08 November, 2013

KAMARUDIN BIDAS GLC

Oleh AZMAN IBRAHIM pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 7 Nov. - Pengerusi Eksekutif AirAsia Bhd. (AirAsia), Datuk Kamarudin Meranun hari ini melahirkan rasa kesal terhadap syarikat milik kerajaan (GLC) yang didakwa masih meminggirkan pengiklanan dalam akhbar berbahasa Melayu.

Malah, katanya, beliau juga berasa malu terhadap GLC-GLC itu yang telah mencapai tahap perlu dirayu oleh kepimpinan negara untuk menempah iklan di dalam akhbar-akhbar berkenaan. 

"Sangat memalukan apabila mereka (GLC) terpaksa dirayu untuk mengiklankan di dalam akhbar berbahasa Melayu. "Malah, lebih memalukan bagi mereka apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri terpaksa merayu dan menggesa syarikat-syarikat berkenaan untuk berbuat demikian.

"Kami di AirAsia bagaimanapun akan berterusan memberi sokongan pengiklanan kepada akhbar berbahasa Melayu, terutamanya Utusan Malaysia. Tidak dinafikan, kami juga amat memerlukan sokongan anda kerana peranan Utusan amat penting," katanya. 

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini. Pada 13 September lalu, Perdana Menteri ketika berucap dalam Majlis Perasmian Bangunan Baharu Ibu Pejabat Utusan Melayu di Jalan Chan Sow Lin di sini menggesa semua agensi kerajaan, GLC dan syarikat swasta terutama milik bumiputera mengiklan lebih banyak dengan akhbar-akhbar di bawah Kumpulan Utusan. 

Perdana Menteri berkata, langkah itu sebagai penghargaan mereka kepada perjuangan akhbar-akhbar Melayu terutama dalam membantu perjuangan masyarakat Melayu selama ini. Menurut beliau, dalam dunia kewartawanan, kejayaan sesebuah akhbar juga bergantung kepada sokongan yang bersifat komersial. Najib menambah, beliau amat sedar bahawa bergantung harap kepada pengedaran akhbar sahaja dan naskhah-naskhah yang dijual tidak memadai dan tidak mungkin dapat menentukan kelangsungan sesebuah akhbar itu. 

Ketika ditanya mengenai tindakan Ketua Eksekutif AirAsia X, Azran Osman Rani yang mencemuh Utusan Malaysia sebagai akhbar rasis dan menyatakan pendiriannya akan menarik balik iklan AirAsia di Utusan menerusi laman sosial sekitar Mei lalu, Kamarudin menjelaskan, pendirian Azran tidak mewakili pendirian AirAsia. 

Katanya, beliau sendiri telah pun menegur tindakan Azran yang disifatkan tidak menghormati sensitiviti masyarakat Melayu. 

"Secara jujurnya, saya mewakili AirAsia telah pun mengutus surat mohon maaf kepada pengarang Kumpulan Utusan untuk meluahkan rasa hati dan kesal terhadap tindakan Azran yang di luar jangkaan itu," ujarnya. 

Ditanya mengenai tindakan yang diambil terhadap Azran, katanya, pihaknya masih memberi peluang kepada Azran yang telah pun menyedari mengenai kesilapannya itu.

"Azran sehingga kini masih memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X dan dinasihatkan supaya mengasingkan pendirian politik peribadi dengan tuntutan kerjanya," ujarnya.

06 November, 2013

DULU PENDATANG HARI INI DITATANG

Ng Ken, 97 berasal dari Wilayah Fujian, China datang ke Malaya ketika berusia 20 tahun dan bekerja menanam padi.

Beliau tidak ingat entah berapa kali turun mengundi tinggal bersama anaknya di Pulau Pinang sesekali balik ke rumah lamanya di Sungai Limau Luar.

31 October, 2013

PERMOHONAN MAAF TPM DITERIMA KELUARGA ALLAHYARHAM USTAZ AZIZAN

Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah
ALOR SETAR - Permohonan maaf Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada keluarga Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak diterima dengan hati terbuka oleh isteri Azizan, Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah.

“Saya sedia memaafkan dan percaya kemungkinan kenyataan itu disalah tafsir pihak tertentu dan disebarkan secara tidak betul,” katanya, ketika dihubungi, semalam.
 

