31 October, 2012

MENGAPA NIK AZIZ BERWASIAT SEBELUM BELIAU BERUNDUR?

Biar kita ulangi wasiat Nik Aziz sebelum beliau berundur katanya : 
“Saya sebut tutup aurat untuk orang Islam tidak kepada bukan Islam. Kalau tak tutup aurat “padanlah” kalau kena rogol pun”. 
Pesanan ini bertepatan berdasarkan pengalamanan duka rakan pakatan Nik Aziz, Eli Wong yang sering tidur mendedahkan aurat.

HAYATILAH WASIAT NIK AZIZ SEBELUM BERUNDUR

Harakahonline 28 Oct 2012, Mursyidul Am Pas mengulangi teorinya: 
“Saya sebut tutup aurat untuk orang Islam tidak kepada bukan Islam. Kalau tak tutup aurat “padanlah” kalau kena rogol pun”.

29 October, 2012

POLITIK BERUK, KELI DAN MOKTAN DI KEDAH

Ustaz Azizan dengan nada perli mengibaratkan Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang seperti beruk yang sedang ‘acan main’ di atas pokok jermai apabila beliau gagal menjawab beberapa desakan Tan supaya rakyat Kedah mendapat penjelasan yang sejelas-jelasnya tentang kegagalan pentadbiran Kerajaan PAS di Kedah.

Pentadbiran PAS gagal dalam serba serbi projek berorientasikan rakyat di Kedah. Projek usahasama ternakan ikan dalam sangkar di Langkawi antara Kedah Agro dengan sebuah syarikat Taiwan hanya tinggal sangkar.

Projek ikan keli, Keli-K di Sungai Pau, Sik dan projek mengetin buah rambutan (moktan) juga gagal lebih indah khabar dari rupa. Semua projek-projek mereka hanya sekadar menggelikan rakyat yang akhirnya masuk angin keluar asap.

Mereka tidak mempunyai rantaian kepakaran atau ‘know how’ kerana selama ini pun mereka hanya pandai bersyarah atau ‘only know talk but no action’.

Nampaknya jika PAS terus memerintah Kedah, rakyat Kedah akan berkesudahan seperti ikan Keli dalam kolam mengelupur dalam kelebur tanpa air dan makanan. Beruk di atas pokok jermai pun boleh cirit asyik makan buah jermai dan rambutan akan lebam lasu luruh di bawah pokok. 

Hari ini Pakatan Rakyat di Kedah ibarat ‘kata periuk belanga hitam’.

25 October, 2012

SANDIWARA LAGI

PAS telah berhimpun secara aman di hadapan Wisma MCA, Jalan Ampang bagi membantah Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang konon menghina agama Islam. 

Himpunan tersebut adalah anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia dan Dewan Ulamak PAS Pusat. Mereka membawa sepanduk dan poster mengecam tindakan pemimpin MCA itu yang didakwa tidak tahu menjaga sensitiviti umat Islam.

Kenyataan Soi Lek diputar-belitkan tetapi kenyataan Karpal Singh secara terang-terangan dan cukup jelas menentang Islam itu mereka butakan mata dan tulikan telinga mereka. Demi menutup dan memelihara kesucian Karpal Singh mereka mengalih pandangan dan membohongi diri mereka sendiri.

PAS banyak main sandiwara. Mengapa mereka tidak mengangkat sepanduk dan poster mengecam Karpal Singh di hadapan pejabar DAP? Ini lah caranya PAS membela Karpal Singh kerana mengharapkan undi kaum Cina DAP.

Aksi mereka seperti di atas ibarat pentas sandiwara tanpa bersandarkan prinsip parti mereka sendiri.

KUMAN SEBERANG LAUT NAMPAK, GAJAH DI DEPAN MATA TIDAK KELIHATAN.

24 October, 2012

Beli cadar di Harrods RM9,765?

Cadar-cadar pilihan dari Harrods
Borneo Post pada 25 April melapurkan Ahli Parlimen Santubong Datuk Wan Junaidi Tuanku Jafaar telah mengumumkan peruntukan berjumlah RM1.5 juta untuk membina 30 rumah baharu penduduk miskin bagi seluruh Parlimen Santubong.
Penduduk miskin yang menerima bantuan terbabit adalah hasil kerja-kerja mencari rumah usang yang dijalankan secara bersama oleh Pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Santubong, Pejabat DUN Demak Laut dan DUN Pantai Damai pada awal tahun ini. 
Hari ini bekas menantu Mahmud Taib, Shahnaz A.Majid melapurkan Datuk Seri Mahmud Abu Bekir telah membelanjakan:

06 Jun di Ferrari Shop sebanyak RM6,175 
14 Jun di Harrods sebanyak RM117,919 
17 April di Wellington Hospital sebanyak RM37,040 
25 Mei di Starhill KL sebanyak RM123,800

Cadar katil sahaja di Harrods berharga RM9,765. Di dalam CIMB Islamic Bank Kuching menunjukan simpanan sebanyak RM5.75mil.

