31 July, 2013
13 July, 2013
KALAU SUDAH BERPERANGAI SEPERTI BINATANG.
Perbezaan di antara binatang dan manusia adalah manusia makhluk yang beragama, berbudaya dan beradaban. Manusia membina tamadun dan di dalam binatang tidak ada manusia tetapi di dalam manusia ada binatang.
Binatang tahu malu dengan bersembunyi apabila ingin mengadakan hubungan sex mereka. Malah manusia sendiri tidak tahu bagaimana expresi wajah kera, anjing dan babi ketika mengadakan hubungan sex mereka malah jauh sekali mengetahui rupa bentuk alat sulit mereka kecuali setelah beberapa tahun dan abad dibuat kajian demi kajian.
Sebaliknya hari ini ada manusia yang mevideokan dengan jelas hubungan sex mereka dan dengan ‘happy’ nya mendedahkan kepada dunia video hubungan sex mereka melalui media-media sosial. Manusia ini sungguh tinggi kebinatangannya jika dibandingkan dengan binatang itu sendiri. Inilah yang dilakukan oleh blogger ‘Binatang’ Alvin Tan dan Vivian Lee bekas graduan dari salah sebuah universiti di Singapura.
Kini perangai 'kebinatangan' Alvin dan Vivian telah menjalar di luar batasan agama sehingga menghina kesucian Ramadan bulan suci orang-orang Islam dan secara langsung menghina penganut agama suci Islam apabila mereka memaparkan dengan memuat turun poster yang sungguh ‘sarcastic’ di Facebook mereka.
Visual itu memaparkan mereka sedang menikmati juadah haram ‘Bak Kut Teh’ sambil mengucapkan selamat berbuka puasa kepada umat Islam. Di sudut bawah kiri visual itu pula turut tertera, logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Jelas betapa kedua-dua ‘binatang’ ini bertindak keji dan kotor menghina umat Islam.
Pengerusi MCA Negeri Sembilan, Datuk Dr Yeow Chai Tiam telah membuat laporan Polis terhadap kedua-dua 'binatang' ini kerana bimbang penghinaan tersebut boleh mengundang kepada masalah yang lebih besar.
Semua pihak kini mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas keatas kedua-dua 'binatang' ini sebelum ianya menjadi ‘viral’.
15 June, 2013
LAPURAN: KEDAH PALING BANYAK POKOK BAKAU
Kedah merupakan
negeri paling banyak ditanam pokok bakau dan spesies-spesies berkaitan
di pesisiran pantai negeri itu iaitu 1.5 juta pokok membabitkan kawasan
seluas 266.10 hektar dalam tempoh tahun 2005 hingga 2012.
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dalam kenyataannya
memberitahu, ini diikuti Sabah dengan 1.1 juta pokok ditanam di kawasan
seluas 306.70 hektar.
Negeri ketiga terbanyak pula adalah Perak iaitu 1.09 juta pokok membabitkan kawasan seluas 306 hektar. Lain-lain negeri ialah Sarawak dengan 522,245 pokok bakau dan spesies
sesuai di kawasan seluas 306.7 hektar, disusuli Johor (519,044
pokok/199.80 hektar), Selangor (433,738 pokok/169 hektar), Pulau Pinang
(217,138 pokok/67.20 hektar).
Seterusnya Negeri Sembilan (216,783 pokok/70.95 hektar), Kelantan
(214,981 pokok/91.25 hektar), Perlis (109,000 pokok/30.30 hektar),
Pahang (61,753 pokok/107.90 hektar), Terengganu (57,837 pokok/71.29
hektar) dan Melaka (17,650 pokok/13.40 hektar).
Menurutnya, penanaman itu membabitkan kesemua 6.3 juta pokok di
kawasan pesisiran pantai di seluruh negara dalam tempoh berkenaan yang
melibatkan keluasan 2,383 hektar dengan kos RM40.1 juta.
Katanya, dijangka lebih banyak lagi kawasan di luar kawasan Hutan
Simpan Kekal (HSK) akan terlibat dengan penanaman pokok jenis itu
terutama di kawasan tanah kerajaan dan tanah beri milik di sepanjang
pesisiran pantai negara.
Tambah kenyataan itu, ini berikutan usaha mengenalpasti kawasan lain
pada masa depan dengan kerjasama kerajaan pusat dan kerajaan negeri
selain penambahbaikan berterusan sehingga tahun 2015 di bawah Rancangan
Malaysia Kesepuluh (RMK-10).