Menurutnya, Muhyiddin beberapa kali mengunjungi Azizan ketika menerima  rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Kedah dan beliau mengenali hati budi pemimpin nombor dua negara itu yang tidak pernah membuat kenyataan negatif terhadap Azizan.
 

“Saya terima penjelasan yang dibuat Muhyiddin menerusi akhbar, dan kami sekeluarga tiada masalah untuk memaafkan jika benar berlaku keterlanjuran kata beliau ketika berkempen,” katanya.
 

Kelmarin, Muhyiddin menegaskan tidak berniat menyinggung perasaan mana-mana pihak, terutama keluarga Allahyarham Azizan, berhubung kenyataannya yang mengaitkan keputusan kerajaan memansuhkan subsidi gula dengan masalah penyakit kencing manis.
Muhyiddin berkata, beliau tidak merujuk kepada bekas Menteri Besar Kedah itu,  tetapi hanya bercakap secara umum.

 

Bagaimanapun, Muhyiddin memohon maaf secara terbuka jika kenyataan beliau itu disalah erti dan menyinggung perasaan keluarga Allahyarham.
 

Sebelum itu, anak kelima Azizan, Muhammad Rafi’iy pada sidang media, meminta Muhyiddin membuat permohonan maaf berikutan kenyataan berkenaan ketika berucap di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Limau.
 

Faekah berkata, hubungan baik antara Azizan dan Muhyiddin sudah lama terjalin, iaitu sebelum kedua-dua mereka terlibat dalam politik sepenuh masa.
 

“Mereka sudah saling mengenali sejak tahun 60-an lagi, di mana ketika itu Azizan melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar. Kebetulan kakak kepada Muhyiddin turut belajar di universiti sama dan daripada situ mereka berkenalan,” katanya.  

Menurutnya, hubungan mesra itu masih terjalin selepas mereka aktif dalam politik, walaupun berbeza parti.
 

“Azizan sememangnya begitu. Allahyarham selalu ketepikan perbezaan politik apabila berkawan. Sebab itu Allahyarham mempunyai ramai kawan daripada pelbagai latar belakang politik berbeza,” katanya.
(Sinar Harian) 

30 October, 2013

MAHKAMAH PERINTAH BLOGGER PADI JANTAN BAYAR RM130,000.

ALOR SETAR - Mahkamah Tinggi Alor Setar semalam memerintahkan pengendali blog Padi Jantan, Sobri Sudin membayar RM130,000 kepada bekas Setiausaha Politik Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor kerana menfitnahnya, dengan menyiarkan laporan palsu di laman blog berkenaan.
 

Pesuruhjaya Kehakiman, Abu Bakar Katar mengarahkan defendan membayar gantirugi am sebanyak RM100,000 dan kos sebanyak RM30,000 dalam tempoh sebulan.
 

Abu Bakar membuat keputusan itu setelah mahkamah mendapati plaintif berjaya membuktikan laporan yang disiarkan pada laman blog terbabit pada 22 Julai 2012, adalah fitnah selain memberi kesan negatif terhadap reputasi plaintif.
 

“Mahkamah juga mengambil kira kedudukan plaintif sebagai bekas Setiausaha Politik Menteri Besar serta penglibatan dalam parti politik sebagai Timbalan Ketua Pemuda Pas dan Ketua Penerangan Pas Kedah, selain fitnah yang dibuat melalui teknologi iaitu internet termasuk, keluarga plaintif yang menanggung kesannya,” katanya.
 

Muhammad Sanusi yang juga Ketua Penerangan Pas  Kedah, diwakili oleh Amin Amirul & Partners melalui peguam, Amirul Fairuzzeen Jamaluddin manakala defendan tidak diwakili peguam.
 

Pada 27 Februari lalu, Muhammad Sanusi yang ketika itu Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar, Tan Sri Azizan Abdul Razak memfailkan saman fitnah berhubung laporan blog pada 22 Julai 2012, kerana mengaitkan dirinya dengan rasuah bernilai RM1.3juta, selain didakwa berada dalam lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah.
 

Menurutnya, dakwaan itu bersifat fitnah kerana ketika itu, beliau hadir pada program Menteri Besar menyampaikan sumbangan Ramadan di Masjid Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar.
 

Dalam tuntutannya, Muhammad Sanusi mendakwa laporan itu berniat jahat menfitnah beliau, menyebabkan beliau dan keluarga menanggung malu serta menjejaskan maruah diri dan keluarga.
 