Harapkan bermain salji di Switzerland kini gigit jari

Geneva adalah nama terkenal sebagai pusat kewangan terkemuka dunia terletak di Switzerland. Sebuah negara cantik yang menjadi cita-cita untuk dilawati. Ekonomi Geneva berorientasikan perkhidmatan khasnya sektor kewangan yang penting dan perbankan swasta tertua. Mereka mencatat pengurusan aset kira-kira 1 trilion USD serta membiayai perdagangan antarabangsa.

Baru-baru ini Bank Negara Malaysia (BNM) telah membuat serbuan Syarikat Genneva Malaysia Sdn Bhd kerana siasatan awal BNM mendapati syarikat itu memang menjalankan urus niaga penjualan emas untuk menarik minat pelabur, tetapi bertukar kepada hanya mengambil deposit. Operasinya adalah sama seperti kebanyakan skim cepat kaya yang tidak sah. Hasil siasatan juga mendapati liabiliti syarikat pelaburan jongkong emas Genneva Malaysia Sdn Bhd (Genneva Malaysia) telah melebihi aset syarikat itu. Dengan jelas ia menunjukkan bahawa Genneva Malaysia tidak mampu membayar pulangan kepada pelabur.

Tidak dinafikan terdapat segelintir pelabur pada peringkat awal tertipu dengan nama Geneva dan Genneva. Sebutannya mungkin sama tetapi pelaburannnya langsung tidak sama. Mereka beranggapan ia merupakan pelaburan yang bersangkut paut dengan Geneva Switzerland dan pelabur-pelabur juga sudah berangan-angan apabila kaya dengan untung pelaburan jongkong emas ini mereka akan terbang ke Switzerland untuk bermain salji dan meluncur ski di sana.

Rupa-rupanya mereka bermimpi di siang hari. Harapkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Mengharapkan pulangan pelaburan dengan goyang kaki kini berakhir dengan tidur di atas jongkong-jongkong emas yang perlu dilebur dahulu untuk dijadikan perhiasan isteri. 

Semalam saya terjumpa seorang rakan yang melabur sebanyak RM200ribu dengan wang hasil hadiah persaraan terduduk mengosok-gosok lima keping jongkong emas sebesar dua jari.

23 October, 2012

Skandal Kedah Corp, merongkah kotak Pandora

Sinar Harian:- 
 
ALOR SETAR - Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak menafikan kerajaan negeri Kedah menyeleweng dalam pelaburan projek pembalakan dan perladangan syarikat Kedah Corporation Bhd (Kedah Corp) di Papua New Guinea.
 Sehubungan itu, beliau mengalu-alukan polis serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera menyiasat kes tersebut seperti yang didedahkan oleh Ketua Audit Negara dalam laporan audit 2011, baru-baru ini.

Laporan Ketua Audit Negara turut menyebut Kedah Corp membuat pinjaman luar dari sebuah bank sebanyak RM135 juta bagi membiayai projek di Papua New Guinea.

Azizan, yang pertama kali menjawab isu itu hari ini, menolak dengan keras tuduhan bahawa kerajaan negeri bersalah dan menyeleweng dalam isu ini kerana menyebabkan Kedah Corp kerugian RM13.49 juta dalam projek tersebut.

Semalam Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kota Setar bagi membolehkan polis menyiasat anak syarikat Perbadanan Menteri Besar (MBI) itu.

Azizan berkata sebenarnya Pengarah Urusan baru Kedah Corp, Akashah Ismail membuat pinjaman luar pesisir sebanyak US$40 juta daripada sebuah bank di United Kingdom pada 2009 tanpa pengetahuan lembaga pengarah dan berpakat dengan
MAS Corporation Sdn Bhd (MAS Corp) untuk melabur dalam projek pembalakan di Papua New Guinea.

"Setelah mengetahui penyelewengan itu, sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi menyiasat operasi Kedah Corp dan mendapati projek di Papua New Guinea tidak menguntungkan lalu menghentikannya," kata Azizan kepada pemberita.

Beliau ditemui selepas menyerahkan 394 ekor lembu korban kepada jabatan dan agensi persekutuan dan negeri serta wakil rakyat di Stadium Suka Menanti di sini, yang disumbangkan oleh syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) sempena sambutan Aidiladha pada Jumaat ini.

Azizan berkata kerajaan negeri telah mengarahkan transaksi oleh bank di United Kingdom dihentikan namun terpaksa membayar RM1.4 juta sebagai yuran perunding kepada sebuah syarikat.
   
"Kerajaan negeri tidak akan berhenti menuntut kembali wang RM1.3 juta daripada MAS Corp yang dijanjikan pemiliknya. Saya juga sedia menyerahkan fail kes ini kepada polis termasuk untuk mengesan Akashah yang menghilangkan diri," katanya.

Azizan mendakwa banyak lagi kes salah urus GLC menyebabkan kerajaan pimpinannya terpaksa menanggung hutang yang perlu dilangsaikan.

