2, pelaga orang.... ha, itu boleh jadi ketua.

    ReplyDelete
  10. sapa lagi nak buat blog ? Bahagian dah buat, putri pun dah buat. Aku tengok yang hak putri lagi terok. kira boh gambaq depa saja, macam tak dak lain, rupa glemar depa saja. kawan aku kata betoi juga, depa ni layoq muka saja. dari lehiaq ke bawah,okay. Ke atas, kureng kot. Pemuda amacam, tak buat blog juga ke ? jangan2 dah buat, aku saja tak tau. Wanita ? Mesti tak buat apa2. Ketua dia pun laih, tak cerdik pun. dok harap dua tiga orang ajk dia yang semua dungu, karat dan kosong.

    ReplyDelete
  11. Dah puteri segak nak buat mcmana? Kurniaan Allah SWT..xkan kita hendak menidakan KurniaanNYA..xbaik

    ReplyDelete
  12. Berilah masa kepada mereka......yang dok hemtam teruk tu pasai apa.Nak buat blog perlu masa dan fikiran serta wang.Sabarlahhhhhhhh janagn dok mencaci sangat.Bantulah depa janagn dok godam ajer.Teringin sangat nak jadi AJK bahagian nanti ni lawanlah ,bukankah kita amalkan demokrasi.

    ReplyDelete
  13. alangkah elok jika pasai penyata kewangan tu report sahaja kpd SPRM.Biarkan SPRM siasat..Jangan jadi anjing kurap menyalak bukit.

    ReplyDelete
  14. Masalah penyelewengan tu lebih baik bawa kepada pengetahuan SPRM.Bagi SPRM siasat .Kita tak perlu heboh di sini.Apa saja keputusan dari SPRM kita kena akur.Jangan pula jadi pakatan pembangkang asyik kata depa betul dan membuat tuduhan dan tomahan yang tak m asuk akal sama sekali terhadap SPRM.

    ReplyDelete
  15. SALAM...
    Apa yang anda semua dapat dengan hentam menghentam ni...?
    adakah dengan cara ni... UMNO merbok akan kembali jernih...

    Pikirkanlah masa depan bangsa Melayu...
    Paling tak pun... masa depan anak cucu kita..

    mahukan anak cucu kita ditindas..? dipijak..

    Kalau anda semua masih macam ni...
    Sampai bila pun Bangsa Melayu tak akan maju...
    akan terus ditindas...

    Pikiqlah sendiri...

    ReplyDelete
  16. Bila carut-mencarut terkena batang hidung sendiri baru nak mengada... Saya puas hati bila merbok times kena hentam ... agar merbok times kena hentam sampai kiamat .... BARU PADAN DENGAN PERBUATAN ...

    ReplyDelete
  17. Tentang duit sewa pelita nasi kandar tu kena tanya tok mi dan md khir, depa dua orang tu cukup pandai belanja sampai pejabat umno merbok waktu depa ketua bahagian macam reban ayam, tak peduli langsung asyik dok perabis duit belanja puteri karaoke sahaja. Memang manusia mcam tu banyak kat dunia ni, kebaikan orang langsung tak nampak, awat tak puji sikit kerja baik yang ketua bahagian sekarang buat, baru fair, nak hentam pun biarlah berasas. Baru orang boleh percaya, ni buka pekong didada. Waktu tok mi ketua bahagian kerajaan BN berkuasa,duit peruntukan ahli parlimen Tok Zam banyak. Lani zaman pakatan memerintah, manalah ada banyak peruntukan macam zaman tok zam dengan tok mi ketua bahagian, tu pun depa dua orang tu buat apa,tak nampak yang berguna pun. Asyik dok cerita lawak dan puji dia handsome saja. Macam tu hampa suka la no, dok menyamar jadi imam rata jalan. Orang kalau nak buat kebajikan tak canang, buat diam-diam macam dato tajul, pi melawat orang sakit, sedekah diam-diam untuk tolong bukan canang sana sini. Jadi insaflah tumpang masih ada masa, nanti tuhan cabut nyawa tak sempat nak bertaubat

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.