Beliau juga memohon defendan meminta maaf secara terbuka dan menarik balik laporan fitnah.
 

Muhammad Sanusi ketika ditemui, bersyukur dengan keputusan itu selain mahu kes ini dijadikan pengajaran agar tidak berulang terhadap mana-mana pemimpin politik.
 

“Tindakan mahkamah adalah untuk menghentikan gejala fitnah yang dilakukan sekelompok media baru dengan menabur fitnah. Kebebasan bersuara tidak bermakna boleh sesuka hati menyebar fitnah kepada orang lain,”  katanya.
 

Menurutnya, kes ini juga wajar dijadikan pengajaran kepada blogger tempatan yang sering memaparkan berita tidak sahih untuk sebaran sama ada laman facebook, blog, twitter mahupun khidmat pesanan ringkas (SMS). Sumber : Sinar Harian

01 October, 2013

SEBUAH BANDARAYA BERHALA "1MALAYSIA SPIRITUAL TOURISM" YANG TERBESAR DI DUNIA AKAN DIBANGUNKAN

Samaada masyarakat Islam Negara ini sedar atau tidak sebuah projek mega ‘1Malaysia Spiritual Tourism City’ akan dibangunkan di Gambang 35 km dari Kuantan, Pahang.

Konsep bandaraya Spiritual Tourism ini akan dibangunkan diatas tanah seluas 500 ekar (keluasan yang lebih besar dari KLIA) akan menempatkan semua berhala dan to pek kong agama-agama besar dalam Negara ini kecuali Islam.

Ia akan menempatkan : 
1) Patung Kuan Yin terbesar di dunia yang berputar. 
2) Kuil Kuan Yin yang terbesar di dunia. 
3) Piramid terbesar di dunia
4) Keranda menyimpan abu mayat atau columbarium yang terbesar di dunia. 

Mengikut kenyataan dari pemaju projek ini Enchant Acres Sdn Bhd "The Malaysian government fully supported us in this project and also providing us the land. This is fully backed by the government of Malaysia and the government of Malaysia has also helped us to provide funding for this project."  

Adalah dijangkakan upacara pecah tanah projek ini akan dilakukan pada penghujung bulan November 2013. 

TERASA KOK KENA 'PENAMPAR'

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir menegaskan reaksi dizahirkan beliau berhubung isu sekolah Cina di Kedah, bukan bermaksud beliau pendendam, tetapi menganggapnya perkara lumrah dalam politik.
Mengulas tuduhan Ahli Parlimen DAP Seputeh, Theresa Kok bahawa beliau mahu menghukum masyarakat Cina di Kedah kerana tidak mengundi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu, Mukhriz berkata, jika ada lebihan peruntukan, pihak yang tidak menyokong BN pun akan turut dibantu.
“Sudah tentulah kita nak jaga orang yang sokong kita dulu (dalam pilihan raya). Apabila selesai apa yang kami (BN) janji dan jika ada lebihan peruntukan, kami akan bagilah kepada mereka (pihak yang tidak menyokong).

“Kami (BN) ada manifesto dan pihak lawan pun ada, namun dalam keputusan PRU lalu, kami yang menang, jadi sudah tentulah manifesto kami yang akan kami laksanakan. Saya ingat bukan kita (BN Kedah) saja, Kerajaan (DAP) Pulau Pinang pun buat benda sama juga,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat UMNO Kedah, di sini malam kelmarin.

Kok melalui kenyataan medianya yang disiar portal www.malaysiakini.com kelmarin, dilapor berkata, Mukhriz menunjukkan sikap tidak wajar apabila menyatakan tidak akan melayan permintaan sekolah Cina di Kedah.

Mengenai dakwaan beliau seorang yang bersikap perkauman, Mukhriz meminta Kok menilai status parti yang dinaunginya, iaitu DAP terlebih dulu sebelum menuding jari mendakwa orang lain bersifat demikian.
 
Sekadar persepsi
“Pada saya ia sebenarnya hanya sekadar persepsi (oleh Kok). Ahli Parlimen Seputeh kata saya rasis, tetapi bagi saya tidak, kerana kami (BN) sememangnya cuba untuk menghidupkan gagasan 1Malaysia. Namun bagi DAP sendiri, ia sememangnya jelas, amalkan rasis... kami pula ada 1Malaysia,” katanya.