"Saya terpaksa meneliti semula semua perjanjian yang dibuat supaya tidak merugikan kerajaan negeri termasuk projek 99East iaitu pembangunan Bukit Malut di Langkawi membabitkan tanah kerajaan negeri sebanyak 360 ekar (144 hektar)," katanya.  -Bernama

Komen: Rupa-rupanya banyak bangkai dan ulat jika betul-betul dirongkah dalam Kedah Corp. Ibarat membuka Pandora's Box. Bukan setakat kerajaan PAS sahaja tetapi kerajaan terdahulu juga tidak kesunyian.

22 October, 2012

Why Nations Fail

This is an interesting book by Daron Acemoglu. an MIT economist and James A Robinson.a political scientist from Harvard. When they talk about failure, it is not a country disappearing or wipe off from the map but a failure of its socio-economic and political systems leading to abrupt change or revolutions.

"Countries such as Great Britain and the United States became rich because their citizens overthrew the elites who controlled power and created a society where political rights were much more broadly distributed, where the government was accountable and responsive to citizens, and where the great mass of people could take advantage of economic opportunities" - Extract from the book.
.
Acemoglu amd Robinson studied the histories of numerous countries describing and found a common cause of failue. What they found is the key differentiator between countries is “institutions.” Nations thrive when they develop “inclusive” political and economic institutions, and they fail when those institutions become “extractive” and concentrate power and opportunity in the hands of only a few.

Nations that thrive and succeed are those that empower their people both politically and economically. Power is distributed "puralistically" and "extractive" power structures that  reinforce extractive economic institutions to hold power are avoided.

Authors show that there is a common historic pattern that you cannot sustain your economy if don't have the correct political structure i n place. They argue that China has not found the magic formula for combining political control and economic growth - its system in inherently unsustainable and the full historic outcome of current system has not been played out. (Lucky Tan)

07 October, 2012

Minggu Malaysia Diperluas Ke Timur Tengah Dan China - Rais Yatim

LONDON: Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan berhasrat memperluas penganjuran Minggu Malaysia ke lokasi lain seperti Timur Tengah dan China.

Menterinya, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata penganjuran acara itu buat kali keempat di kota London yang menampilkan pelbagai tarikan Malaysia, mendapat sambutan hebat bukan sahaja daripada masyarakat Britain tetapi juga pelancong asing yang berkunjung ke sini.

"Kami ingin sangat membawa Minggu Malaysia ke peringkat lebih tinggi iaitu bukan sahaja untuk masyarakat Eropah tetapi juga masyarakat di Timur Tengah atau China," katanya kepada wartawan Malaysia selepas merasmikan Minggu Malaysia London 2012 pada Sabtu.

Rais berkata Minggu Malaysia sebelum ini dianjurkan di London pada tahun 2006, 2007, 2008 selain di Washington, Amerika Syarikat pada 2010.

"Jadi dengan lima Minggu Malaysia ini, kita sudah rumuskan daya tarikannya memang hebat dan kita tidak harus berhenti begitu sahaja," kata menteri itu.

Edisi terbaharu Minggu Malaysia selama lima hari bermula semalam diadakan di South Bank bersebelahan tebing selatan Sungai Thames, yang menjadi antara lokasi pelancongan yang menjadi tumpuan ramai di tengah kota London.

Rais menarik perhatian bahawa elemen kepelbagaian yang wujud di Malaysia termasuk kepelbagaian bangsa boleh dikatakan menjadi aset paling besar negara.

"Seperti yang disebutkan oleh Mayor (Datuk Bandar Southwark Althea Smith), kepelbagaian itu merupakan kekuatan Malaysia iaitu kepelbagaian bangsa atau kaum, agama, budaya, makanan dan sebagainya," katanya.

Beliau juga berkata Minggu Malaysia di London kali ini berbeza dengan sebelumnya apabila tumpuan diberi kepada makanan dan kraf atau kerjatangan dari Malaysia.

Sementara itu, Smith berkata acara itu adalah mengenai kepelbagaian dan perlunya orang ramai bekerjasama sebagai satu komuniti.

"Kerana pada akhirnya, tanpa mengira dari mana asal kita, tanpa mengira di mana kita tinggal, kita adalah satu..kita semua bersatu sebagai umat manusia," katanya.

Pereka kasut terkenal Malaysia Datuk Dr Jimmy Choo melahirkan harapan bahawa Minggu Malaysia akan terus dianjurkan di sini yang membolehkan para pengunjung menikmati apa yang dapat ditawarkan oleh Malaysia dari segi budaya, makanan, fesyen dan tarikan yang lain.

Terdahulu, jemputan dan pengunjung dihiburkan dengan persembahan kebudayaan dan kesenian yang menampilkan tarian dan muzik berkonsepkan 1Malaysia serta pertunjukan fesyen. - BERNAMA

16 August, 2012

Ingat lah!!!! PESANAN ORANG DALAM.

Saya kekal dengan pandangan saya bahawa Karpal Singh bukan hanya sekadar anti hudud tetapi anti Islam.

Sebagai seorang peguam yang lama, dia tahu apa itu
substantive law dan apa itu procedural law. Pelaksanaan hudud memerlukan kepada standard of proof yang cukup tinggi untuk boleh dilaksanakan, ada kesalahan yang memerlukan tahap pembuktian ke taraf 'beyond any shadow of doubt' iaitu tahaf pembuktian yang maksimum, sebelum boleh ia dilaksanakan tetapi dia menolak semua itu hanya kerana ia adalah undang undang Islam.

