30 September, 2009

Gempa bumi 7.9 skala ritchter di Sumatra

Quake in Sumatra, tremors in Malaysia

PETALING JAYA: A powerful earthquake measuring 7.9 on the Richter scale hit southern Sumatra at about 6.17pm, causing tremors all the way in peninsula Malaysia.

The epicentre of the quake was about 481km southwest from Kuala Lumpur. People have evacuated some high-rise buildings in the Klang Valley, including the KL City Centre.

In the JayaOne complex here, reports came in of shaking furniture and swaying fixtures. No tsunami alert has been issued thus far.
(Source: The Star 30/9/2009)

28 September, 2009

Merbok PRU12, pengundi menolak calun bukan menolak parti

Bagi mereka yang tidak masak ataupun arif dengan suasana politik di Merbok akan menerima bulat-bulat pendapat yang menyatakan pengundi India dan Cina telah beralih dari BN kepada PR. Lapuran dan kenyataan ini hanya lebih kepada menutup bau hangit ketiak dengan semburan minyak wangi dari luar.

Tidak dapat disangkal pendapat ini mungkin berasas di kawasan-kawasan Parlimen lain tetapi ianya tidak berasas di Parlimen Merbok. Pola pengundian di Merbok agak unik sedikit.

Analisa ini disokong atas fakta penurunan pengundi China sebanyak 2.5% dan hanya sedikit peningkatan pengundi India iaitu sebanyak 0.2% hasil gerak kerja ADUN bukit Selambau yang dahulu Dato’ V Saravanan untuk meningkatkan pengundi India di Bukit Selambau agar menjadi kubu kuat beliau dan MIC.

Yang anihnya peningkatan pengundi Melayu sebanyak 3.1% atau 65.7% pada PRU12 jika dibandingkan sebanyak 62.60% PRU11 tidak langsung menaikkan peratusan pegundi Tajul. Ini ternyatalah pengundi Melayu tidak mengundi Tajul Urus Mat Zain.

Malah kekalahan Tajul amat teruk dan menjunam sebanyak 12,347 berbanding dengan perbezaan majoriti Rashid Din dan majoriti Tok Zam. Ini bermakna ada di kalangan ahli-ahli UMNO sendiri yang sebanyak lebih kurang 20,000 ahli tidak mengundi Tajul.

Taburan pengundi yang banyak di Taman Ria Jaya, Taman Ria, Bandar Aman Jaya dan Sungai Lalang ternyata gagal ditawan oleh Tajul Urus Mat Zain. Sikap-sikap pengundi di daerah-daerah ini lebih educated, mediocre dan celik politik. Kredibiliti negatif calun tersebar dengan cepat dan luas di daerah mengundi sini ditambah pula dengan isu-isu skandal panas dan sensasi.

Yang sebenarnya sejarah tidak pernah menipu, sikap songsang calun yang suka melakukan sabotaj bermula dari PRU 2004 lagi ternyata memakan dirinya sendiri.

Ini berlaku sebelum PRU2004 apabila nama beliau tidak diangkat sebagai calun Parlimen Merbok, beliau terlalu keciwa yang amat sangat sehingga menyepi diri dan melancarkan silent protest terhadap calun pada ketika itu Zainuddin Maidin.

Di sini jugalah bermulanya punca pergolakan Tajul dan Tok Arzmi Hamid dalam UMNO Merbok. Tajul lebih berkempen bukan untuk pilihanraya tapi lebih ke arah pemilihan UMNO untuk menumbangkan Tok Arzmi.

Yang menjadi parah ialah hasutan-hasutan kotor terus dilakukan sehingga kepada parti-parti komponen MCA, MIC dan PPP oleh pengampu-pengampu Tajul dan Tajul sendiri.

Di atas sebab-sebab dan akibat inilah Tajul kalah dalam PRU12. Senjata ternyata memakan tuannya. Ini bermakna pengundi menolak calun dan bukan menolak parti.

26 September, 2009

Merbok dan Bagan Pinang perangai yang tiada beza

Ketua Pemuda Bahagian Teluk Kemang, Mohd Faizal berkata, pemilihan Isa sangat tepat kerana tokoh itu telah membuktikan kesetiaannya kepada parti, walaupun telah diambil tindakan disiplin dan ini merupakan contoh yang baik kepada ahli lain.

“Ini membuktikan kesetiaan itu merupakan satu perkara yang perlu kita utamakan, jadi bagi saya selaku Ketua Pemuda malah mungkin mewakili sebahagian Pemuda inilah yang patut menjadi idola kerana kita hendak mencari orang yang benar-benar setia pada parti.

Beliau juga seolah-olah mengugut jika parti menolak suara perwakilan, kononnya dikhuatiri UMNO akan melakukan kesilapan yang sama seperti parti LDP yang telah memerintah Jepun selama lebih dari 50 tahun tetapi akhirnya tewas.

Jika alasan setia kepada parti maka Isa Samad dikira calun yang sesuai untuk Bagan Pinang boleh kah mereka setia pada parti jika Najib meletak calun lain daripada Isa Samad atau mereka akan sabotaj untuk membuktikan calun pilihan Najib bukan pilihan mereka.

Najib dikira mudah membuat keputusan dan Isa haruslah akur seperti nasihat Tun Mahathir "Kalau saya jadi (Tan Sri) Isa, saya sendiri akan minta kepada parti supaya janganlah calonkan saya. Sebaliknya saya akan berusaha membantu mana-mana calon yang dipilih untuk berkempen.

"Dengan itu nama Isa akan jadi cukup harum, tapi di Malaysia budaya kita budaya nak semua," katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di Seri Kembangan, dekat sini.

Apa bezanya Si Kitol di Merbok dengan Isa Samad di Teluk Kemang?

24 September, 2009

Zainudin Maidin mengundang kekalahan 4 DUN dan 2 Parlimen

(MT ucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah memberi kerjasama, pandangan, maklumat, cadangan dan kritikan membina di antaranya :
MCA Merbok, Gerakan Merbok, MIC 1, MIC2, MIC3, khairah Mesjid Merbok, Khairah Mesjid Taman Ria Jaya, Khairiah Mesjid Sungai Layar, Khairiah Mesjid Tanjung Dawai, Khairiah Mesjid Bandar Sungai Petani, Kelab Cinta Sayang, Swiss Inn Hotel, Nasi Kandar Pelita, Sungai Petani Club, Cinta Sayang Club, Persatuan Vateran, Persatuan PIBG, Pegawai Daerah, Penghulu-penghulu, Suruhanjaya Pilihanraya, Persatuan Belia-belia, Maxis, Celcom, Polis, Tentera dan yang langsung atau secara tidak langsung)
Pertambahan pengundi baru sebanyak 6,521 jelas tidak langsung membantu BN dan UMNO Merbok. Malah sejumlah besar pengundi yang mengundi Tok Zam dalam PRU2004 iaitu sebanyak 7,164 pengundi tidak mengundi calun UMNO Tajul Urus Mat Zain.

Peningkatan pengundi Melayu sebanyak 3.1% juga langsung tidak membantu Tajul. Siapakah mereka ini? Adakah Melayu tidak undi Tajul. Yang jelas ialah peningkatan mendadak undi Rashid Din (Calun PKR) sebanyak 11,379 jika dibanding dengan Saiful Izham (Calun PKR2004). Purata pengundi setia PKR hanyalah 14,535 sahaja merujuk rekod lama semasa Daim menjadi calun.

Hakikat yang sebenarnya ramai pengundi-pengundi Tok Zam telah menggerakan ”silent protes”. Apabila Tok Zam dipindahkan ke Sungai Petani, ramai penyokong-penyokong atas pagar Tok Zam di Merbok telah membuat ”silent protes”, mereka ini jarang kelihatan di dalam senario perdana politik Merbok.

Tok Zam sendiri secara tidak langsung terlibat di dalam usaha-usaha sabotaj Tajul tapi secara halus dan licik. Beliau tidak pernah mengambil inisiatif atau usaha untuk berjumpa dan membuat pertemuan di Merbok mengistiharkan beliau akan ke Sungai Petani serta menyeru penyokong-penyokongnya untuk terus mengundi Barisan dan menyokong Tajul sebagai successornya. Tindakan Tok Zam ini seperti "kacang lupakan kulit" langsung tidak mengucapkan terima kasih dan selamat tinggal kepada pengundi-pengundi beliau.

Sebaliknya penyokong-penyokong Tajul juga over confident dengan menghentam Tok Zam di belakang mengatakan orang Merbok dah tak mau Tok Zam depa dah tendang Tok Zam ke Sungai Petani. Di Sungai Petani pula orang-orang Tajul terus menghasut orang-orang UMNO Sungai Petani mengatakan ”kami dah tak mau Tok Zam, laaa ni ambik kat hampa pulak”.

Di Sungai Petani Tok Zam berhempas pulas tercungap-cungap malah Tok Zam juga begitu ”over confident” bahawa populariti beliau setanding dengan populariti Siti Nurhaliza dan Datuk K bahawa ramai yang mengenali beliau dan semua akan mengundi beliau bulat-bulat.

Tetapi beliau terlupa bahawa penampilan beliau dalam RTM tidak langsung membantu beliau kerana pengundi-pengundi muda lebih gemar menonton TV3, Astro serta banyak bergantung maklumat dari blog dan internet.