14 June, 2013
KUIN HARUS DINAIKAN KE TARAF UNIVERSITI PENUH
ALOR SETAR 11 Jun - Kerajaan negeri perlu melakukan penjenamaan
semula terhadap Kolej Universiti Insaniah (Kuin) bagi memastikan
kelangsungannya termasuk menjadi institusi pengajian tinggi terkemuka
dunia.
Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah, Shamsul
Bahar Abd. Rani berkata, Kuin seperti awal penubuhannya harus
memberikan penumpuan dalam bidang tertentu agar penjenamaan baharu itu
dapat dijanakan dengan berkesan.
Katanya, kolej universiti itu mempunyai kekuatan tersendiri menerusi
penawaran khusus dalam bidang tertentu termasuk pembangunan
penyelidikan.
''Kuin tidak perlu menawarkan khusus yang terlalu banyak, sebaliknya
memberikan tumpuan dalam bidang tertentu yang mana apabila orang
bercakap tentang Kuin, akan terbayangkan perkara itu dan inilah
kekuatan Kuin.
''Tidak perlu terlalu banyak kursus kerana ini akan membantutkan
penjenamaan semulanya,'' katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau menambah, Kuin merupakan imej dan reputasi pendidikan di
Kedah yang bukan sahaja perlu dipertahankan, malah diangkat menjadi
universiti tersohor dunia.
Katanya, GPMS juga mencadangkan agar pengurusan Kuin memberikan
keutamaan kepada rakyat Kedah untuk mengisi jawatan utama, selain
pensyarah dan pentadbir.
''Mereka yang berstatus pakar yang berasal dari Kedah juga perlu
diberi peluang untuk berkhidmat dan memberikan idea kepada pembangunan
Kuin. GPMS yakin ramai dalam kalangan profesional yang berada di luar
Kedah sedia membantu memajukan Kuin,'' katanya.
Katanya, GPMS mengalu-alukan sebarang usaha kerajaan negeri
memastikan Kuin terus kekal beroperasi dan seterusnya melahirkan
graduan berkualiti.
''GPMS mengalu-alukan tindakan kerajaan negeri menubuhkan
jawatankuasa untuk mencadangkan penambahbaikan untuk kemajuan Kuin dan
kita sedia berkerjasama dalam memberikan buah fikiran berkaitan.
''Jawatankuasa tersebut perlu diberikan tempoh masa tertentu untuk
melakukan kajian agar tidak mengambil masa terlalu lama,'' katanya.
Kata beliau, pihaknya berharap kerajaan Kedah mengambil tindakan
bijaksana dan proaktif dalam menguruskan beban hutang Kuin sebanyak
RM330 juta agar tidak membebankan kerajaan negeri. - UTUSAN ONLINE
10 June, 2013
CATATAN SEJARAH 13 MEI 1969 (SEJARAH YANG CUBA DILUPAKAN)
Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan “Pilihan Raya Umum 1969” merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.
Isu perkauman dalam pilihan raya 1969
Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi
dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah
menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya
1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya
daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif
berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.
Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Perikatan telah kehilangan majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat.
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.
Sebab terjadinya
Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan pihak pembangkang.
Penyokong-penyokong Parti Gerakan telah mengutuk dan menghina
orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di
sekitar Kuala Lumpur.
Pembangkang meraikan kemenangan
Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.
Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor. Perarakan
tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.
Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru.
Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang
menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato’ Harun Idris.
Dikatakan kaum Cina
yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan
mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil
melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut
sebagai lambang mereka akan menyapu (‘menyingkir’) orang-orang Melayu ke
laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.
Perarakan kematian Cina
Akibat daripada rusuhan maut tersebut, kesesakan jalanraya turut berlaku.
Di Jinjang, Kepong,
kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan
kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan
kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.
Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye
selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya
melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.
Rumah Menteri Besar Selangor
UMNO telah mengadakan perarakan balas
pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal
ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari
kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang.
Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato’ Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor
ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang
berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya
menunggu isyarat lampu hijau dari Dato’ Harun Idris untuk mengamuk.
Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang
kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap-luap. Jam 3.00 petang
datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor.
4.00 petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap
telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar
Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap
dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.
Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat
dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan
polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.