Berapa kali sudah dia mengungkapkan bahawa pelaksanaan sistem perundangan Islam '
is over my dead body' menunjukan dia sanggup mati untuk pertahankan pendiriannya, maka saya juga sanggup melakukan apa saja 'at whatever cost' untuk mempertahankan agama saya. Terpulanglah kepada mana pihak yang mungkin kerana percaturan politik akan mendiamkan diri seperti syaitan-syaitan bisu yang sering diungkap oleh pimpinan, insya-Allah saya tidak akan biarkan mana-mana pihak sewenang-wenangnya menghina agama saya.

-USTAZ NASHARUDIN MAT ISA, PAS.

31 July, 2012

Dengar kata ada wakil rakyat BN di Kedah yang mendapat anugerah Phd palsu


Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Hou Kok Chung menegaskan terdapat laporan mengenai kes penjualan ijazah palsu termasuk yang dikeluarkan oleh universiti asing yang tidak wujud serta ijazah palsu yang kononnya dikeluarkan oleh university. 

Beliau menasihatkan majikan supaya melakukan pemeriksaan terhadap latar belakang pekerja jika mempunyai alasan kukuh yang mereka mungkin memiliki ijazah palsu.

Bukan itu sahaja terdapat juga di kalangan wakil rakyat yang bila nak bertanding tup-tup ada PHD dan memakai tittle Dr.  Mereka yang memakai Phd atau Dr palsu sebenarnya menipu rakyat dan berhak dihukum dalam PRU13n yang akan datang.

Dengar khabar ada juga wakil rakyat di kalangan BN Kedah yang pakai Dr palsu. Tolong habaq mai sapa dia?

30 July, 2012

Azizan enggan pecat Rektor Kuin

ALOR SETAR 4 Julai - Di sebalik pelbagai desakan agar Rektor Kolej Universiti Insaniah (Kuin) meletak jawatan atau dipecat ekoran kegagalannya mengendalikan pelbagai isu yang timbul, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak tetap mempertahankannya.

Menurut Azizan, rektor terbabit, Prof. Datuk Dr. Jamil Osman merupakan bekas dekan fakulti ekonomi dan pernah menjadi timbalan rektor sekali gus layak memimpin dan membangunkan Kuin. Lagipun, katanya, pelantikan Rektor Kuin tersebut juga telah disambung sehingga 2016 untuk memastikan agenda membangunkan Kuin terus berjalan.

"Saya bawa dia, panggil dia dari Kuala Lumpur untuk mengembang dan membawa pembaharuan kepada Kuin.

"Orang suruh dia letak jawatan buat apa, yang suruh itu pemandu sahaja," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri di sini hari ini.
Beliau mengulas demonstrasi kira-kira 200 kakitangan pusat pengajian tinggi milik kerajaan negeri itu semalam yang mendesak Jamil meletak jawatan atau dipecat oleh Azizan yang juga Pengerusi Kuin. Mereka menyertai demonstrasi yang dinamakan Himpunan Aman Bersih Kuin 2.0 selepas kecewa dengan pentadbiran Jamil yang didakwa gagal menjaga kebajikan pekerja dan pelajar serta menutup pintu rundingan untuk mencari penyelesaian adil.

Dalam pada itu, Azizan meminta pihak yang tidak berpuas hati dengan kemelut Kuin bersabar kerana kerajaan negeri memerlukan sedikit masa untuk menyusun semula pengurusan kolej universiti tersebut.

"Kepada mereka yang berdemonstrasi kerana tidak berpuas hati, bersabarlah. Ini bukan kolej universiti kerajaan, tetapi swasta," katanya.

Beliau turut mengakui Kuin berdepan masalah kewangan ekoran kos pengurusan mencecah RM50 juta setahun sedangkan kerajaan negeri hanya menyalurkan peruntukan RM15 juta.

"Maka yuran budak-budak (penuntut) yang kita gunakan, namun berlaku sedikit masalah teknikal baru-baru ini sehingga menyebabkan peruntukan lambat disalurkan kepada Kuin.

"Pelajar pula tidak bayar yuran lagi kerana pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak dapat lagi," katanya.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan negeri menerusi syarikat milik kerajaan (GLC) akan bertindak sebagai penyumbang dana kepada Kuin.

"Sememangnya tugas GLC membantu kerajaan dalam perkara berkaitan tanggungjawab sosial korporat (CSR). Misalnya Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) jika buat keuntungan lebih, kita arah mereka sumbang kepada kerajaan negeri," katanya.

Mengulas kemungkinan tindakan tatatertib dikenakan ke atas kakitangan yang terlibat dalam demonstrasi itu, Azizan memberitahu, beliau memberi kebebasan kepada mereka.

''Itu hak mereka, apa yang boleh kita beri hanyalah nasihat dan kita tidak kacau kebebasan mereka," katanya yang turut enggan mengadakan rundingan dengan pihak tersebut. Beliau pada masa sama menjelaskan, kemelut yang melanda Kuin tidak akan menjejas populariti kolej universiti tersebut.