Pengundi-pengundi Cina dan India pulak hanya membaca akhbar Star, China Press, Sin Chew dan Nanyang yang banyak menghentam beliau. Pengundi-pengundi beliau hanyalah orang-orang tua di kampung-kampung Kota Kuala Muda yang sedang dibuai lagu-lagu nostalgia ”Angin Menderu, ciptaan Zubir Said nyanyian Rubiah dalam Filem Racun Dunia 1949”

Beliau pula selesa apabila diyakini oleh pelakon-pelakon politik di Sungai Petani seperti Mahdzir Khir bahawa ”dont worry datuk, kalau undi you kurang 50% pun kita masih menang”.

Apabila hijrah ke Sungai Petani ramai penyokong Tok Zam di Merbok tak turun mengundi khasnya pengundi Melayu atas pagar. Secara tidak langsung Tok Zam juga mengundang kepada kekalahan Tajul Urus Mat Zain, ”silent protest dan silent sabotage”.

Konklusinya penghijrahan Tok Zam telah mengundang kekalahan BN di Tanjung Dawai, Merbok, Sungai Petani, Pantai Merdeka, Bukit Selambau dan Sidam.

The Malay Supremacy: Should it continue? Chua Soi Lek

Tuesday, May 6, 2008
The recent gathering of 200 Malay NGOs was purportedly to discuss the status of Malays after the elections. From my reading in Utusan Malaysia, I must say that I’m totally disgusted and disappointed that many academicians who are involved in the congress are totally living in ivory towers, completely out of touch with the rakyat of Malaysia.

Maybe they have been in the University for too long and they are there not because of their academic excellence, but because of the affirmative action program, so much so that they are so lacking in intellectual capabilities to come up with to put it kindly, hare-brained proposals. This is obvious as their standards have been going downhill, unfortunately, they are playing a leading role in this congress, presenting their papers and guiding the Malay NGOs.


Today, we are talking about globalization, competitiveness, equality, fairness, democracy and we have among us people who feel that they should be more equal than others by virtue of birth and hence, you can see some bumis who feel or who demand their entitlement as if by right of birth. To make things worse, this is sometimes reinforced by government agencies and this is often the cause of so much friction and dissatisfaction among the non-Malays towards the Malays.

It is because of this that I always feel that race and religion will continue to dominate our political landscape. If the Malays insist on “Ketuanan Melayu” (Malay Supremacy) and that they are supreme in this country, they should not be worried about the advancement by non-Malays since in their mind, they are always supreme.

Problems arise because in order to be supreme, they want the non-Malays not to advance. They want to eat the cake and keep the cake. The PM always says that he is a leader not only for the Malays but all Malaysians. So, we hope that he will walk the talk and not be shaken by these 200 Malay NGOs with their emotional and racial rantings in Johor Bahru over the weekend.


Some Malays must accept the political reality that Malaysia today is different than Malaysia 51 years ago when we achieve independence. If this group of Malay thinks that we are still the same, then we are doomed as a nation.

Obviously we have changed and we will continue to change to cope up with the changing time. It is those Malays who have not changed, unwilling to change or not knowing how to change that caused Malaysia growth to be slowed down in the last 15 years, while the rest of the world have moved on, we are still saddled with the problem of race and religion and who is supreme in a land that belongs to all Malaysian to be shared equally by all Malaysians irrespective of race and religion. (source : drchua9.blogspot.com)

21 September, 2009

Analisa punca kekalahan Tajul Urus di Merbok.

MT telah membuat satu analisa yang terperinci punca-punca kekalahan YAB Dato' Tajul Urus Mat Zain di Merbok. Analisa ini telah dibuat selama satu tahun bermula dari tarikh kekalahan BN dalam PRU yang lepas.

Ia memakan masa kerana semua pembongkaran isu-isu, punca-punca, sebab dan akibat yang disimpan selama ini telah dicerita kembali kerana Melayu mudah lupa, cepat ghairah dan melatah. Jangkamasa yang dapat mereka menutup mulut hanyalah 6 ke 8 bulan, selepas dari masa tersebut acapkalinya mereka akan ghairah bercerita sesama sendiri apa yang yang sebenar nya berlaku.

Rumusan nya adakah kerana pengundi Cina tidak mengundi calun Melayu kah? Adakah kerana pengundi India tidak mengundi Tajul kah? Adakah pengundi Melayu jelak dengan calun kah? Adakah ahli-ahli UMNO tahu tembelang calun kah? Adakah sombong dan ego calun yang membuat pengundi atas pagar undi PKR kah? Mengapa pengundi muda di saat-saat akhir lari kepada Rashid Din? Calun bermasaalah atau parti bermasaalah? Faktor skandal calun banyak ahli UMNO yang tidak tahu tetapi pengundi tahu. PKR kuat atau UMNO lemah?

Semua akan terjawab setelah kupasan satu demi satu oleh penganalisa politik MT serta pertemuan "one to one approach" dengan pengundi-pengundi atas pagar, NGO, kaum muda, SB, wartawan dan ahli-ahli UMNO.

Analisa ini akan MT postkan secara peringkat demi peringkat. Semua nya ini sebagai pengajaran bagaimana untuk menawan kembali Merbok dan Kedah ke tangan BN.

19 September, 2009

UMNO Merbok pantang ditegur

Budaya yang memunahkan UMNO Merbok ialah mereka pantang ditegur. Selama 52 tahun mereka memerintah mereka merasakan mereka ampuh dan tidak boleh digugat. Mereka merasakan rakyat kawasan ini secara automatik tidak dapat tidak akan menyokong mereka.

Apakah rakyat akan menjadi Pak Pacak dan Pak Hangguk atau ”YES MEN”? Apa yang mereka lakukan semuanya sempurna, maksum dan ”perfect”.

Hendak pula yang menegur dan memberi cadangan kepada mereka terdiri dari golongan-golongan muda yang baru ingin berjinak-jinak dalam UMNO.

Jika mereka ditegur, orang yang menegur akan dicemuh, dicaci, dimaki, dicarut dan dibelasah bertubi-tubi. Mereka cuba melarikan diri dari isu yang dibangkitkan dengan mengubah perhatian serta pandangan sambil menyalahkan dan menuding jari kepada pemimpin yang terdahulu.

Mereka menyapu semua isu-isu rakyat yang dibangkitkan kebawah permaidani merah mereka. Juak-juak di sekeliling mereka bertindak seperti samseng menyokong membuta tuli kelakuan ketua mereka tanpa usul periksa. Juak-juak inilah yang sering pandai berlakon dan mendapat tempat serta layanan istimewa ketua mereka.

Kerapkali juak-juak ini bertindak lebih camca dari bubur kerana mempertahankan ketua mereka demi untuk terus menikmati keistimewaan yang disuap ke mulut mereka.

Yang mendukacitakan ialah mereka begitu cepat melebelkan orang yang menegur mereka sebagai penyokong pembangkang. Ini kerana untuk menutup mulut orang tersebut dan mengheret hidung supaya menjadi Pak Hangguk mereka.

Jika budaya ini tidak berubah maka 80% golongan muda tidak akan menyokong BN dan UMNO seperti yang dinyatakan oleh Tun Daim.

18 September, 2009

Tergurisnya hati seorang negarawan apabila dikecam oleh Partinya sendiri dan anak Kedah, negerinya sendiri

Dr Mahathir berkata, beliau amat sedih dan marah sekiranya kecaman datang daripada anggota partinya UMNO dan bekas anggota Kabinetnya sendiri seperti yang pernah berlaku.

Kata Tun "Ini bukan kali pertama saya dikecam. Dulu orang dah lupa macam mana pemimpin UMNO kecam saya. Nazri (Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz) dan Menteri Besar Kedah dahulu nak buang saya daripada UMNO.

"Saya duduk dalam UMNO dari mula parti itu ditubuhkan. Yang tegur saya ini belum beranak pun lagi," katanya.

Kenyataan Tun yang berulang-ulang ini ternyata beliau terguris amat sangat apa yang dilakukan terhadap beliau oleh Nazri Aziz dan Mahdzir Khalid, bekas MB Kedah.

Kecaman mereka pada ketika itu kerana keangkuhan mereka setelah menang hebat PRU 2004. Harus juga diingat sekongkol Mahzir Khalid pada ketika itu termasuklah Ketua UMNO Bahagian Merbok sekarang Tajul Urus Mat Zain bagai isi dengan kuku yang tidak habis-habis mengatur strategi mengecam Tun.

Tun merasa terguris yang amat sangat kerana Mahdzir Khalid adalah pemimpin Kedah dan beliau juga berasal dari Kedah tiba-tiba dikecam sebegitu hebat oleh anak watannya sendiri yang baru kenal dunia ini.

Lukanya ini ternyata tidak mudah pulih sehingga ke akhir hayat beliau.

17 September, 2009

Usul-usul cawangan berada dalam Tempayan Pengkasam menanti reput untuk digoreng

Apa jadi dengan usul-usul yang di bangkit setiap kali Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Merbok?

Apabila dibelek-belek kembali buku lampiran usul-usul yang dibentang dalam Mesyuarat Perwakilan yang lepas, sebanyak 215 usul telah dibangkitkan oleh cawangan-cawangan UMNO di dalam Bahagian Merbok.

Usul-usul ini adalah suara-suara kecil di peringkat akar umbi. Mereka menaruh harapan yang besar agar kepimpinan bahagian yang mereka pilih akan bertindak ke atas usul-usul mereka.

Tertera di muka surat pertama perenggan yang ke 3 dari buku usul yang dibentangkan ada menyatakan bahawa ”usul-usul yang dibangkitkan akan disampaikan kepada pihak-pihak yang berkenaan bagai mendapat jawapan/penjelasan” kenyataan ini di tandatangani oleh Setiausaha Bahagian.