Rejimen Renjer
Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari orang-orang Melayu, Iban, Cina, India, Sikh, Gurkha dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan ini menyebabkan kemarahan orang Melayu semakin meluap-luap. Menurut laporan, ketua pasukan Rejimen Renjer dikatakan berbangsa Cina.
Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan
Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung
antara orang Cina dengan askar Rejimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.
Askar Melayu
Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu.
Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku
Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Ada yang berkata askar tersebut berpakaian preman.
Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah. Konon ada rakaman televisyen,
beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan di tepi lombong dan dibunuh.
Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang diedarkan mengenai
rakaman ini.
Panggung Odeon
Pemuda-pemuda Cina dari
kongsi-kongsi gelap telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan
Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa
Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari
panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut ramai yang mati. Ini
termasuklah dua orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang.
Seorang polis bernama
Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon
terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup
hingga sekarang. Akibat daripada tindakan sebegini, orang-orang Melayu
mulai bertindak balas, dan dikatakan kepala orang Cina yang dibunuh
diletakkan di atas pagar .
Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih
yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan
rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut
melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.
Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.
Ada 4 kiai di sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan tangkal penebat, iaitu ilmu kebal
dengan harga yang agak mahal. Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan
boleh terbang. Apa yang pasti, Askar Melayu juga telah menyelamatkan
orang Melayu di Kampung Baru ketika itu. Mungkin juga ramai yang pernah
mendengar kisah parang terbang yang terbang dan memenggal kepala orang
Cina.
Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tidak ada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa. Cuma ada sedikit kekecohan di Melaka. Di Betong ada tembakan dilepaskan oleh PKM.
Ada yang menyifatkan
bahawa pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan “politik” dan
bukannya perkauman. Kerana sebelum itu masyarakat Melayu dan Cina boleh
hidup dalam keadaan yang harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan tidak
belaku di negeri Melayu seperti Kelantan, Pahang dan Kedah. Jika ia
merupakan isu perkauman, pastinya hari ini tiada lagi orang Cina di
negeri-negeri tersebut kerana habis dibunuh.
Kesimpulannya, pergaduhan
ini bukanlah rusuhan perkauman, kerana ia hanya terjadi selepas
pilihanraya (perbezaan politik) dan hanya melibatkan orang-orang Melayu
dan Cina di Kuala Lumpur sahaja.
Angka korban
Angka rasmi menunjukkan
196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah.
Tapi ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah thesis PhD.
daripada Universiti California, Berkeley menganggar seramai 2,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei. [1]
Di mana Tunku
Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan beliau di sana.
6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969. Ada khabar angin mengatakan Tunku sedang bermain mahjung. Dalam tulisannya, Tunku menafikan hal tersebut.
Mageran
Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969 di seluruh negara dan Mageran dibentuk di bawah pentadbiran Tun Abdul Razak. Parlimen dibubarkan.
Peristiwa 13 Mei 1969 menyebabkan Tunku
Abdul Rahman dipersalahkan oleh orang Melayu dan Malaysia secara
keseluruhannya. Berikutan itu Tunku meletakkan jawatan pada tahun 1970.
Buku “Dilema Melayu” (“Malay Dilemma“) oleh Tun Dr Mahathir telah diharamkan. Dikatakan Tun Dr Mahathir memburuk-burukkan Tunku Abdul Rahman.
Keadaan akhirnya dapat dikawal dan
beberapa keputusan telah diambil bagi mencari jalan penyelesaian
termasuklah penubuhan beberapa badan seperti Majlis Perundingan Negara, Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara telah diciptakan.
Ternyata langkah Tunku Abdul Rahman penyingkiran Singapura dari Malaysia tidak menyelesaikan masalah perkauman. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan kemuncak kemarahan lama orang Melayu kerana mereka miskin di tanah air mereka sendiri.
Tahun 1969 pilihan raya diadakan semula dan memberi kemenangan 2/3 semula kepada kerajaan yang memerintah. Barisan Nasional dibentuk. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dibentuk bagi mengurangkan pengundi Cina dalam Dewan Undangan Negeri Selangor. Beberapa ahli politik yang dianggap berbahaya telah ditahan melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Persempadanan pilihan raya yang lebih bijaksana dan seimbang telah dilaksanakan. Sistem demokrasi, pilihan raya dan agihan kek ekonomi (hak-hak keistimewaan bumiputera) mendapat tafsiran semula.