Ditanya sama ada tindakan kerajaan negeri itu akan menghakis sokongan masyarakat Cina terhadap BN, Mukhriz berkata, ia sememangnya sudah terhakis.

“Pada saya, mereka (masyarakat Cina) sebenarnya tidak bernasib baik, cuba buat percaturan baru dengan menyokong DAP, tetapi apa yang mereka harapkan tidak dapat ditunaikan. Itu kesilapan besar yang saya lihat diambil masyarakat Cina di Kedah,” katanya.(BH)

29 September, 2013

JANGAN SEKAT CALUN BARU PERKENAL DIRI

JERLUN 28 Sept. - UMNO Kedah mencadangkan supaya calon- calon di semua peringkat dalam pemilihan parti itu bulan depan diberi peluang dan ruang berjumpa serta memperkenalkan diri dengan perwakilan kerana tidak semua daripada mereka dikenali.

Pengerusinya, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, terdapat rungutan dan aduan daripada calon-calon mengenai tataetika pemilihan parti kali ini yang dilihat agak mengongkong serta menyekat pergerakan mereka untuk memperkenalkan diri.

Kata beliau, pihaknya memahami tataetika itu bertujuan memastikan tiada sebarang perkara yang boleh memudaratkan parti tersebut tetapi pada masa sama sangat penting untuk setiap calon diberi peluang bertemu perwakilan dan memperkenalkan diri.

"Tidak semua daripada mereka mendapat faedah daripada liputan media yang meluas. Ramai dalam kalangan calon tidak dikenali.

"Calon-calon baharu ini tampil ke depan kerana ada sesuatu yang hendak disumbangkan kepada parti, mereka juga ada kelebihan tertentu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika Kemas peringkat negeri di Alor Biak, di sini hari ini.

Mukhriz berkata, beliau bimbang dengan tataetika pemilihan UMNO yang dikeluarkan baru-baru ini boleh memberi kekangan di peringkat badan perhubungan negeri untuk mengatur lebih banyak program atau majlis perjumpaan calon dengan perwakilan.

Berikutan itu, pihaknya berharap urusetia dan pengurusan UMNO mempertimbangkan agar calon-calon dibenarkan berjumpa perwakilan dengan syarat mereka memaklumkan kepada pejabat perhubungan UMNO negeri bagi memantau perjalanan majlis supaya tidak berlaku perkara yang melanggar tataetika pemilihan.

"Kelonggaran itu memberi ruang dan peluang kepada semua calon bergerak dan berjumpa dengan perwakilan tanpa rasa bimbang dikenakan tindakan disiplin atau digugur kelayakan bertanding selain dapat membantu perwakilan menilai sendiri semua calon," ujar beliau. (Utusan)

26 September, 2013

JENAZAH USTAZ AZIZAN SELAMAT DIKEBUMIKAN

TUN MAHATHIR DAN MUKHRIZ TURUT SERTA
ALOR SETAR: Jenazah bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak yang meninggal dunia pada Khamis selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Muasassah Darul Ulum, Pokok Sena dekat sini kira-kira 5.30 petang.

Jenazah Azizan yang dibawa dari Masjid Nurul Ihsan, Jalan Langgar dekat sini tiba di tanah perkuburan itu pada pukul 4.50.

Antara yang hadir mengiringi jenazah di tanah perkuburan itu ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Azizan, 69, yang menjadi Menteri Besar Kedah sejak Mac 2008 hingga Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Mei lalu, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di sini pukul 11.05 pagi Khamis akibat jangkitan kuman dan kegagalan organ dalaman yang pelbagai, selepas lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius.

Bekas Pesuruhjaya PAS Kedah itu meninggalkan dua orang isteri, 14 anak dan enam cucu.

Pada PRU-13, Azizan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Limau yang dimenanginya sejak 1995 dengan menewaskan sepupu beliau Fazillah Mohd Ali yang mewakili Barisan Nasional (BN), dengan majoriti 2,774 undi. - BERNAMA

25 September, 2013

UMNO PERLU AGAMAWAN - MUKHRIZ

SHAH ALAM - Berbekalkan faktor usia paling muda di antara mereka yang ingin bertanding dan mempertahankan jawatan naib presiden Umno, Datuk Mukhriz Mahathir dilihat ada kelebihan.
Ditambah pula dengan objektif beliau menawarkan diri untuk membawa perubahan dan mahu memberikan nafas baru dalam Umno yang semakin matang dengan usianya lebih 60 tahun.