Persoalannya sejauh mana usul-usul ini betul-betul ditangani dan diambil tindakan dan yang lebih penting ialah keputusannya. Atau sekadar menulis melepas batuk dan kahak di tangga dalam perjalanan ke tandas.

Ambil sebagai contoh, di antara banyak-banyak usul yang bernas ada satu usul yang menarik iaitu usul no 90 yang dikira serius yang dibangkitkan oleh cawangan Kampung Perak yang berbunyi ”Memohon UMNO Bahagian Merbok melipatgandakan ahli UMNO dan mendaftar dengan SPR agar pilihanraya nanti BN dapat memenanginya”

Apa kah tindakan yang telah UMNO Bahagian ambil di atas usul ini? yang dikira tidak susah untuk dilaksanakan pada bila-bila masa tanpa perbelanjaan jutaan ringgit.

Mungkin UMNO Bahagian lebih sibuk berpolitiking sesama sendiri dan saling mencari kesalahan kawan dan tikan menikan di belakang sehingga suara akar umbi diambil remeh, cincai dan dibakulsampahkan.

Alangkah sedihnya jika pemimpin-pemimpin kecil di akar umbi mengetahui usul mereka disimpan dalam tempayan pengkasam sehingga reput menanti hari pemilihan untuk digoreng makan.

16 September, 2009

Najib and Muyhiddin the perfect team - Daim

Daim: PKFZ fiasco provides best opportunity
Kong See Hoh, The Sun

KUALA LUMPUR (Sept 13, 2009) : Former finance minister Tun Daim Zainuddin says the Port Klang Free Zone (PKFZ) fiasco provides the Barisan Nasional (BN) government the best opportunity to fulfil its promise of cracking down on corruption, abuse of power and mismanagement.

He sees the government's move to make public the PKFZ audit report as a "good thing" as there is little need to cover up.

But he said what is more important is follow-up action i.e. punish the wrongdoers.

Daim said said this in an interview with China Press which was published today.

"It is a good project but because of the lack of proper overseeing it has resulted in the current state of affairs. The government cannot leave the issue hanging, it cannot allow them (those responsible) to do as they please."

"The government must punish all those lawbreakers, only then can it regain the public's confidence."

Daim said the government made history by announcing the PKFZ audit report but felt that what is more important is the follow-up action, including punishing the wrongdoers to make them shoulder their legal responsibilities.

"In the past, the public did not see those who abused their power getting punished, resulting in more abuses of power. As such, it (making the PKFZ audit report public) is a good start."

He said no matter how, the public want the wrongdoers punished.

He believed that since the government has taken the first step to address the fiasco, it would follow through to its conclusion.

Daim, an Umno veteran, also touched on a number of subjects in the interview:

Changes in Barisan Nasional
Daim said although BN is changing, the changes taking place are too slow to meet the people's expectations.

"Changes in BN are moving at a slow pace. People hope to see faster and bigger changes."

He said it has been more than a year since the March 8, 2008 general election and more than 100 days since Datuk Seri Najib Abdul Razak became the prime minister, and although the economic situation has improved, a lot more needs to be done.

He believed the people has not lost confidence in BN completely but BN must reform and do it immediately.

"The people want to see changes, be it BN or Pakatan Rakyat (PR), whoever becomes the first to succeed in carrying out reforms will win their support.

"You (BN) have to understand the people's needs. Take care of their needs and understand their worries and expectations, these are important considerations (for reforms)."

Majority of youth do not support BN
Daim said as far as he understood, 80% of the youth do not support the BN.

"This is because the government does not nurture the right talent for the market needs. Universities do not provide courses to match industry requirements and many graduates are jobless as what they learnt does not meet the needs of the job market."

He said these jobless graduates, who are mainly Malays, take up politics, and they join PAS because they are angry with the government for being unemployed.

"The government should listen to the worries and expectations of youth to win their support."

He said not only are the youth against the government, some one million of the three million Umno members do not vote the party.

He said BN cannot depend on Umno to win the general election when the latter only has the support of two-thirds of its members.

Daim said the Umno leadership must instil confidence in members, many of whom have lost confidence in both themselves and in the party.

"BN needs to win the support of the people. If Umno is united, strong and listen to the people, the people will still support the party."

On Umno amending its constitution to put an end to money politics, Daim believed that it would help the party win back the people's support.

"Money politics and corruption are the biggest problems facing the party. Once these problems are resolved, other problems will not be much of a problem."

PR not better than BN
Daim said the public generally hold high hopes in PR but sad enough, the PR-led state governments continue to play the roles of the Opposition.

"Don't waste time levelling accusations at the BN, you (PR) are the governing coalition (in these states), you should focus on how to fulfil your election promises," he said.

He said the people are beginning to see that even given the chance, the PR cannot do any better than the BN. This is the public's greatest disappointment, he said.

MCA split affects BN's reforms
Daim believed that a split in MCA will affect efforts for closer cooperation and reforms in BN.
"As such Umno should unite and strengthen itself even more so that other BN component parties will listen to its opinions and advice.

Any party which is split, be it MCA, Gerakan or even DAP, will not be united, and the people do not respect a disunited party.

Teoh Beng Hock incident
Daim felt that no matter what the cause of the political aide Teoh Beng Hock's death was, the undeniable truth is that a life was lost. As such, the government needs to to take a serious view of the case, he said.

"I life is lost, the family members are definitely very said. The government should look at the problem seriously to avoid a repeat of the tragedy."

Najib and Muhyiddin the perfect team
Daim said Prime Minister Datuk Seri Najib Abdul Razak and his deputy Tan Sri Muhyiddin Yassin is the perfect team given their experience in politics and in the cabinet.

"If Umno and BN want to change, you cannot find a better combination than the Najib-Muhyiddin team."

15 September, 2009

Pendedahan berani Ahli UMNO Dun Tanjung Dawai

"Aku salah seorang yg kena ms PRU 12 tahun lepas..Razak mai bgtau aku, undi parlimen, jgn undi adun..aku dah report hal ni ke Najib tp smpai la xambik tindakan pun lg..mcmana kita nak menang..UMNO xpernah nak berubah. Masih dok simpan duri dalam daging"

Ahli UMNO Dun Tg. Dawai
September 14, 2009 11:06 PM

MerbokTimes telah menerima satu posting yang dikira berani dari salah seorang yang hanya ingin dikenali sebagai "ahli UMNO Dun Tg. Dawai".

Pendedahan ini dikira setitis dari satu kolam air yang menyebabkan Merbok jatuh ke tangan PKR. Banyak lagi cakap-cakap angkuh yang "over confident" amalan semasa berkempen malah ada ramalan bahawa si Kitol akan menang dan menjadi Menteri Kabinet.

MT sedang mengumpul analysis-analysis data untuk dibuktikan sebab kekalahan PRU di Merbok berpunca dari masaalah politik dalaman hasil dari strategi si Kitul yang tidak menjadi sebaliknya memakan dirinya sendiri.

Di antaranya pendedahan ini termasuklah ; kemana pergi 22,022 pengundi? Mengapa 12,345 tidak undi Tajul? 6,521 pengundi baru mengundi siapa? Berapa jumlah pengundi baru yang mengundi Datuk Rashid Din? Mengapa pertambahan yang cukup mendadak sebanyak 11,379 undi dari Saiful kepada Rashid Din? Kemana hilangnya majoriti 15,445 pengundi BN? Apakah benar alasan senario poltik negara mencorak politik Merbok? Sejauh mana keegoaan dan kesombongan calun mempengaruhi pengundi-pengundi atas pagar? Dan banyak lagi persoalan-persoalan akan didedahkan sehingga pilihanraya yang akan datang.

Pembongkaran fakta-fakta dan statistik ini adalah sebagai ikhtibar untuk pemimpin generasi yang akan datang. Berhentilah mengamalkan politik kotor dan hippokrate ini demi kesinambungan kepimpinan Melayu dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.

14 September, 2009

'Berubah atau kita diubah' - Shafie

MT menyokong penuh saranan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, YB Datuk Shafiie Apdal di atas saranan supaya BN berubah sbelum mereka diubah.

Saranan beliau sealiran dengan apa yang MT sarankan di sini supaya UMNO Merbok berubah. Dalam kontek AJK UMNO Merbok untuk mereka berubah mungkin agak sukar kerana setiap perubahan yang hendak dibawa pasti akan ada tentangan dan pancungan dari pemimpin atasan bahagian. Lihat apa yang berlaku kepada Timbalan Ketua UMNO Bahagian Merbok, Dr Ismail Daut yang telah disisih oleh mereka.

"Dahulu mereka berkepit ke hulu ke hilir konon ingin membawa perubahan dalam Bahagian Merbok hari ini dah hilang" kata seorang Ketua Cawangan.

12 September, 2009

Merbok dalam Sejarah Bahagian Akhir - Hapuskan Si Kitul dalam UMNO Merbok.

Di dalam UMNO Merbok sendiri tidak ramai yang gila-mengila untuk kerja-kerja lobi-melobi menjadi calun setiap kali PRU cuma hanya wujud seorang Si Kitul sahaja.

Jika namanya tercicir dari pencalunan si Kitul mula tawar-menawar untuk dilantik menjadi Senator pula. Selepas mendapat Senator si Kitul akan mengejar projek-projek pula. Selepas mendapat projek si Kitul akan melobi untuk menjawat jawatan dalam syarikat-syarikat GLC pula. Apabila memegang sebagai Pengerusi GLC Kerajaan Negeri Kedah si Kitul akan mengaut segala laba-laba untuk kepentingan peribadi sebagai persediaan mengahadapi pemilihan dalamUMNO. Inilah kerja si Kitul.