"Setakat hari ini, seramai 1,056 daripada 1,300 pemohon sudah mendaftar dan kita menunggu sehingga 21 Julai ini kerana dijangka ramai lagi pelajar akan mendaftar," katanya.

Beliau turut melahirkan rasa kurang puas hati terhadap media yang disifatkan sebagai sengaja membesar-besarkan isu tersebut.

''Sejak hari pertama saya sebagai Pengerusi Kuin sehingga hari ini, tidak habis-habis ada sahaja isu Kuin. Alhamdulillah oleh kerana banyak sangat tentang Kuin, Kuin menjadi popular," katanya.

12 June, 2012

Peranan guru dan murid

Keputusan SPM 2011 pada tahun ini merupakan keputusan yang terbaik sepanjang lima tahun yang lepas.
Walaubagaimanapun keseluruhan keputusan masih terdapat jurang pencapaian di antara calun-calun luar Bandar dan calun-calun di Bandar. Calun-calun luar Bandar masih tercorot ke belakang dalam mata pelajaran English, Sejarah, Math, Pengajian Islam dan Moral Sudies.

Apa yang lebih menarik lagi ialah calun-calun luar bandar mengatasi calun-calun di bandar dalam subjek Sains. Mungkin guru-guru yang baik seharusnya di hantar ke luar Bandar dan tidak berkepol di di sekolah-sekolah dalam Bandar sahaja. Seperti menjadi amalan guru-guru yang tidak berprestasi dihukum dengan dihantar ke luar Bandar, secara tidak langsung pelajar-pelajar luar Bandar juga menerima tempias hukuman tersebut.

Realiti kehidupan di luar Bandar mungkin membantu pencapian mereka dalam mata pelajaran sains. Kehidupan harian mereka seperti bergelut dengan ayam kampong, keli, haruan, pakok-pokok ulam, ikan Karin, ikan semilai, petai, jering dan genuak berbanding dengan rakan-rakan mereka di Bandar yang hanya hidup di kota batu.

Murid yang cemerlang lahir dari bimbingan guru yang cemerlang. Pengalaman sahabat saya bekas guru cemerlang Tuan Syed Osman Mansor semasa diposting menjadi guru besar ke Sekolah Rendah Seri Gedong Sungai Petani yang merupakan di antara yang tercorot di daerah Kuala Muda di mana beliau telah ‘turnaround’ sekolah tersebut ‘from zero to hero’ seharus menjadi di antara ramuan dan pendekatan guru-guru muda hari ini.

ILMUAN ISLAM KENA GUBAL ‘ILMU PENGURUSAN NAFSU SYAHWAT’

Pendedahan mengenai pendidikan kesihatan reproduktif dan seks dilihat kurang berkesan kerana ibu bapa dan guru-guru segan membincangkan perkara itu secara terbuka
Setiausaha Agung Persekutuan Persatuan-persatuan Kesihatan Reproduktif Malaysia (FRHAM), Dr. Kamaruzaman Ali berkata, tidak banyak ibu bapa mampu membincangkan mengenai pendidika...n tersebut dengan anak-anak sedangkan mereka adalah individu paling layak.

Malah terdapat ibu bapa juga tidak mempunyai pengetahuan asas mengenai pendidikan itu. Keadaan yang sama juga berlaku di sekolah apabila guru-guru segan dan cenderung untuk mengelak daripada menyentuh mengenai topik berkaitan reproduktif dan seks malah masih ramai yang melihatnya dari sudut negatif.

Apabila seseorang pasangan Islam itu ingin berkahwin dan semasa aqad nikah salah satu tanggung jawab wajib suami dan juga isteri ialah nafkah zahir dan keperluan batin. Umum mengetahui nafkah zahir seperti keperluan hidup, harta dan wang tetapi umum jarang mengupas sedalam-dalamnya keperluan batin atau nafkah batin.

Batin dilihat sekadar hidangan sex di ranjang dimana itu hanyalah ‘the ends meet’ selepas proses-proses panjang seperti ilmu melalui pendidikan zuriat. Padahal ilmu ini sangat penting. Ilmu ini perlu diajar kepada anak-anak sebaik sahaja mereka aqil baligh di mana waktu itu nafsu mula bertunas.

Di ketika itulah anak-anak perlu dididik tentang imu Pengurusan Nafsu dan Syahwat supaya mereka pandai dan bijak mengurus shahwat mereka mengikut lunas-lunas kesucian Islam.

Kerana asas ilmu ini tidak kukuh maka kita sendiri tidak tahu bila kita mula tahu tentang sex, tentang syahwat malah ironinya kita tersipu-sipu malu dengan contoh-contoh ‘double meaning’ seperti ‘Pisang’, ‘Kerang’, Oyster’ dan lain-lain.

Kelompongan ini membuat generasi hari ini menuntut ilmu ini melalui laman-laman sesawang biru.