Namun menurut pemimpin berusia 49 tahun ini, hasrat untuk meremajakan Umno ini bukan boleh dibuat secara semberono dengan menarik seramai mungkin golongan muda untuk menyertai parti itu, tetapi harus diikuti dengan kualiti.

"... akhirnya orang akan lihat parti ini dan siapa yang menganggotai parti ini.

"Anak muda kita sekarang ini macam-macam. Ada yang liberal, ada yang konservatif. Macam-macam...

"Saya terbayangkan apa jenis orang muda yang kita ingin tarik ini?," katanya dalam program Bicara Bersama Pemimpin, "Impak Krisis Timur Tengah Kepada Malaysia", di Kumpulan Media Karangkraf, di sini, hari ini.

Mukhriz yang memutuskan untuk bertanding jawatan naib presiden pada pemilihan Umno bulan hadapan sebelum ini menegaskan, beliau masuk gelanggang dengan misi peribadi untuk memulihkan imej parti daripada perang persepsi yang dibawa oleh pembangkang.

Malah katanya, tawarannya itu juga sebagai menyahut seruan untuk membawa pembaharuan dalam Umno.

Mengulas lanjut soal memantapkan Umno itu sendiri dengan mencari pelapis parti masa hadapan, pemimpin muda ini begitu menekankan soal keupayaan parti itu sendiri untuk membawa impak baik kepada generasi muda negara.    

"Saya ingat menjadi peranan kita dalam parti parti politik, kita bertanggungjawab ke atas pemikiran orang-orang muda ini. Sudah tentu kita hendak tarik orang yang sehati sejiwa dengan perjuangan kita.

"Tetapi kalau pun ada orang yang fikirannya langsung bertentangan, menjadi tanggungjawab kita untuk doktrin mereka. Dalam parti politik mesti ada indoktrinasi," katanya.

21 September, 2013

24 August, 2013

SISTERS IN ISLAM MENGELIRUKAN

Berhubung isu kalimah Allah, saya membantah kenyataan Pengarah Executive Sisters In Islam, Ratna Osman di dalam The Star 23 Ogos 2013:-
Sisters in Islam executive director Ratna Osman felt the Government should have a dialogue with the church instead of continuing with the court process.

“It is also in the interest of the Government to withdraw (the appeal) because Malaysia in the international spotlight as it is the only country that imposes such a restriction.

“We don’t want Islam to be known as a religion that restricts just because of language use,” she said.

Ratna urged the Government not to bow to pressure from extremists as this went against the interest of a multi-religious and multi-racial country.

Kenyataan beliau ternyata bercanggah dengan pendirian kita sebagai orang Islam bertepatan dengan firman Allah SWT dalam Surah Al Baqarah ayat 120: "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya pertunjuk Allah (Ugama Islam) itulah pertunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahi yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu".

Sister's In Islam konon ingin liberal; sehingga kalimah suci "Allah" dipermainkan pun kita masih mahu berdialog tanpa kesudahan?.

20 August, 2013

Nazri: Not morally wrong to appoint Shahrizat as PM special adviser.