Apabila si Kitul telah kaya-raya maka bangkitlah satu tahap keegoan dan kesombongan yang menjadi-jadi bersama juak-juaknya. Sehingga juak-juak mereka mendabik dada mengatakan merekalah yang berkuasa menentukan siapa calun disini dan mereka melaung-laungkan slogan keangkuhan mereka "aku berjaya menendang Daim keluar dari Merbok, aku berjaya menendang Mokhzani anak Mahathir dari Merbok dan aku berjaya menendang Zainudin Maidin keluar dari sini" .

Sikap-sikap sebeginilah yang menyebabkan hari ini UMNO Kedah menanggung akibatnya dengan kejatuhan tersepuk mereka dalam PRU 12 yang lepas.

Kesimpulannya kejatuhan Kedah hari ini adalah faktor dalaman UMNO sendiri bukannnya PAS itu kuat.

Sebagai pengajarannya Merbok Times tidak akan berkompromi dan akan terus mengeritik setiap detik dan jam untuk kebaikan. Setiap inci kepincangan dalaman UMNO Kedah amnya dan khasnya UMNO Merbok akan didedah. Samaada mereka berubah atau mereka akan diubah.

Malangnya sehingga saat dan hari ini tidak nampak bunga-bunga mereka akan berubah malah lebih porak-peranda situasi politik di Merbok.

Keagongan Empayar Melayu Melaka tidak akan jatuh ke tangan Portugis jika Si Kitul dibunuh terlebih dahulu.

Salam Aidil Fitri dari seluruh Editorial Bureaus Merbok Times.

10 September, 2009

Tahniah kepada Pasukan Bomba Sukarela Merbok

MERBOK - Sepasang warga emas yang tinggal di Kampung Baru, Jalan Sekolah Menengah Kebangsaan Merbok, di sini, mengakui terhutang budi dengan anggota Bomba Sukarelawan Merbok yang membantu mereka membuang sarang tebuan di rumah mereka.

Warga emas terbabit, Ismail Bakar, 63, berkata, dia ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anggota bomba yang mempertaruhkan nyawa untuk membuang sarang tebuan yang telah lama bersarang di ruang siling rumahnya.

Menurutnya, dia dan isterinya, Fatimah Hassan, 65, yang tinggal berdua di rumah itu tidak tahu sejak bila tebuan terbabit bersarang di dalam siling rumah mereka sehingga berlaku insiden Ismail disengat tebuan.

“Pada masa itu, saya mula perasan beberapa ekor tebuan yang keluar masuk daripada lubang di luar rumah ke dalam siling antara bahagian atas rumah kami dan bahagian bawah rumah ini.

“Saya kemudiannya mengambil racun serangga dan telah membuat semburan melalui bahagian atas rumah ke dalam tempat yang selalu tebuan itu didapati keluar masuk.

“Kemudiannya saya telah disengat oleh tebuan sehingga terpaksa mendapatkan rawatan dan suntikan sebanyak dua jarum di lengan saya,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Ismail berkata, dia kemudiannya telah menghubungi Bomba Sukarela Merbok untuk mendapatkan bantuan membuang sarang tebuan itu memandangkan dia tidak mahu mengambil risiko membuangnya sendiri.

Menurutnya, dua anggota Bomba Sukarela Merbok telah datang ke rumahnya petang kelmarin dan meninjau keadaan sarang tebuan itu dan mereka mengambil keputusan untuk membuangnya pada waktu malam.

“Dan pada malam yang dijanjikan, tiga anggota Bomba Sukarela telah datang ke rumah saya dan mereka terpaksa mengopek lantai bahagian atas rumah untuk membuang sarang tebuan itu.

“Saya dan isteri berterima kasih di atas usaha pihak bomba yang telah bertungkus lumus membuang sarang tebuan terbabit, terutama menjelang Aidilfitri ini. Anak cucu kami akan balik beraya di sini dan jika tidak, ini mungkin akan mendatangkan bahaya kepada mereka jika tidak diambil tindakan segera,” katanya.
(sumber : Sinar Harian)

Tindakan Bomba Sukarela Merbok yang rata-rata ahlinya terdiri dari MCA Merbok harus mendapat pujian. Mereka ternyata bertindak membantu bukan setakat untuk kaum mereka sahaja tetapi kaum Melayu juga.

MT difahamkan sejak dari penubuhan mereka dahulu kelengkapan mereka banyak di bantu oleh bekas ADUN Tg Dawai, Rosnah Majid, Tun Daim dan Bekas Ahli Palimen Merbok, Datuk Zainudin Maidin.

Malah mereka sentiasa memberi kerjasama dalam setiap program kemasyarakatan di daerah Merbok.

Merbok dalam sejarah Bahagian 8: Iktibar dan pengajaran

Di dalam keghairahan kejar-mengejar dan lobi-melobi untuk menjadi calun berbagai-bagai teknik digunapakai untuk mencapai matlamat, ”where the end justify the means”.

Ada yang mengertak pemimpin atasan, ada yang pakai bomoh,dukun dan kahin, ada yang membawa rombongan mendesak Presiden parti, ada yang teriak-tangis mohon simpati President, malah ada yang berkhemah di depan pejabat Presiden Parti.

Malah berbagai-bagai cara, pendekatan, teknik dan taktik yang digunakan untuk mencapai matlamat agar Presiden sayang akan mereka dan dicalunkan untuk bertanding dalam pilihanraya seteruanya menjadi wakil rakyat dan membawa "title" Yang Berhormat atau Yang Amat Berhormat.

Apabila bergelar YB atau YAB mereka akan disanjung dan status atau taraf mereka akan naik mencanak. Isteri mereka akan bergelar Datin. Dan mereka akan bergentayangan dengan kereta Mercedez dan mewah mereka menghambat projek bermodalkan kuasa mereka.

Walau apa juga taktik dan teknik yang diambil harus diingat bahawa pendekatan yang paling memusnahkan bangsa Melayu ialah mempengaruhi ketua-ketua parti komponen untuk tidak menyokong si anu dan si anu.

Apabila ini berlaku ketua-ketua parti komponen seperti MIC, MCA, PPP dan lain-lain akan hilang hormat kepada pemimpin Melayu UMNO sebagai tunjang BN yang haloba kuasa.

Tindakan ini akan mendedahkan pekong di dada sendiri dan sedikit demi sedikit sokongan dan hormat mereka kepada calun Melayu UMNO akan terhakis kerana mereka menjadi besar kepala ”because they feel they are calling the shot” dan faktor undi mereka yang menentukan kemenangan seseorang calun.

Sesungguhnya walau apa juga pendekatan, strategi dan manipulasi hanya Allah sahaja yang bakal menentukan kepada siapa yang akan diberi pikulkan amanah rakyat ini. Kuasa Allah SWT mengatasi segala kuasa makhluk di bumi ini.

Di Merbok khasnya banyak sudah yang Allah SWT memberi pringatan dan petunjuk. Malah telah banyak kali dalam setiap PRU Allah SWT telah membuat kejutan. Hanya kepada mereka yang sedar sahaja mendapat iktibar dan pengajarannya.

Seperti contoh tidak siapa menyangka Daim yang ”low profile” akan diletakan bertanding MP Merbok. Tidak siapa sangka Puan Jamariah Yusof yang nama telah diangkat untuk dicalun ADUN Tanjung Dawai diganti saat-saat akhir dengan Rokiah Hashim.

Tidak siapa yang menyangka Rosnah Majid yang baru pulang dari KualaLumpur akan dicalunkan sebagai ADUN Tanjung Dawai.

Tidak siapa yang menyangka Badri Yunus @ Pak Njang Badri seorang pekebun tembikai yang gigih akan menjadi wakil rakyat mewakili rakyat di Bukit Selambau dan Tanjung Dawai.

Tidak siapa yang menyangka Zainudin Maidin akan Allah amanahkan untuk bertanding menjadi MP Merbok.

Begitulah sebaliknya jika Allah SWT tidak mahu akan calun itu walaubagaimana hebat melobi sekali pun maka dia akan kecundang kerana Allah SWT lebih mengetahui kepada siapa untuk diberi amanah tersebut.dar

Hari ini UMNO Kedah menerima akibat mereka dlam PRU 12 yang lepas. Tiada siapa akan menyangka UMNO akan menjadi pembangkang hari ini. Kedah terkenal melahirkan pemimpin-pemimpin yang ulung tetapi hari ini UMNO Kedah diPengerusikan oleh orang Sabah.

Malah bukan perkara mustahil jika calun MP Merbok datang dari Sabah, Kelantan atau seseorang yang tidak pernah disangka.

Inilah hukuman Allah kepada pemimpin-pemimpin yang tamak kuasa, haloba harta, ego dan angkuh berleluasa di kalangan mereka, maka akan Allah jatuhkan negeri tersebut kepada kuasa yang lain yang tidak siapa pernah menyangka mereka akan berkuasa waima mereka sendiri.

Jika amalan dan budaya ini berterusan Merbok dan Kedah jangan mimpi untuk kembali ke pangkuan UMNO dan BN.

09 September, 2009

Biro politik UMNO Merbok sedang tidor mamai

UMNO Bahagian Merbok diseru membaca berita yang menakutkan di bawah ini. Tindakan segera harus diambil oleh Biro Politik atau kalau ada Biro Daftar Pemilih UMNO Bahagian Merbok.