13 May, 2012

UMNO di antara ISI dan KULIT

SEJARAH parti keramat ini pada 11 Mei diraikan semula tahun ini di usia 66 tahun. Umur yang dikira amat matang dan dewasa. Bagi pembangkang mereka melihat umur UMNO ini adalah saat-saat yang menanti detik kematian.

Saya asalnya bukan pendokong UMNO, malah jauh dari itu pernah menyokong Pas bermatian-matian hanya kerana Anwar Ibrahim sekitar 1998 hingga 2003. Ketika dalam kesesatan menyokong perjuangan 'bodoh' bersama Pas, saya mula nampak 'kehebatan' UMNO.

Dari kebencian yang meluap-luap terhadap UMNO, saya mula mengkaji kenapa UMNO dikatakan parti keramat. Pembangkang berjaya menanam rasa kebencian yang amat mendalam saya terhadap UMNO dan Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika itu. Malah saya pernah mengangkat kaki di peti televisyen ketika gambar beliau disiarkan.

Ketika pengumuman peletakan jawatan Dr. Mahathir yang saya benci, saya menangis teresak-esak di hadapan televisyen. Saya bertanya kenapa ia berlaku kepada saya ketika itu. Tentu ada sesuatu yang hebat dalam diri pemimpin UMNO itu.

Saya menemui banyak jawapan yang menyebabkan saya tidak akan berpaling dari menyokong UMNO sehingga ke akhir hayat saya. UMNO tidak menjanjikan syurga untuk saya, tetapi saya yakin menyokong Pas akan mengundang saya ke api neraka.

Namun saya masih lagi tertanya, kenapa UMNO 'lemah' sedangkan sepatutnya parti ini wajar memiliki ahli yang sanggup berjihad mempertahankannya. Kenapa ahli UMNO perlu menunggu arahan dalam meniup obor perjuangan.

Saya melihat kelemahan ahli dan pemimpin tertentu untuk menyedari peranan mereka. Pemimpin harus berupaya menyedarkan situasi cemas dan sentiasa sanggup bersedia berjuang dan berjihad memastikan kemenangan UMNO/ BN di kawasan masing-masing. Keadaan yang mendesak ini perlu dijadikan semangat untuk bangkit dan bergerak cergas dalam masa-masa kritikal menjelang PRU-13.

Saya masih teringat wawancara bersama Tun Dr. Mahathir di akhbar Mingguan Malaysia pada 20 November 2011. Apa yang boleh disimpulkan dari komen Tun tentang UMNO dan kepimpinannya terlalu bernas, tepat dan hampir sukar untuk dinafikan. Tun serta banyak pihak bercakap isu ini kerana sedar apa yang berlaku atas sebab sayang dan kasih terhadap UMNO yang menjadi payung kepada agama Islam, kekuatan bangsa Melayu dan tunggak kesejahteraan negara.

Soalnya, kenapa UMNO masih gagal meyakinkan golongan atas pagar dan gagal menarik ahli parti pembangkang yang sekarang sebenarnya dalam keadaan caca-merba dan tersangat keliru? Kenapa penyokong Pas atau PKR tidak berduyun-duyun menyertai UMNO seperti mana tahun 1998/99 ketika UMNO pernah ditimpa prasangka buruk, hingga ramai ahlinya yang menyertai pembangkang?

Kenapa strategi UMNO/BN sering gagal dan tidak menjadi? Malah kebanyakan masyarakat melihat seolah-olah hanya Perdana Menteri dan Timbalannya yang bertungkus-lumus meyakinkan rakyat tentang jasa dan sumbangan UMNO/BN. Ke mana hilangnya peranan Ketua Perhubungan UMNO Negeri, Ketua Bahagian dan Ketua Penerangan sayap-sayap UMNO empat peringkat juga Ketua Cawangan?

Susah sangatkah mereka untuk merancang gerak kerja mendekati golongan pembangkang tegar dan atas pagar agar terbuka minda menyokong UMNO/BN. Malah amatlah malang bagi saya apabila melihat hampir semua program UMNO adalah untuk ahli UMNO dan penyokong tegar parti ini sahaja dan dilaksanakan di tempat tertutup. Apa yang sering UMNO anjurkan adalah lawatan, aktiviti sukan dan aktiviti rutin yang langsung tidak menjana ahli baru menyokong parti ini.

Sebagai bekas penyokong pembangkang, saya melihat sebilangan besar kepimpinan UMNO kurang berfikir di luar kotak. Mereka hanya menjaga ahli yang setia dan manja. UMNO tidak berani melakukan apa yang menjadi strategi pembangkang seperti ceramah terbuka berskala besar berbekalkan speaker dan corong suara yang boleh didengar dari jauh.

Pembangkang juga telah lama giat mengedar risalah yang mendedahkan keburukan dan fitnah terhadap kerajaan BN di kampung-kampung dengan kerajinan jentera mereka.

Kempen pembangkang cukup mudah dan murah!. Mereka hanya berbekalkan konsep ceramah terbuka di padang dengan kos yang minimum tetapi mampu menarik beribu orang dan menyokong mereka. Dakyah mereka meresap masuk dengan mudah kepada sesiapa sahaja yang hadir jika apa yang didengar itu tidak ditapis secara hikmah.