by Choo Choy May
The Malay Mail Online

PETALING JAYA, August 19 — Datuk Seri Nazri Aziz backed today the appointment of scandal-ridden Datuk Seri Shahrizat Jalil as the prime minister's special adviser, saying it was “not morally wrong” despite the fiasco that led to her eventual dismissal from Cabinet.
The tourism minister said Shahrizat's appointment was based on merit, highlighting her vast experience as the past women, family and community development minister.
He claimed that Shahrizat's experience is needed to guide her successor Datuk Rohani Abdul Karim, and added that it should overwrite public scepticism over the former minister's integrity.
“I believe the prime minister had appointed her (Shahrizat) to help Rohani, the new minister.
“What is most important is to resolve whatever problems we might face, I don't think it is morally wrong to do that,” the tourism minister told The Malay Mail Online.
Earlier this afternoon, local daily The Star reported that Shahrizat will likely be appointed the prime minister’s special adviser on women affairs.
The yet-to-be announced appointment will also confer Shahrizat full ministerial status and powers, allowing her the avenue to return to the corridors of power.
Shahrizat had remained a Cabinet member and had headed the women, family and community development ministry previously courtesy of her appointment to Parliament's upper house despite losing in the March 2008 general election.
According to Nazri, the ex-Lembah Pantai MP's experience was needed to help Rohani run a ministry that is accustomed to “the peninsula (Malaysian) way of doing things”.
“Rohani is from Sarawak. Probably her focus of work does not cover many of the peninsula aspects..the ministry is used to the management done by those from the peninsula,” he said.
Shahrizat was effectively removed from Cabinet in April 2012 after her term was not renewed during the height of the RM250 million National Feedlot Centre (NFC) scandal involving her and her family members.
The NFC scandal hit headlines two years ago when the Auditor-General highlighted in his 2010 report the failure of the NFC project, which aimed to farm cattle for consumption and cut Malaysia's massive foreign beef import.
The Auditor-General reported the project failed to achieve its target of breeding 8,000 head of cattle in Gemas, Negri Sembilan, which it attributed to poor management from the company in charge, the National Feedlot Corporation (NFCorp), which was run by Shahrizat's husband and children.
Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, however, had refused to confirm or deny the matter, saying no such announcement has been made as yet.
Asked if the move could tarnish Najib's reform credentials, Nazri dismissed the idea and said political sensitivity was no longer and issue since the 13th general election is already over.
“Now is already after the elections. Before it was sensitive because of the general election. Now such sensitivity should not be given priority.
What is important is that the ministry must be run properly”.
Nazri, a supreme council member of Umno, the ruling coalition's lychpin, also shrugged off suggestions that Shahrizat's appointment could be linked to the party's upcoming polls.
“With the new system in place, and many more members allowed to vote, I am very sure that the number one and number two posts will not be contested,” he said.
Shahrizat is the current Umno Wanita chief.
The NFC scandal caused ripples in the party's senior wing and triggered calls for her resignation although the coup, led by her deputy then, Datuk Kamilia Ibrahim, eventually fizzled out.
Shahrizat’s husband Datuk Seri Dr Mohamed Salleh Ismail and their children were alleged to have misused the government allocation of RM250 million for the project.
On March 12 last year, Mohamad Salleh pleaded not guilty to two counts of criminal breach of trust involving some RM49.7 million with regards to the purchase of two condominium units and two other charges under the Companies Act.
Shahrizat had also filed a RM100 million defamation suit against PKR strategy director Rafizi Ramli and Wanita PKR chief Zuraida Kamaruddin, two opposition lawmakers who were actively pushing for the former minister’s resignation over the scandal.
Rafizi was pushed into the limelight after exposing NFCorp’s purchases of luxury condominium units allegedly through the RM250 million federal government loan that was meant for the national cattle-farming project.
During the trial of Shahrizat’s defamation suit against Rafizi last March, it was revealed that NFCorp had purchased a RM534,622 Mercedes-Benz in 2009 as a company car that was parked in her house.
In the trial, Shahrizat also defended NFCorp’s purchase of three luxury condominium units in the Orchard Scotts Residences and Marina Bay Sands in Singapore worth RM42 million, saying that the buy was part of the company’s investment portfolio, according to her husband.
The embattled leader will be defending her post in Wanita Umno in the coming party polls and is expected to face a challenge from Datuk Seri Azalina Othman Said, another former minister.

18 August, 2013

EXCO SELEWENG AKAN BERDEPAN TINDAKAN

Kerajaan Kedah akan mengenakan tindakan tegas terhadap pihak pentadbiran negeri termasuk Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), jika mereka didapati melakukan penyelewengan dalam menjalankan tugas masing-masing.

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir, berkata tindakan itu perlu bagi memastikan perjalanan pentadbiran dan pengurusan mempunyai tahap integriti yang tinggi dan bebas daripada amalan rasuah serta sebarang bentuk penyelewengan demi kepentingan rakyat dan negeri ini.

“Saya sendiri sudah memulakannya dengan diri saya sendiri selaku Menteri Besar Kedah dan saya juga berharap supaya ia dipatuhi oleh semua pihak terbabit dalam pentadbiran saya.

“Kita mahu sebarang keputusan dibuat secara telus tanpa membabitkan kepentingan keluarga atau membabitkan sebarang bentuk penyelewengan yang akan merugikan rakyat dan negeri ini.