Jangan lagi tidor dibuai mimpi indah tetapi realitinya amat menakutkan serta hanya hebat berpolitik sesama sendiri untuk kejar-mengejar menjadi calun. Kelak besok kampung tergadai.

DAP paling aktif bantu SPR daftar pengundi

PUTRAJAYA 8 Sept. - DAP adalah parti yang paling aktif dalam membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendaftarkan pengundi baru yang melepasi umur 21 tahun sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) tahun lalu.

Ia diikuti oleh Pas, UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) manakala yang paling lembap adalah MIC dan Gerakan.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika mendedahkannya berkata, rekod SPR itu adalah berdasarkan komitmen dan kerjasama positif parti-parti politik dalam menarik hampir empat juta rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar sebagai pengundi.

Katanya, kerjasama SPR dengan parti-parti politik itu adalah menerusi Penolong Pendaftar Sementara (PPS) yang diberi kuasa oleh badan itu untuk berbuat demikian.

"PPS dari DAP mengatasi parti-parti lain di Selangor, Pulau Pinang, Perak dan Melaka.

"Daripada kutipan data pemilih baru sejak PRU-12, kita dapati kesedaran kaum Cina sebagai pengundi pilihan raya adalah yang paling tinggi sementara terendah adalah kaum India," katanya kepada Utusan Malaysia di pejabatnya di sini hari ini.

Wan Ahmad berkata, SPR menghargai daya usaha PPS dalam menarik minat orang ramai mendaftar menjadi pemilih memandangkan tanggungjawab besar yang dipikulnya berikutan setiap tahun terdapat 400,000 orang mencapai umur 21 tahun.

"Kumpulan PPS inilah yang paling berkesan dalam mencari dan mendaftarkan pemilih baru berbanding kakitangan SPR yang turun padang, diikuti di pendaftaran di pejabat pos dan kaunter.

"Tahun lepas terdapat kira-kira 2,000 PPS di seluruh negara. Mereka begitu rajin sekarang dan bila rajin, tinggilah pendapatan mereka yang diberi RM1 jika berjaya mendaftarkan seorang pemilih baru," katanya.

Sehubungan itu, Wan Ahmad berkata, beliau akan mencadangkan kepada SPR supaya menambah bilangan PPS sedia ada iaitu dari seorang setiap parti untuk satu Dewan Undangan Negeri kepada tiga hingga lima orang.

"Mungkin kita akan mencadangkan supaya setiap daerah mengundi diperuntukkan seorang PPS bagi setiap parti," katanya.

08 September, 2009

Mohon Biro Kebajikan UMNO Merbok tangani isu ini

(sumber Sinar Harian – 8/9/2009)
BEDONG - Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang tinggal di Kampung Kongsi 6 di sini memerlukan bantuan orang ramai bagi membolehkannya menjalani pembedahan jantung bagi menyembuhkan penyakit jantung berlubang yang dihidapinya.

Ibunya, Rosiah Din, 40, berkata, penyakit jantung berlubang yang dihidapi anak keenam dari tujuh adik beradik iaitu Nur Irma Adina Ismail itu baru sahaja dikesan beberapa hari lalu di Hospital Pulau Pinang dan doktor yang merawatnya mengatakan ada empat lubang di jantung anaknya.

“Doktor mengatakan sebanyak dua pembedahan perlu dilakukan dengan kos maksimum RM30,000 diperlukan untuk proses pembedahan tersebut.

Kepada orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan untuk Nur Irma Adina menjalankan pembedahan ini boleh menyalurkan sumbangan anda melalui akaun Bank Muamalat bernombor 0202-0017593-72-0 atas nama Rosiah Din atau boleh mengunjungi rumah mereka di alamat No 63, Kongsi 6, Bedong, Kedah atau menelefon mereka menerusi talian 012-4919872.

Kampung Kongsi 6 terletak dalam Bahagian merbok. Diharap sebelum PAS ambil isu ini pihak UMNO Bahagian Merbok perlu memberi perhatian dan tindakan yang sewajarnya. Biro Kebajikan UMNO Bahagian Merbok harus tampil mendahului isu ini.

Mana ketua wanita merbok dan jawatankuasanya??

(Ketua Wanita UMNO Merbok, Hajah Hafsoh Ahmad. sumber umnomerbok.com)

Seperti biasa banyak-banyak komen yang MT terima ada satu komen yang MT kira patut dibuat renungan dan dibuat pengajaran dari seorang yang mengelarkan dirinya Wanita Perihatin.

Berikut ialah komen beliau :

Wanita Prihatin said...

Salam Wanita Merbok, Aku tidak melihat wanita Merbok akan berubah..Maaf andai aku tersilap, tapi aku menaip di sini berlandaskan fakta. Kalau tidak percaya tanya sapa sahaja yang menghadiri Majlis Berbuka puasa semalam disertai dengan pemberian zakat kepada ibu-ibu tunggal di Masjid Taman Ria Jaya. Gembira aku dan terpana melihat mereka ini sudah berada di situ sejak awal jam 6.00ptg .Makna nya AJK wanita buat kerja kerana kedatanagan awal ibu tunggal ini.

Mereka ini paling jauh pun datang dari Tanjung Dawai dan ada juga dari Dun Bukit Selambau. Pastinya mereka ini telah dimaklumkan aturcara majlis pada hari itu. Berbuka puasa,SOLAT berjemaah(magrib& insyak), SOLAT sunat teraweh dan acara akhir adalah pemberian zakat kepada ibu-ibu tunggal dan penyelaras zon.


Apa yang sedihnya, makcik-makcik, tok-tok atau kakak-kakak yang sudah berumur ini selesai berbuka puasa mereka tak menunaikan atau mengerjakan solat fardu magrib.Entelah Insyak, apatah lagi sunat Teraweh. Sepatutnya mereka ini datang dari jauh -jauh buatlah sunat tahiyatul masjid atau tunaikan rukun islam itu, ini tidak.

Lepas makan sanggup mereka ini duduk bersembang, bergelak ketawa terbahak- bahak tanpa memperdulikan orang yang sedang mengerjakan solat.
Tidak menghormati rumah Allah langsung, dan tidak rasa bersalah kepada para jemaah yang kyusuk mengerjakan ibadah Allah itu.

Dengan membawa anak kecil yang riuh rendah berlari berkejarnya umpama siang hari seperti berada di taman permainan. pepatah ada menyatakan 'melentur buluh biar dari rebungnya'..MASYAALLAHH..apa yang hendak jadi hari ini.. Tidak mungkin dalam usia yang sudah senja begitu mereka ini ada alasan keuzuran. TIDAK MUNGKIN !!!
Semua sedia maklum, mereka ini datang dengan tujuan utama ke situ adalah untuk mendapatkan apa yang di janjikan iaitu beras, kain batik dan sedikit wang tunai.

Apalah salahnya berwuduk dan mengerjakan ibadah yang dituntut itu..Kelam lagi nampaknya dengan perlakuan dan sikap wanita hari ini. Bagaimana kalau mereka ini bersikap sebegini...anak- anak mereka ini akan mencontohi perlakuan ini andaikata ibu mereka, nenek-nenek mereka ini tidak berubah.


Apa yang isteri PM war-war dan galakan pada wanita hari ini khususnya Wanita Merbok hanya ibarat 'menuang air dalam daun keladi'.. Sedih aku, dengan sikap tetamu-tetamu ini. Kenapa tiada siapa pun datang untuk memberi teguran.

Mana ketua wanita merbok dan jawatankuasanya?? kenapa tidak di ajak mereka ini bersama -sama mengimarahkan masjid yang menjadi rumah Allah itu.


September 8, 2009 12:14 AM

MT ingin mengucapkan terima kasih di atas komen tersebut.

07 September, 2009

Wanita Merbok mungkin boleh menjadi perintis menyahut seruan isteri PM

Isteri PM, Datin Seri Rosmah Mansor menggalakkan umat Islam sentiasa melakukan amalan ibadat sunat seperti solat hajat, tasbih dan tahajud sepanjang bulan yang mulia ini.

‘‘Saya menyeru kepada semua supaya melakukan solat hajat dan memohon kepada Allah supaya negara kita bebas daripada wabak selesema babi atau Influenza A (H1N1) kata Rosmah.

Seharusnya wanita-wanita UMNO Merbok dan isteri-isteri ajk Bahagian dan isteri Ketua Bahagian memulakan seruan baik Datin Seri Rosmah ini.

Wanita-wanita Merbok mungkin boleh menjadi perintis dalam menggerakkan usaha ini mendahului bahagian lain.

05 September, 2009

Merbok dalam sejarah Bahagian 7 : Daim Merbok, Merbok Daim

Masjid Tanjung Dawai

Daim pada tahun 1999 semasa penamaan calun dan tahun terakhir beliau bertanding

Jambatan Semeling

Hospital Sultan Abdul Halim

Yayasan Pok Rafeah sempena nama ibu Daim

Daim menjejak kaki ke kawasan Merbok hanya sebagai Senator pada tahun 1982. Walaupun Daim anak Kedah yang berasal dari Seberang Perak, Alor Setar, seperti yang dinyatakan sebelum ini kemasukan Daim tidak diterima sepenuhnya oleh kepimpinan bahagian pada ketika itu iaitu Datuk Zanol Abidin Johari.

Daim diperejek-ejek dan diperkatunkan oleh sesetengah ajk-ajk bahagian pada ketika itu kerana sifat Daim yang simple, santai, diam, hanya bercapar dan fizikal tubuh yang kecil molek.