Nota
- ↑ Hwang, In-Won (2003). Personalized Politics: The Malaysian State under Mahathir, m.s. 88. Institut Pengajian Asia Tenggara. ISBN 981-230-185-2.
07 June, 2013
MENYINGKAP PERKASA NGO YANG SANGAT DITAKUTI
Malaysiakini - 14/9/2010
Meskipun pemimpin Umno dan BN menjauhkan diri mereka daripada kumpulan
pendesak Melayu - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), namun
akhbar Utusan Malaysia terus menyokongnya.
Dalam
edisinya hari ini, akhbar milik Umno itu menyiarkan satu halaman penuh
artikel-artikel yang mempertahankan NGO itu termasuk memuatkan bancian
yang kononnya menunjukkan kebanyakan orang Melayu menyokong PERKASA.
Khairy menulis bahawa beliau “berpendapat akhbar tertentu itu perlu diingatkan siapa pemiliknya”.
“Saya
penyokong pembaharuan supaya akhbar lebih bebas dan bertanggungjawab
tetapi dalam paradigma hari ini, saya tidak boleh menerima bentuk
editorial akhbar tertentu,” tulisnya.
Meskipun Khairy tidak menyebut sebarang nama, tetapi kenyataannya jelas ditujukan kepada Utusan.
Ketua
pemuda Umno itu juga telah berulang-kali menegaskan bahawa Umno tidak
bersekongkol dengan PERKASA dalam apa bentuk sekalipun.
Sejak
seminggu lalu, beberapa pemimpin kanan Umno termasuk setiausaha
agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, naib presiden Datuk
Seri Ahmad Zahid Hamidi dan ahli majlis tertinggi, Datuk Seri Mohamed
Nazri Abdul Aziz mula menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap
PERKASA.
Mereka mendakwa pandangan melampau PERKASA berhubung hak
dan dan keistimewaan Melayu akan meminggirkan sokongan bukan Melayu
pada pilihan raya umum akan datang.
Utusan melalui beberapa
artikelnya telah menyokong PERKASA dan rencana pengarangnya pada Ahad
lalu menggesa Umno supaya memikirkan semula hubungan dengan NGO itu.
04 June, 2013
RAMAI ORANG MELAYU MELUAT DENGAN UMNO
.....chedet.cc
Sekarang UMNO tidak lagi dipandang tinggi dan tidak lagi disokong
seperti dahulu. Sesungguhnya ramai orang Melayu meluat dengan UMNO,
anggapnya tidak lagi relevan dan perlu ditolak pun.
10. Kenapa?. Kerana UMNO tidak lagi berjuang untuk bangsa, agama dan
tanahair. UMNO ternampak dan memang pun benar, berjuang untuk
kepentingan orang-orang tertentu dalamnya dan ahlinya sahaja. UMNO
berjuang untuk jawatan dan pangkat, untuk memperkayakan diri, untuk sagu
hati, untuk poket sendiri.
11. Untuk ini mereka berusaha mengurangkan kemungkinan diri mereka
dicabar, kurangkan kemungkinan diganti oleh sesiapa yang lebih layak.
UMNO adalah hak ahlinya, hak pemimpinnya yang sedia ada dan bukan hak
orang Melayu. Setelah mereka mendapat tempat jangan benar orang Melayu
lain, terutama yang memiliki kebolehan tertentu, menyertai UMNO. UMNO
adalah untuk pemimpin dan ahli semasa, dari ketua cawangan kepada ketua
bahagian. UMNO tidak perlu tambahan ahli, tidak perlu penyertaan sesiapa
lagi kerana ahli yang sedia ada perlu memelihara habuan mereka. Jika
terlalu banyak ahli, habuan perlu dikongsi. Dan habuan yang dikongsi
tentulah tidak sebanyak sebelum berkongsi.
12. Apa itu perjuangan untuk bangsa, agama dan tanahair! Bukankah yang sudah ada dalam UMNO, sebagai pemimpin atau ahli biasa terdiri dari bangsa Melayu, yang beragama Islam. Perjuangan untuk diri mereka bermakna perjuangan untuk bangsa mereka, bangsa Melayu, agama mereka, agama Islam. Oleh itu perjuangan untuk bangsa, agama dan negara sedang diteruskan, tanpa penyertaan Melayu lain.