Utama kepentingan rakyat

“Saya mahu pentadbiran di Kedah bebas daripada penyelewengan dan setiap keputusan membabitkan pelaksanaan projek di negeri ini dibuat dengan mendahulukan kepentingan rakyat,” katanya pada sidang selepas majlis rumah terbuka Aidilfitri Parlimen Jerlun dekat sini, semalam. 

BH sebelum ini melaporkan, Mukhriz memberi jaminan tidak akan memberi projek perniagaan di negeri ini kepada ahli keluarganya.

Mukhriz dilaporkan berkata, beliau mahu mengelakkan keadaan yang boleh menimbulkan konflik kepentingan kepada dirinya jika ada ahli keluarganya mendapat projek perniagaan di negeri ini.

“Setakat ini, tidak ada seorang pun ahli keluarga saya nak buat apa-apa projek di sini. Saya harap ia akan kekal macam itu. Jika tak, ia akan buat saya serba salah kerana saya pasti menyinggung perasaan mereka.

“Yang saya utamakan kepentingan rakyat. Jika terpaksa pilih kepentingan rakyat dan kepentingan keluarga dalam soal perniagaan, sudah tentu saya pilih rakyat,” katanya. BH 18/8

31 July, 2013

FILEM 'THE NEW VILLAGE' PERLU DITENTANG TAYANGANNYA - MUKHRIZ

SUNGAI PETANI, 31 Jul: Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir sependapat dengan pelbagai pihak bahawa filem 'The New Village' tidak wajar ditayangkan jika ia mengagung-agungkan Parti Komunis Malaya (PKM).

Filem itu perlu disekat dan ditentang, sebaliknya filem seperti Tanda Putera, yang merupakan sejarah sebenar, patut dipertontonkan, katanya.

"Filem ini (Tanda Putera) perlu dihayati, khususnya dalam kalangan golongan muda, sebagai menghargai jasa dan pengorbanan anggota keselamatan yang berjuang mempertahankan tanah air," katanya semasa berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri di Kem Lapangan Terbang, dekat sini, malam tadi.

Mengenai sambutan Hari Pahlawan hari ini, Mukhriz berharap agar rakyat mengenang dan menghargai pengorbanan serta khidmat bakti anggota keselamatan yang berperanan sebagai benteng pertahanan, menjaga keamanan serta kedaulatan tanah air.

"Peristiwa pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, menyedarkan kita bahawa keamanan yang dikecapi sejak sekian lama tidak boleh dipandang enteng, diambil mudah. Mujur kita mempunyai pasukan keselamatan yang cekap, bersemangat waja, sentiasa bersedia untuk berdepan dengan musuh tanpa rasa gentar dan sanggup berjuang hingga ke titisan darah terakhir," katanya.

Beliau berkata walaupun ada suara-suara sumbang yang memperlekeh perjuangan anggota keselamatan di Lahad Datu, baginya itu hanya suara golongan yang tidak tahu bersyukur dan tidak pandai berterima kasih.

"Rakyat amat terhutang budi dan menyanjungi jasa dan pengorbanan anggota tentera dan bagi pihak kerajaan negeri, saya mengucapkan terima kasih atas khidmat wira-wira kita," katanya.

Mukhriz berkata kemerdekaan negara, walaupun dikatakan dicapai tanpa pertumpahan darah, namun liku-liku perjuangan ke arah kebebasan dan mempertahankan kemerdekaan, menuntut pengorbanan yang bukan sedikit.

"Ketika rakyat tidur lena, anggota keselamatan bersengkang mata mempertaruhkan nyawa, tidak tahu bila bom akan meledak atau bila peluru akan menembusi dada, malamat mereka hanya untuk mempertahankan tanah air.

"Walaupun negara terhindar daripada peperangan, negara terbukti aman dan tenteram, namun peranan tentera tidak boleh dipandang ringan. Komitmen mereka perlu bukan sahaja untuk mengawasi sempadan negara atau menentang musuh dalam peperangan bahkan dalam menentukan negara selamat daripada anasir-anasir yang mengancam ketenteraman rakyat dan kestabilan negara," katanya.

Seramai 33 anak-anak yatim dan 37 balu, anggota hilang upaya dan warga emas bekas tentera adalah penerima sumbangan Aidilfitri itu.
-- BERNAMA

13 July, 2013

KALAU SUDAH BERPERANGAI SEPERTI BINATANG.