Banyak usaha-usaha dan aktiviti Daim untuk mendekati dan bermesra dengan rakyat di dalam kawasan Merbok diboikot dan disabotaj.

Walaubagaimanapun selepas Daim menang dalam pilihanraya pada tahun 1982 sebagai Ahli Parlimen Kuala Muda dan dilantik sebagai Menteri Kewangan pada tahun 1984 mereka yang dahulunya memperkatunkan Daim adalah orang yang pertama sekali merapati Daim dan mencium tangan Daim.

Itulah sifat Melayu UMNO Merbok apabila ada kuasa ada kawan. "No money no talk. Got money we talk".

Sepanjang perkhidmatan Daim di kawasan Merbok banyak pembangunan telah di bawa ke kawasan Merbok.

Ianya seperti lebuhraya Eastern Bypass, Hospital Sultan Abdul Halim, UiTM Merbok, Jambatan Semeling, MRSM, Masjid Tanjung Dawai, PERWAJA, Petronas Fertilizer Gurun dan beberapa projek-projek kecil kampung , dewan-dewan, surau-surau dan jalan-jalan kampung.

Memandangkan Daim sebagai Menteri Kewangan yang ”high profile” dan yang sangat dhormati pada ketika itu secara tidak langsung rakyat-rakyat yang di dalam kawasan Merbok juga berbangga menjadi pengundi dalam kawasan Daim.

Mereka tidak segan-segan malah berbangga apabila memperkenalkan diri mereka dari kawasan Daim semasa Perhimpunan Agung UMNO dan di mana-mana acara resmi Kebangsaan.

Sebut sahaja Daim yang pasti ada susulan Merbok. Sebut sahaja Merbok yang pasti ada susulan Daim. Begitulah hebat sekali aura pemimpin pada ketika itu.

Hari ini semuanya tinggal sejarah. Integriti pemimpin yang ada di Merbok hari ini langsung tidak dapat mewarisi Daim walaupun satu persen, malah dicebik mulut dan hampir-hampir diludah.

Ketua Bahagian dicadangkan turun bersahur dan berbuka di rumah rakyat miskin

(sumber - aduntgdawai.blogspot.com)

Tindakan dan aktiviti rakyat yang telah dilakukan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dengan membuat kejutan bersahur dan beramah mesra dengan penduduk di Kampung Penarik, dikira sangat menyentuh perasaan rakyat.

Selepas bersahur pukul 4.30 pagi dengan keluarga angkat, Esah Mohd, 78, beliau yang diiringi Menteri Besar, Datuk Ahmad Said mengerjakan solat bersama barisan kepimpinan UMNO dan penduduk setempat di Masjid Kampung Penarik.

Tindakan yang sama juga dilakukan oleh Adun Tanjung Dawai, Dr Hamdan Khalib dalam program ”Berbuka Puasa Bersamamu” di mana beliau juga turun berbuka puasa di rumah rakyat miskin, Din Bakar.

MT ingin cadangkan Ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Mat Zain bersama SUB Bahagian dan beberapa kerat penyokong tegar beliau untuk mengambil pendekatan yang sama, turun bersama berbuka dan bersahur bersama rakyat. Kemungkinan ini dapat dilakukan seminggu sekali kalaupun tidak mampu dilakukan hari-hari jika ia menyusahkan.

Tetapi tuan rumah harus dimaklumkan terlebih dahulu takut-takut mereka tidak bersedia. Sekurang-kurangnya 3 hari sebelum untuk tuan rumah sediakan menu tamban tegeliat, telur asin, toyu atau kicap dan sayur pucuk.

Jika ini dapat dilakukan pengundi akan sayang kepada UMNO. Ketua bahagian tidak akan dicapkan hanya berbuka dan bersahur di hotel lima bintang bersama pemimpin atasan untuk melobi projek atau melobi jawatan Senator.

Jika program ini telah ada dalam perancangan, sila emailkan pada MT untuk disiarkan dalam blog ini.

04 September, 2009

Berapa ramai jentera UMNO Merbok yang akan turun ke Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan?

Berapa ramai jentera yang akan turun berkempen ke PRK DUN Bagan Pinang semuanya bergantung berapa banyak fulus yang akan turun. Kalau banyak fulus banyaklah jentera dan rombongan yang akan turun.

Kerana kempen sekarang ini tidak akan berkesan jika hanya memakai air lior sahaja. Apabila dah masuk Negeri Sembilan maka tidak sah kalau tidak pergi membeli-belah di Nilai khasnya kaum wanita.

Datuk Tajul mula bekerja setelah mendapat teguran dari Merbok Times

(courtesy - kbmerbok.blogspot.com)

MT ingin ucapkan tahniah kepada Ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Mat Zain nampaknya menerima teguran yang membina dari MT untuk mempergiatkan aktiviti imarah Ramazan.

Teguran yang positif ini menampakkan ada hasil-hasilnya apabila Datuk Tajul sedang sudah mula mengadakan program buka puasa di beberapa tempat.

MT mengalu-alukan setiap prorgam khasnya yang menyentuh rakyat untuk diumumkan dalam blog ini.

Keutamaan mestilah diberi kepada pengundi atas pagar bukana setakat orang-orang UMNO sahaja. Kerana untuk menang pilihanraya yang penting ialah pengundi atas pagar, generasi muda, pengundi baru dan wanita.

Semoga usaha Datuk Tajul ini akan berkekalan sehingga tarikh pilihanraya akan datang kerana Dr Hamdan Khalib, ADUN Tg Dawai cukup aktif turun kawasan, perkembangan aktiviti beliau cukup "up to date" dan blog beliau sentiasa diupdate selalu. Cuba layari blog Dr Hamdan www.aduntgdawai.blogspot.com.

Seruan terakhir MT ialah bersainglah dengan PAS, Dr Hamdan bukan nya menentang teguran MT.

Tulisan Daim menjadi realiti hari ini


Tulisan Tun Daim "Orang Melayu Hilang Keberanian" yang tersiar dalam akhbar Mingguan Malaysia pada 10/3/1996 jelas mendapat perhatian semua pihak khasnya Melayu UMNO.

Daim telah menyentuh bagaimana kebimbangan beliau apabila Melayu itu begitu sinonim dengan UMNO dan apa yang dibuat oleh UMNO semua dianggap baik oleh orang Melayu.

Pandangan Daim jelas kontemporari dan ini terbukti hari ini apabila UMNO tergugat Melayu juga tergugat. Daim juga bersetuju dengan pandangan Kadir Jasin bahawa semua Ketua-Ketua UMNO mahu menjadi MT UMNO kerana ada balasan. Bila menang mereka akan dilantik menjadi Menteri, Timbalan Menteri dan setidak-tidaknya Setiausaha Parlimen.

Kalau kuota habis mereka akan dilantik menjadi Pengerusi badan-badan berkanun atau pun GLC dalam terma sekarang.

Daim juga menyentuh Melayu mahu kaya cepat tanpa berusaha dan mementingkan kekayaan. Mereka lebih suka tidak diganggu asal periuk nasi selamat.

Ini jelas apa yang disuarakan oleh Tun Daim pada tahun 1996 telah berlaku hari ini.

03 September, 2009

Ketua Bahagian bukan dewa dari kayangan

Sesetengah barisan sesama AJK UMNO Bahagian Merbok nampaknya hilang kewarasan dan lebih bertindak emosional marah tak tentu pasal apabila ketua mereka tidak dipuja dan puji.

Ini terbukti setiap tokoh yang MT paparkan jasa-jasa mereka di sini pasti semuanya mendapat tentangan yang membabi buta dari juak-juak Ketua Bahagian.

Hampir semua tokoh yang diketengahkan dikira tidak layak oleh mereka untuk berada di Merbok dan hanya mereka yang paling layak dan sempurna untuk memimpin UMNO Bahagian Merbok.

Sebagai contohnya apabila MT singkapkan kembali jasa-jasa Tun Daim Zainudin, bekas Ahli Parlimen Merbok mereka kutuk dan hina Tun Daim. Apabila MT paparkan pula jasa dan peranan bekas Ketua Wanita Bahagian Datuk Rosnah Majid sama juga mereka bedal.

Begitu juga apabila MT siarkan visual-visual lawatan dan aktiviti Tan Sri Zainudin Maidin mereka belasah bagai kucing hilang anak.

Malah lebih parah lagi apabial MT singkapkan jasa-jasa Datuk Mokhzani Mahathir bekas Ketua Pemuda Merbok juga mereka ganyang Datuk Mokhzani seperti orang hilang akal.

Tambah menghairankan apabila MT menyiarkan kewibawaan dan ketokohan Prof Dr Ismail Daut, Timbalan Ketua UMNO Bahagian yang pernah satu kapal dengan mereka bertanding pemilhan UMNO Bahagian Merbok dahulu juga mereka ganyang Dr Ismail yang tidak berdosa dengan penuh ketololan.

Apkah ini sikap kepimpinan Bahagian yang ada hari ini? Apakah juak-juak ini hanya mengagungkan Ketua Bahagian mereka bagai dewa dari kayangan atau sempurna sangatkah ketua ini?

Atau mereka dah termakan budi sehingga tergadai body dan langsung tidak membuka minda untuk melihat jasa-jasa pemimpin lain yang lebih banyak jasa dari mereka yang asyik bercakaran dan berpolitik sesama kawan seperti keanak-anakan.