13. Kesannya ialah hari ini ahli tidak bertambah selaras dengan
pertumbuhan jumlah orang Melayu. Dan mereka terutama yang berkebolehan,
yang berbakat tidak dibenar masuk UMNO lagi.
14. Yang boleh menyertai hanyalah yang kurang berkebolehan dibanding
dengan yang sudah ada. Oleh kerana penyertaan dalam UMNO mestilah
melalui cawangan, yang boleh masuk UMNO ialah yang kurang berkebolehan
dari ketua cawangan.
15. Ketua cawangan manusia biasa yang boleh diserang penyakit,
bahkan boleh mati pun. Satu hari ketua cawangan terpaksa lepaskan
jawatannya. Penggantinya tentulah orang yang memiliki kebolehan yang
kurang darinya. Dengan itu kebolehan ketua cawangan akan merosot
sepanjang masa, tiap kali pengganti mengambil alih.
16. Dan ini akan terjadi dalam keseluruhan parti. Semakin lama
semakin kurang pemimpin UMNO yang berbakat. Semakin lama semakin kurang
ahli yang berbakat dan layak untuk menjadi calon dalam PRU. Calon payung
terjun yang berbakat akan dikalahkan. Dengan itu pemimpin Kerajaan
juga akan terdiri dari yang tidak berkebolehan.
17. Di mana pergi mereka yang berbakat ini?. Mereka pergi ke mana mereka di terima, tentunya parti lawan.
18. Melihat UMNO hanya berjuang untuk diri sendiri semata-mata, dan
tidak lagi untuk bangsa, agama dan tanahair, orang Melayu tidak lagi
nampak kenapa mereka harus sokong dan jayakan semasa PRU orang yang
utamakan kepentingan diri sendiri sahaja. Jika ada sahaja parti lain,
mereka akan sokong parti itu. Hanya jika parti lain lebih buruk
baharulah sokongan kepada UMNO diteruskan. Inilah yang berlaku pada PRU
13.
19. Mungkin kita boleh tepuk belakang kerana UMNO masih menjadi parti
yang menang terbanyak dalan PRU 13. Tetapi ini bukan kerana orang
Melayu masih sokong UMNO. Sebenarnya kemenangan UMNO dalam PRU 13
disebabkan mereka tidak ada pilihan. Mereka amat takut kalau-kalau
Anwar Ibrahim menang bersama dengan DAP. Akan hancurlah harapan orang
Melayu sama sekali. Seburuk-buruknya UMNO, ia masih berbau Melayu,
masih lebih mungkin memelihara kepentingan orang Melayu. Justeru itu
tidak ada pilihan bagi orang Melayu jika tidak sokong UMNO. Namun
demikian dalam PRU 14 UMNO tidak boleh harap keadaan ini
berterusan. Jika UMNO tidak bersihkan dirinya dari rasuah dan
kepentingan diri, orang Melayu mungkin mencari jaguh yang lain.
20. Demikianlah riwayat dan sejarah sebuah parti politik yang lupakan
usul-asal dan sebabnya ia ditubuh. Demikianlah berakhirnya perjuangan
yang lari jauh dari matlamat asalnya. Dahulu lain, sekarang
lain. Sejarah dan kecapaian dahulu tidak akan meraih sokongan
selama-lamanya. Dahulu dahulu, sekarang sekarang. Hanya berharap kepada
kata-kata hikmat Hang Tuah, “Tak akan Melayu hilang di dunia” tidak
mencukupi. Mungkin Melayu tidak akan hilang di dunia, tetapi apakah
jenis Melayu yang tidak hilang ini. Apakah mereka terdiri dari pencuci
kasut, pemandu kereta, kuli yang terbongkok-bongkok menyembah bangsa
lain yang menjadi Tuan mereka. Dan apakah nasib UMNO? Ia akan jadi
cerita dongeng dalam buku kanak-kanak di zaman akan datang.
21. Inilah masa depan yang menunggu UMNO. Inilah masa depan sebuah
parti yang cemerlang tetapi sudah hilang kegemilangannya. Inilah masa
depan bagi yang tidak mahu sedar dan tidak mahu membetulkan diri.
22. Kata seorang penulis sajak di zaman dulu, “tidak ada yang lebih
menyayat hati dari melihat bangsa ku dihina dan ditindas oleh orang”.