Perbezaan di antara binatang dan manusia adalah manusia makhluk yang beragama, berbudaya dan beradaban. Manusia membina tamadun dan di dalam binatang tidak ada manusia tetapi di dalam manusia ada binatang. 

Binatang tahu malu dengan bersembunyi apabila ingin mengadakan hubungan sex mereka. Malah manusia sendiri tidak tahu bagaimana expresi wajah kera, anjing dan babi ketika mengadakan hubungan sex mereka malah jauh sekali mengetahui rupa bentuk alat sulit mereka kecuali setelah beberapa tahun dan abad dibuat kajian demi kajian.

Sebaliknya hari ini ada manusia yang mevideokan dengan jelas hubungan sex mereka dan dengan ‘happy’ nya mendedahkan kepada dunia video hubungan sex mereka melalui media-media sosial. Manusia ini sungguh tinggi kebinatangannya jika dibandingkan dengan binatang itu sendiri. Inilah yang dilakukan oleh blogger ‘Binatang’ Alvin Tan dan Vivian Lee bekas graduan dari salah sebuah universiti di Singapura. 

Kini perangai 'kebinatangan' Alvin dan Vivian telah menjalar di luar batasan agama sehingga menghina kesucian Ramadan bulan suci orang-orang Islam dan secara langsung menghina penganut agama suci Islam apabila mereka memaparkan dengan memuat turun poster yang sungguh ‘sarcastic’ di Facebook mereka. 

Visual itu memaparkan mereka sedang menikmati juadah haram ‘Bak Kut Teh’ sambil mengucapkan selamat berbuka puasa kepada umat Islam. Di sudut bawah kiri visual itu pula turut tertera, logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). 

Jelas betapa kedua-dua ‘binatang’ ini bertindak keji dan kotor menghina umat Islam. Pengerusi MCA Negeri Sembilan, Datuk Dr Yeow Chai Tiam telah membuat laporan Polis terhadap kedua-dua 'binatang' ini kerana bimbang penghinaan tersebut boleh mengundang kepada masalah yang lebih besar. 

Semua pihak kini mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas keatas kedua-dua 'binatang' ini sebelum ianya menjadi ‘viral’.

15 June, 2013

LAPURAN: KEDAH PALING BANYAK POKOK BAKAU

Kedah merupakan negeri paling banyak ditanam pokok bakau dan spesies-spesies berkaitan di pesisiran pantai negeri itu iaitu 1.5 juta pokok membabitkan kawasan seluas 266.10 hektar dalam tempoh tahun 2005 hingga 2012.

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dalam kenyataannya memberitahu, ini diikuti Sabah dengan 1.1 juta pokok ditanam di kawasan seluas 306.70 hektar.

Negeri ketiga terbanyak pula adalah Perak iaitu 1.09 juta pokok membabitkan kawasan seluas 306 hektar. Lain-lain negeri ialah Sarawak dengan 522,245 pokok bakau dan spesies sesuai di kawasan seluas 306.7 hektar, disusuli Johor (519,044 pokok/199.80 hektar), Selangor (433,738 pokok/169 hektar), Pulau Pinang (217,138 pokok/67.20 hektar).

Seterusnya Negeri Sembilan (216,783 pokok/70.95 hektar), Kelantan (214,981 pokok/91.25 hektar), Perlis (109,000 pokok/30.30 hektar), Pahang (61,753 pokok/107.90 hektar), Terengganu (57,837 pokok/71.29 hektar) dan Melaka (17,650 pokok/13.40 hektar).

Menurutnya, penanaman itu membabitkan kesemua 6.3 juta pokok di kawasan pesisiran pantai di seluruh negara dalam tempoh berkenaan yang melibatkan keluasan 2,383 hektar dengan kos RM40.1 juta.

Katanya, dijangka lebih banyak lagi kawasan di luar kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) akan terlibat dengan penanaman pokok jenis itu terutama di kawasan tanah kerajaan dan tanah beri milik di sepanjang pesisiran pantai negara.

Tambah kenyataan itu, ini berikutan usaha mengenalpasti kawasan lain pada masa depan dengan kerjasama kerajaan pusat dan kerajaan negeri selain penambahbaikan berterusan sehingga tahun 2015 di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).