Langsung tidak menyerlah kerasionalan mereka, tidak waras, taksub dan yang sedih mereka menghentam peribadi tokoh-tokoh tersebut dengan tidak ada bukti kukuh.

Mereka juga tidak berubah dan tidak berusaha mencuba meningkatkan prestasi mereka memikul jawatan yang di amanahkan ahli UMNO kepada mereka.

Prof Dr Ismail Daut mempengerusikan Persidangan Antarabangsa

(sumber UNIMEP)

Introduction
The School of Electrical Systems Engineering, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) is pleased to announce an International Conference: Electrical Energy and Industrial Electronic Systems (EEIES 2009) on 7-8 December 2009.

Message from Conference Chairman
Prof. Dr. Ismail Daut
It gives me pleasure as Chairman to invite you to participate in the International Conference on Electrical Energy and Industrial Electronic Systems (EEIES 2009) at Parkroyal Penang on 7-8 December 2009.

See you in Penang, Malaysia!

Professor Dr Ismail Daut
Dean School of Electrical Systems Engineering, EEIES 2009

Conference Aim
Theme related International Conferences do occur however, in order that the global concerns and need for sustainable energy efficient systems be addressed worldwide, it is important that international practitioners have the opportunity to discuss progress and advancements with the widest audience possible.

The aim of the conference is to provide a forum for engineers, researchers and academics to discuss current practice, recent developments, potential future trends and educational development in all areas related to the conference theme.

Ketokohan Profesor Dr Ismail Daut bukan sahaja setakat politik di Bahagian Merbok tetapi kewibawaan beliau begitu terserlah apabila menjadi Pengerusi Penganjur Persidangan Antarabangsa seperti di atas.

Terbukti beliau bukan calang-calang dekan tetapi juga seorang Jurutera Elektikal yang sedang menempa nama di peringkat antarabangsa. Seorang tokoh yang menjadi kebanggaan pengundi-pengundi di Merbok.

Syabas Dr!!

02 September, 2009

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Merbok, tokoh yang berprofil tinggi

(sumber : UNIMEP)

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Merbok merupakan seorang tokoh yang berprofil tinggi dalam bidang akedmik dan professional.

Professor Dr Ismail Daut anak jati kawasan Merbok yang dibesarkan di Abu Bakar Estate, Sungai Petani merupakan tokoh yang dilihat boleh menjiwai rakyat dan masyarakat akar umbi.

Beliau yang dibesarkan di kalangan masyarakat India dan memahami benar asam garam budaya India serta boleh berbahasa Tamil dengan lancar merupakan tokoh yang sesuai di Merbok kerana rata-rata pengundi dalam kawasan Parlimen Merbok merupakan pengundi India.

Professor Dr Ismail Daut sekarang menjawat jawatan sebagai Dekan Sekolah Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Industri Electronik di Universiti Malaysia Perlis.

Jawatan tersebut merupakan di antara yang tertinggi di mana ia memerlukan pengalaman dan kelayakan professional yang bukan tandingan.

Beliau yang sebelum ini pernah berkhidmat dengan Lembaga Letrik Negara yang sekarang ini dikenali sebagai Tenaga Nasional Bhd merupakan bekas graduan USM dan mendapat Ijazah Doktor Falsafah dari University of Cardiff, United Kingdom.

Di antara kejayaan beliau dan kumpulannya ialah memenangi pingat gangsa di dalam "Anugerah Innovasi dan Rekacipta" melalui hasil kajian yang bertajuk “Power Factor Correction Converter Circuit” anjuran Malaysian Association of Research Scientist (MARS).

Email dari "Orang Lama,Rumah Baru"

(Hishamudin semasa mula memegang Ketua Pemuda UMNO turun menemui masyarakat Merbok dibawa Mokhzani. Gamabar bersama Tuan Guru Ustaz Yassin. Photo sumbangan OL,RB)

MT ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menghantar email kepada MT dan beberapa gambar-gambar yang dikira menarik dan sentimental untuk dipostkan ke blog ini.

Email-email dan visual-visual ini akan MT terbitkan berperingkat-peringkat pada masa dan ketika yang sesuai kerana ia memerlukan banyak kerja-kerja editing gaya bahasa dan ”photo touchup” keatas gambar-gambar yang agak lusuh kerana lama dalam simpanan.

Walaubagaimanapun bukan bermakna MT tidak menerima lagi sumbangan-sumbangan bahan-bahan ini, sila teruskan sumbangan tuan-tuan untuk kita kongsi bersama kerana ia amat berharga untuk dikongsi dan sebagai rujukan generasi akan datang.

Berikut adalah satu email menarik dari seorang yang bergelar ”Orang Lama, Rumah Baru” :-

Saya kerap mengikuti blog tuan melalui anak saya dan saya ingin cadangkan tuan supaya blog Merbok Times ini tidak hanya mengangkat peranan pemimpin atas sahaja. Lihat sama pemimpin-pemimpin kecil di bawah seperti Ketua-Ketua Cawangan dan JKK.

Ingin saya nyatakan beberapa pimpimpin yang saya kira ada juga peranan mereka dalam Kawasan Merbok ini kerana setiap kali Mesyuarat UMNO Bahagian mereka rajin bangkit bercakap dan memberi idea semasa Daim Ketua Bahagian seperti :

a) Pak Ya Sireh – Seorang Ketua Cawangan Bendang Dalam yang terkenal dengan pendapat yang bernas setiap kali Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Merbok. Berbahasa loghat Kedah pekat dengan pantun dan gurandam yang selalu mengeletek Tun Daim. Allahyarham merupakan Ketua UMNO Cawangan semasa arwah Abang Hashim Osman lagi.

b) Pak Ya Titi Bom, Gurun – Ketua UMNO Cawangan Titi Bom, Gurun. Seorang yang bersahaja dan santai. Anakanya Yusof juga Setiausaha Cawangan. Banyak buah-buah perkataan percakapan beliau keluar ikut hidung. Cukup berpengaruh di kampung beliau.

c) Pak Mid Cucur Badak – Ketua UMNO Cawangan Taman Seri Jerai, Gurun. Sangat gemar mengambil gambar-gambar semasa mesyuarat perwakilan bahagian. Yang lawak juga semasa lagu Negara Ku pun Pak Mid sibuk berjalan, mundar mandir mencari sudut yang terbaik untuk gambar beliau. Beliau bekrja sebagai tessyenwritter di kaki lima mahkamah Gurun.

Ini beberapa orang yang saya terlintas. Mungkin ramai lagi kalau kita lihat balik minit mesyuarat yang sudah-sudah.

Terima kasih.

Daripada,
”Orang Lama Rumah Baru” (OL,RB)
Gurun.

01 September, 2009

Tahniah kepada Datuk Abu Khamis, semoga tabah menempuh gelombang dan badai

KUALA LUMPUR: Datuk Abu Khamis, bekas Pegawai Khas kepada Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, dilantik sebagai Setiausaha Kerja Barisan Nasional (BN) yang baru berkuatkuasa serta merta.

Abu, 58, dilantik ke jawatan berkenaan bagi menggantikan Datuk Yaakob Mohammad.

Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung BN, memaklumkan mengenai pelantikan itu dalam satu kenyataan hari ini. - Bernama

Datuk Mokhzani dikenang oleh Pemuda UMNO Ketereh


Artikel ini di extract dari : Blog - pemudaumnoketereh.blogspot.com

IMPIAN KENCANA - DATO' MOKHZANI MAHATHIR
Group Chief Executive Officer

Dato’ Mokhzani bin Mahathir, was appointed to the Board on 25 November 2004 and presently he is the Non-Independent Group CEO of Kencana Petroleum. He graduated with a Bachelor of Science in Petroleum Engineering from the University of Tulsa, Oklahoma in 1987. He began his career as a Wellsite Opera¬tions Engineer with Sarawak Shell Berhad in 1987. He later joined Tongkah Holdings Berhad in 1989 and was appointed as the Group Managing Director, a post he held till 2001.

He was also the Chairman and Group CEO of Pantai Holdings Berhad till 2001. He now sits on the Board of Goldtron Ltd (Singapore), Kencana Capital Sdn. Bhd. and several private limited com¬panies. He is also the Chairman of Sepang International Circuit Sdn Bhd, a post he has held since 2003.
Dato’ Mokhzani currently serves as member of Remuneration Committee.

Lelaki ini kurang menyukai publisiti, tidak banyak bercakap dan lebih gemar berdiam diri. Anak ketiga kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad, bekas Perdana Malaysia ini cukup mesra sewaktu menyambut kehadiran sidang editor Dewan Ekonomi di pejabatnya baru-baru ini. Kelewatan beliau hadir untuk temu janjinya dengan kami, telah disambut dengan ucapan mohon maaf dan rendah diri.

Gaya percakapannya tidak tumpah seperti bapanya, sekali gus mengingatkan kami pada era kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad sewaktu menerajui Malaysia selama 22 tahun. Jelas sekali, karisma dan ketokohan bapanya turut diwarisi Datuk Mokhzani Mahathir 47 tahun, Pengerusi Eksekutif Kencana Petroleum Berhad (Kencana) yang kini dilihat oleh pemerhati ekonomi sebagai salah seorang tokoh korporat yang disegani di peringkat antarabangsa. Dewan Ekonomi keluaran Ogos 2007 tidak terkecuali meletakkan Datuk Mokhzani dalam senarai 50 Ahli Korporat Terbilang Malaysia.