03 June, 2013
SEJARAH KEDATANGAN IMIGERAN CINA KE TANAH MELAYU
Pembangunan dan kepesatan ekonomi Tanah Melayu telah menggalakkan kedatangan buruh-buruh asing untuk bekerja di kawasan perlombongan bijih timah, estet-estet getah dan kawasan pertanian ladang.
Faktor ekonomi merupakan pendorong utama kemasukkan imigran ditambah lagi dengan pemerintahan kuasa British di Pulau Pinang dan Singapura yang telah memudahkan lagi kemasukan imigran.
Kemasukan imigran ini adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor penolak iaitu yang mendorong mereka untuk meninggalkan negara masing-masing seperti peperangan, kebuluran dan lain-lain.
Kerajaan British juga telah menggalakkan agar imigran ini berhijrah ke Tanah Melayu. Orang-orang Melayu juga tidak menentang kedatangan kaum imigran ini.
Imigran China dan India telah lama mengenali Tanah Melayu sebagai salah satu pusat perdagangan yang penting suatu masa dahulu, ini telah mendorong mereka untuk berhijrah ke Tanah Melayu.
Keadaan ekonomi Tanah Melayu yang sedang pesat membangun melalui perusahaan Getah dan bijih timah telah membuka banyak peluang pekerjaan. Politik di Tanah Melayu juga berada dalam keadaan stabil di bawah penjajah British, dan ini telah menarik lebih ramai golongan pemodal dan imigran asing ke Tanah Melayu.
Kedatangan Buruh Cina.
Kedatangan Buruh Cina.
Kedatangan Buruh dari China secara besar-besaran bermula sejak awal abad ke-19 yang kebanyakkan berasal dari wilayah selatan China seperti Kwangtung, Kwangsi dan Fukien. Kedatangan buruh ini ke Tanah Melayu adalah melalui beberapa cara seperti sistem tiket kredit, sistem pengambilan kakitangan, dan sistem pengambilan rumah kongsi.
Ramai dikalangan imigran Cina telah datang ke Tanah Melayu melalui sistem tiket Kredit. Imigran Cina yang ingin datang ke Tanah Melayu akan dikumpulkan oleh Kheh-thau (Ketua), orang yang bertanggunjawab mengumpulkan masyarakat tempatan di China sebelum di bawa ke Pelabuhan.
Kheh-thau ini akan dibayar sejumlah wang bagi setiap imigran China yang dibawa oleh mereka. Imigran yang datang ini dipanggil Sin Kheh dan diletakkan dibawah pengawasan nahkoda kapal atau agensi buruh yang biasanya telah menerima bayaran daripada bakal majikan imigran berkenaan.
Imigran yang datang dengan cara ini terikat dengan perjanjian untuk bekerja bagi satu tempoh masa sehinggalah hutang tambang mereka dijelaskan. Selepas itu mereka bebas berkhidmat dengan sesiapa sahaja yang merek suka. Mereka akan dibekalkan dengan tiket yang menunjukkan pelabuhan yang mereka akan tuju serta keterangan sama ada mereka bebas atau berhutang.
Mereka akan dibawa oleh orang tengah atau pemborong buruh dengan bayaran tertentu kepada pihak majikan. Kerajaan British di Tanah Melayu telah mewujudkan jawatan pegawai pelindung buruh dari China pada bulan Mac 1872. Ia adalah bertujuan untuk mengawasi kemasukan buruh dan imigran dari China.
Beberapa undang-undang telah dilaksanakan bagi membaiki sistem pengambilan buruh. Pada 30 Jun 1914, sistem tiket kredit ini telah digantikan dengan dengan sistem pengambilan kakitangan ataupun pengambilan rumah kongsi.
Sistem Pengambilan Kakitangan
Melalui sistem ini, majikan yang memerlukan buruh akan menghantar pegawainya ke China bagi mendapatkan tenaga buruh. Segala tambang dan perbelanjaan buruh tersebut akan dibiayai oleh majikan.
Pegawai yang dihantar tersebut adalah bertanggungjawab untuk mengiringi buruh-buruh tersebut sehingga mereka sampai di tempat majikannya.
Sistem Pengambilan Rumah Kongsi
Di bawah sistem ini, pemgambilan buruh adalah dilakukan oleh pegawai di negara China yang dilantik oleh sesebuah rumah kongsi. Pegawai tersebut akan membiayai segala perbelanjaan buruh-buruh tersebut sehingga mereka sampai di rumah kongsi.