Bukti dan hasilnya, mereka mengekalkan kuasa di Kelantan selama 21 tahun sekalipun tiada kemajuan dan kemakmuran dapat dibuktikan. Mereka mampu pula menawan empat negeri lain dalam PRU-12 dan bertapak melalui markas parti di hampir semua negeri yang dahulunya tidak terbayang boleh dilakukan berbekalkan strategi yang saya nyatakan.

Mengapa usaha seperti yang dinyatakan ini tidak difokuskan dan kurang dilaksanakan di peringkat bahagian. Kalau dilaksanakan pun, promosi dan aktiviti ceramah ini tidak didedahkan secara agresif hingga tidak ramai yang hadir dan terlalu protokol. Malah tugas semudah membuat salinan artikel pun sebenarnya boleh digerakkan oleh jentera Penerangan Bahagian mengenai isu semasa yang memihak kepada kerajaan.
Namun malang, ia juga 'tidak mampu' difikirkan oleh mereka mungkin disebabkan kos fotostat lebih mahal dari kos menganjurkan program besar-besaran. Malah banyak program lebih mahu menonjolkan diri untuk menjadi 'calon pilihan' bukan untuk 'niat perjuangan'.
Berdasarkan pemerhatian, ahli UMNO amat kurang membaca dan tidak bersedia mengorbankan RM1.50 untuk menyokong akhbar Utusan Malaysia. Kalaulah perkara ini boleh diberi perhatian oleh kepimpinan Bahagian dan Cawangan pasti mereka mendapat banyak input dengan hanya kos RM5 seminggu untuk membuat salinan tulisan- tulisan dalam akhbar Utusan seperti tulisan Zaini Hassan dalam CUIT yang mampu disebarluaskan di cawangan masing-masing.
Perang saraf boleh digerakkan oleh Ketua Cawangan dengan pelbagai kaedah mudah dan murah. Jika tugas seperti ini pun tidak mampu lagi dilaksanakan mereka maka saya bimbang UMNO akan terus layu dan mati sebelum waktunya. Semangat jihad dan kerja keras golongan lelaki dalam parti ini juga semakin kurang. Apakah pendokong parti keramat ini akan bersedia menerima nasib parti-parti besar lain seperti Golkar (Indonesia), LDP (Jepun) dan Kongres (India) yang pernah berjasa kepada negara bangsa mereka?

Saya bimbang masa sudah terlalu lewat dan ketika itu UMNO sudah terlalu nazak. Sebelum nasi menjadi bubur dan sebelum UMNO yang berjasa ini ditalkinkan, mungkinkah sebilangan besar ahli dan pemimpinnya yang masih bersikap 'bodoh sombong' mahu berubah dalam masa kecederaan? Apakah UMNO mengharapkan keajaiban 'sepakan penalti' dalam masa kecederaan dan bergantung kepada kekuatan 'calon boleh menang' sahaja seperti mana Harimau Muda bergantung sepenuhnya kepada Khairul Fahmi (Apek) untuk menyelamatkan maruah negara dan gawang golnya?

Pendokong UMNO tidak boleh bergantung kepada nasib semata-mata tanpa giat berusaha. UMNO berada di dalam gelanggang sendiri tetapi seolah-olah bermain di stadium milik lawan. Harimau Muda telah dipersiapkan oleh jurulatihnya untuk menghadapi segala tekanan, tetapi jurulatih atau pemimpin UMNO kelihatan masih gagal menguruskan mental dan sikap kerjasama pasukan sedangkan gelombang perang PRU 13 mula sudah kedengaran.

Tiada salahnya untuk UMNO mencontohi pembangkang dalam gerak kerja mereka. Kita tahu dan kita sedar akan malapetaka besar jika pakatan pembangkang menjadi pemerintah. Untuk menang selesa, lakukanlah perubahan dan percaturan strategi yang berbeza. Usahakan amalan solat hajat dan munajat di semua UMNO Bahagian agar Allah SWT membantu UMNO dan kepimpinannya di saat begini.

Sedarlah bahawa anda berada di dalam sebuah parti yang ikhlas, betul dan benar dalam asas perjuangannya. Parti yang anda dokong ini benar-benar berjasa kepada seluruh bangsa Malaysia tanpa mengira kaum dan agama. Jika saya yang pernah menyokong pembangkang melihat kehebatan UMNO dan jasa-jasanya, mengapa sebilangan besar ahlinya tidak menjiwai semangat perjuangan yang menjadi nadi UMNO.

Justeru jangan ragu-ragu berjihad dan berkorban kerana parti keramat UMNO ini adalah 'alat dan senjata utama' mempertahankan akidah dan kesucian agama Islam, mengangkat martabat bangsa Melayu dan maruah negara Malaysia. - Oleh LUKMAN MOIDIN (PENULIS ialah Kaunselor Berdaftar & Perunding Motivasi) (UTUSAN ONLINE)

03 May, 2012

Tidak salah kalau mereka kahwin

Kalau Shafie Apdal dan Zahida Rafique kahwin apa salahnya? Kan mereka buat mesjid. Kalau membina satu mesjid pun dah pahala besar apalagi kalau  dibina empat mesjid.