Pembawa buruh tadi akan dibayar oleh tuan punya rumah kongsi dengan kadar yang telah dipersetujui bagi setiap buruh yang dibawanya.
Secara Berkumpulan (Foochow)
Pada awal abad ke-20, cara kedatangan imigran ini telah berubah terutamanya di Sarawak. Charles Brooke melalui syarikatnya di Singapura telah menaja kemasukan buruh ke Sarawak.
Buruh ini masuk ke Sarawak secara berkumpulan seperti yang dianjurkan oleh orang Foochow di Sarawak. Kumpulan pertama dibawa masuk selepas adanya persetujuan di antara Wong Nai Siong, seorang ketua Foochow di Sibu, dengan Charles Brooke untuk menjemput petani Cina menerokai Lembah Rajang.
Lebih kurang 570 orang Foochow telah dibawa masuk ke Sibu pada bulan Januari 1901 dan bulan Mac. Kaum imigran ini amat diperlukan untuk mengusahakan tanah dan membangunkan sektor pertanian gambir dan lada hitam.
(zanas)
(zanas)
20 May, 2013
WILL BN BE OPPOSITION IN 2018?
By : Rapera ((Jahaberdeen)
What happened to BN is something that
is bound to happened under the circumstances. In fact, they could very
well have lost the government. Almost everyone who is in touch with the
grassroots could see this except, I am afraid those within the BN and
especially those who are entrusted to "strategise" for BN were unable to
fathom the ground swell of "anti-BN" sentiments caused by various
factors.
While I acknowledge that there was a cry for change and it appears
unstoppable to BN advisers, I believe that BN could actually have done
better IF it had chanced to so some of the things that it was advised to
do and it did not do many of the things that it did. Unfortunately,
penetrating the "fortress of BN walls" to the Ears that matter is a
tough uphill task for those with decency and pride.
Even 3 years before several advices were given to those who were
supposedly entrusted to advise the Ears that matter. The advise that
there need to be changes in THEIR own mindset BEFORE they can hope to
assist BN to retain or improve its strength fell on completely deaf
ears. I do not know to this day if the advice ever went to the Ears that
matter to this day. I have never been one of those born to wait and
ambush the "King or Lord" to kiss his hand and then give him my advice.
Being a Muslim, I find it extremely tough to kneel and bow to another
fellow human being, especially one whom I am trying to assist. I would
be insulted even more if he thinks his presence alone is a
major blessing in my life. But many in UMNO are indebted in this way to
the point of selling their souls! Anyway I have digressed.
The think tanks I have been invited to (which I could not repeat my
attendance more than once) was to me an immediate failure - it was
largely made up of people with like-minded. one track mind founded on
past strategies - race, reward, fear, etc. They still do not understand
the ground sentiments and ground perceptions. It was very tiring.
They missed a big opportunity and I am prepared to be chastised here for
exposing it. They missed the big opportunity to meet up with the key
civil society personalities and groups that had been skilfully and
secretly arranged for them. They also missed the opportunities
to embrace the wave of change but instead treated it as a threat. The
advisers to the Ears that matter fatally underestimated the
tenacity, sincerity and passion of these groups and individuals.
Instead, they would rather be happily seen with the "NGOs" which are
actually them in different clothes - a further insult to the Rakyat's
mind.
Pakatan on the other hand readily embraced civil society. Many of the
ideas that were given to BN advisers were dismissed as too "youthful"
and replaced with very superficially "cool" measures and transparent
feudal strategies - " Peasants, here are some silver coins! Kneel and be
grateful". This does not work any more. People do not care on which
throne you sit any more. They just do not wish to keep sitting on the
toilet bowl as it stinks!
I think BN, to date has not changed in its political outlook - it is
being sordidly comfortable with its rural base which it does not realise
is eroding. Once again please do not dispute me with the JASA, SB and
other data - go on the ground yourself. You have been proven wrong twice
already - 2008 and now, 2013.
The problem is that BN has become so straight jacketed and not so cool
and this makes new ideas very difficult to be articulated to them.
Without saying much in public, I'll say this - if BN continues to think
in the way it has been thinking (and it will if it keeps using the same
advisers or advisers from the same school of thought), it will
definitely be the opposition in parliament in 2018.
BN, you should just learn to be cool - and learn to listen. To be able to listen emphatically, you must get off your high horse.
Peace !
Subscribe to:
Posts (Atom)