Cuma orang politik ni kalau bercakap berbelit-belit dan amat takut kepada bini lebih dari segalanya. Masa slim abang sayang bila dah gedempol?

Cakap biar serupa bikin.

22 April, 2012

Sejauh mana iktibar Media Sosial kepada politikus BN Kedah

Pengaruh media social dalam pemilihan Presiden Amerika Syarikat 2008 menyaksikan kemenangan hebat Barack Obama. Media baru digunakan sepenuhnya untuk menghubungi pengundi, menyebar maklumat, mengumpul dana dan menganjur acara.

Jumlah penyokong Obama dalam Facebook adalah seramai 2,379,102, 380% mengatasi Mc Cain yang hanya mempunyai 620,359 penyokong manakala melalui laman Twitter Obama mempunyai 112,474 penngikut dan Mc Cain hanya mempunyai 4,603 pengikut.

Fakta ini diulangi kembali bagi menjawab kenyataan-kenyataan politikus Kedah yang memperkecilkan peranan media sosial dan memperlekehkan pengamal-pengamal media social di kalangan generasi muda hari ini.

Tidak dinafikan terdapat pertembungan di antara politik dan media sosial berhubung isu kesahihan fakta dan punca fakta di mana sesetengah politikus berpendapat media baru bukannya kewartawanan yang ‘real’. Persepsi mereka hanya jounalis sahaja yang berwibawa membuat lapuran yang tepat.

Malah terdapat juga blog-blog yang wujud hanya sebagai alat penyampaian menghentam rambang dan hilang begitu sahaja atau ‘hit and run’. Walaubagaimanapun terdapat juga banyak blog-blog yang bertahan lama dan sentiasa dikemaskini dan menjadi sumber rujukan pengundi. Blog-blog yang berwibawa akan terus kekal dan yang sebaliknya akan hilang di alam siber.

Seringkali blog-blog politikus di Kedah hanya hangat-hangat tahi ayam yang dikendalikan oleh penulis upahan untuk memuji dan mempromosikan aktiviti mereka.

Akhir-akhir ini kelihatan di kalangan sesetengah politikus Kedah media sosial hanya alat yang berperanan memaparkan gambar-gambar aktiviti mereka dan dipostkan ke Facebook. Mereka tidak menulis dan pengundi tidak dapat mengukur sejauhmana pendapat mereka terhadat satu-satu isu, keintelektulan mereka dan pemikiran mereka sebagai pemimpin glokal. Mereka dilihat masih bermain politik dengan acuan yang lama dan tidak banyak perubahan.

Maka tidak hairanlah jika rakyat meihat hanya PM sahaja yang beriaya-iya mengunakan media sosial dan ingin mebawa perubahan tetapi pemimpin di negeri dan bahagian jauh ketinggalan dibelengu kepandiran.

17 April, 2012

ANGKASA anjur "How Social Media is Changing Your Organisation and the World'

Sam Graham-Felsen
Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) akan menganjurkan program bertajuk 'From a Click to a Movement: How Social Media is Changing Your Organisation and the World' pada 12 Mei di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.

Program yang diadakan dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia itu, antara lain, akan membincangkan mengenai kepentingan media sosial dalam pembangunan aktiviti perniagaan sesebuah organisasi.

Dalam satu kenyataan hari ini, Angkasa berkata program itu akan dikendalikan Sam Graham Felsen, bekas ketua pengarang blog Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

"Sam Graham Felsen adalah individu yang bertanggungjawab membangunkan kempen pilihan raya paling berjaya dalam sejarah dengan menggunakan media sosial," kata Angkasa yang menaungi lebih 8,000 koperasi dengan tujuh juta anggota. Bernama

08 April, 2012

Senarai nama-nama yang bakal sabotaj jika tidak dicalunkan

UMNO Merbok telah menghantar senarai nama-nama professional (loya, doktor dan ahli perniagaan : Kata Dtk Bashah)bakal-bakal calun yang akan mewakili Merbok.

Calon-calon UMNO Parlimen Merbok PRU 13
1. Tajul Urus Ketua Bahagian Merbok (Bekas Guru, BTN dan tokoh korporat)
2. Abd Rahman Naib Ketua Bahagian ('Pengarah' KEMAS Daerah dan bekas tokoh perniagaan, tokoh agama Maktab Mahmud juga)
3. Hafsah Ketua Wanita (tak dapat maklumat)
4. Saiful Hazizi Ketua Pemuda (Tokoh Korporat)

Calon-calon UMNO Dun Tanjung Dawai PRU 13
1. Ismail Daut Timbalan Ketua Bahagian (Professor TNB)
2. Anuar Naib Ketua Pemuda (Tokoh Korporat)
3. Yusof Keda AJK Bahagian (Pegawai Tertinggi KEDA)
4. Ust Harun AJK Bahagian (Tokoh Agama)

Bahayanya bakal-bakal calun ni apabila nama mereka tidak dipilih oleh pucuk pimpinan atas dan meletak calun helicopter mereka inilah yang bakal buat onar dan sabotaj.

Minta simpang.