Kerancakan industri petroleum dunia yang semakin berkembang ekoran kenaikan harga minyak mentah dunia yang berterusan, telah membawa keuntungan yang cukup lumayan kepada syarikat yang berteraskan gas dan petroleum. Hal ini tidak terkecuali dinikmati Kencana Petroleum yang disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia pada akhir tahun 2006. Kencana Petroleum, yang ditubuhkan lebih daripada 25 tahun lalu telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam mengharungi industri petroleum domestik.

Kencana Petroleum merupakan sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan kejuruteraan dan fabrikasi industri minyak dan gas di peringkat tempatan dan antarabangsa, dengan memberi tumpuan khusus dalam perkhidmatan kejuruteraan peralatan pengeluaran fabrikasi, kejuruteraan modul fabrikasi, kejuruteraan sistem proses skid fabrikasi, kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan perkhidmatan pentauliahan (EPCC), perkhidmatan reka bentuk, perkhidmatan sokongan bekalan dan pengkhususan fabrikasi.

Melalui perkhidmatan yang ditawarkan oleh Kencana Petroleum ini, asas yang membangunkan syarikat tersebut ialah tahap kepakarannya yang lebih banyak menjurus ke arah penyelesaian permasalahan struktur kejuruteraan fabrikasi yang sangat kompleks dan rumit, dalam pada masa yang sama tidak berkompromi dengan aspek keselamatan dan kualiti yang telah ditetapkan. Kecemerlangan Kencana Petroleum menyediakan perkhidmatan terbaik dalam kejuruteraan dan fabrikasi petroleum telah menarik banyak syarikat asing untuk menjalinkan kerjasama yang berterus dengan mereka.

Dengan kata lain, Kencana Petroleum menawarkan perkhidmatan yang diperlukan oleh industri petroleum semasa. Hal ini termasuklah kepakaran kejuruteraan binaan dalam industri petroleum, kepakaran dalam hal-hal yang melibatkan reka bentuk platform cari gali dan perkhidmatan logistik yang melibatkan tapak fabrikasi di darat dengan platform cari gali di lautan.

Pada Oktober tahun lalu, anak syarikat Kencana Petroleum, Kencana Petroleum Ventures Sdn. Bhd. telah meluaskan operasinya melalui perjanjian sefahaman dengan Mermaid Drilling (Singapura) Pte.Ltd bagi menubuhkan firma usaha sama, iaitu Mermaid Kencana Rig 1 Pte. Ltd dalam bidang penggerudian. Kencana Petroleum menguasai 60 peratus saham dalam syarikat usaha sama tersebut, sekali gus membuktikan pengiktirafan tidak langsung syarikat asing terhadap kemampuan sebenar Kencana Petroleum dalam industri petroleum.

Sebelum itu pada tahun 2006, Kencana Petroleum mengaut keuntungan selepas cukai sebanyak RM27 juta dan keuntungannya meningkat sekali ganda setahun kemudian dengan mencecah RM57.16 juta. Kejayaan yang memberangsangkan ini, sudah cukup meyakinkan para pemegang saham Kencana Petroleum terhadap prestasi dan kekukuhan kewangan syarikat tersebut untuk masa akan datang.

“Alhamdulillah, kita berjaya mengembangkan syarikat daripada status Sdn. Bhd. kepada Berhad dan disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia pada Disember tahun 2006. Nilai saham syarikat juga telah melonjak dari mula dibuka sekitar 41 sen menjadi 81 sen, dan kini mencecah RM2.40 sen seunit. Ini merupakan kejayaan yang cukup penting untuk kami.” Jelas Mokhzani seawal pertemuannya dengan Dewan Ekonomi. Mokhzani yang merupakan graduan dari Universiti Tulsa, Oklahoma di Jepun dalam jurusan Sains Kejuruteraan Petroleum turut merupakan seorang jurutera petroleum yang bertauliah.

Beliau berkhidmat dengan Sarawak Shell Berhad dan bertugas di pelantar laut Miri dan Bintulu pada tahun 1987 hingga 1989 sebelum terlibat dalam industri kesihatan dan kejuruteraan petroleum di Kuala Lumpur melalui pelaburannya dalam Tongkah Holdings dan Pantai Holdings sekitar tahun 1990 hingga 2000 .

Mengalami naik turun dalam dunia korporat sebelum menyertai Kencana Petroleum pada tahun 2001. Kegagalan beliau untuk terus mengekalkan pegangan 12.6 peratus saham dalam Tongkah Holdings dan 32.9 peratus dalam Pantai Holdings sewaktu krisis kewangan pada tahun 1997 sama sekali tidak “melayapkannya” dalam arus dunia korporat tempatan.

Dalam keadaan krisis kewangan yang semakin meruncing itu, Mokhzani membuat keputusan meletakkan jawatannya sebagai Penolong Bendahari Pemuda UMNO Malaysia dengan alasan untuk menumpukan perhatian terhadap pemulihan perniagaannya yang terjejas akibat krisis kewangan tersebut.

Nasib Mokhzani agak baik, apabila menemui Chong Hin Loon, pengasas Kencana Petroleum dan sekarang merupakan penasihat dan juga Timbalan Pengerusi Eksekutif Kencana Petroleum Berhad. Pada ketika itu, Chong Hin Loon sedang berusaha mencari rakan kongsi dalam kalangan bumiputera. Pertemuan dengan Mokhzani yang sememangnya arif dalam hal ehwal kejuruteraan petroleum benar-benar membawa tuah kepada Kencana Petroleum.

Sejak Mokhzani menyertai Kencana Petroleum pada tahun 2001, syarikat tersebut semakin berkembang dan memenuhi aspirasi penubuhannya. Impian Kencana Petroleum untuk menjana keuntungan selepas cukai melebihi daripada RM70 juta bagi tahun kewangan berakhir Julai 2008 kelak dijangka akan tercapai. Hal ini menurut Mokhzani, mampu direalisasikan kerana beberapa projek yang sedang dijalankan bakal memberi pulangan yang besar sehingga tahun 2009, selain disokong oleh harga minyak yang terus meningkat.

Kencana Petroleum hanya menjana perolehan tahunan sekitar 10 peratus daripada Petronas kerana industri petroleum di negara ini sama sekali tidak dapat lari daripada Akta Petroleum 1974, yang mengikat semua perniagaan petroleum dan gas di negara ini dengan Petronas. Lantaran itu, untuk meningkatkan pendapatan syarikat, Kencana Petroleum meluaskan operasi perniagaannya ke luar negara termasuk di Sudan, India, New Zealand, Australia dan Thailand. Setakat ini, Kencana Petroleum sedang menambah baik loji pengeluarannya di Lumut agar dapat menampung operasi dan permintaan domestik, di samping mengekalkan daya saingnya di peringkat antarabangsa.

Dengan prestasi kewangan syarikat yang baik dan rekod perkhidmatan yang cemerlang, maka tidak menghairankan, jika keyakinan yang ditunjukkan oleh Mokhzani sewaktu sidang media setelah syarikat tersebut dianugerahkan kontrak bernilai RM240 juta bagi membina projek Pusat Petroleum Asia di Tanjung Bin, Johor pada tahun lalu, dilahirkan dengan nada yang penuh semangat, katanya “Dengan sasaran pertumbuhan pendapatan dan keuntungan sekitar dua angka pada tahun ini (2007) dan tahun hadapan (2008), kami yakin mampu melepasi paras RM1.4 bilion dalam masa beberapa tahun lagi, setelah mencatat tempahan semasa sebanyak RM1.2 bilion. Selepas melepasi paras kontrak tersebut, kami akan mula melabur dalam perniagaan lain di peringkat global, tetapi tetap berkaitan dengan industri minyak dan gas.”

Kekuatan Kencana Petroleum sebenarnya amat jelas melalui kebijaksanaan barisan pengarah yang mengemudi syarikat tersebut, melalui penawaran khidmat yang komprehensif dalam penyelesaian masalah antara integrasi kejuruteraan dengan kelengkapan fabrikasi secara menyeluruh yang melibatkan pentadbiran, projek pengurusan, logistik dan pelbagai aspek kualiti. Selain daripada itu, ketepatan masa dalam menyiapkan sesuatu projek yang diberikan, secara tidak langsung telah menambahkan lagi kepercayaan syarikat lain yang ingin bekerjasama dengan Kencana Petroleum. Hal inilah yang menjadi kelebihan dalam perkhidmatan yang ditawarkan oleh Kencana Petroleum berbandingan dengan syarikat-syarikat petroleum swasta yang lain.

Bersesuaian dengan moto “Menjadi Peneraju dalam Penyediaan Perkhidmatan dan Penyelesaian Masalah dalam Industri Petroleum”, Kencana Petroleum semakin hampir membuktikan bahawa mereka sememangnya mampu untuk menjadi syarikat yang disegani dalam industri petroleum negara. Peningkatan pendapatan dan keuntungan Kencana Petroleum sejak tahun 2003 menjelaskan hakikat tersebut. Pendapatan Kencana Petroleum pada tahun 2003 mencecah RM74 juta, setahun kemudian meningkat menjadi RM181 juta. Manakala pada tahun 2005 peroleh pendapatan Kencana Petroleum mencecah hampir sekali ganda daripada tahun sebelumnya dengan perolehan RM271 juta, dan terus meningkat kepada RM437 juta pada tahun 2006 dan RM824 juta pada tahun 2007.

Selain pendapatan Kencana Petroleum yang meningkat saban tahun, tidak terkecuali keuntungan selepas cukainya juga turut meningkat. Pada tahun 2003, keuntungan selepas cukai Kencana Petroleum hanya sekitar RM6 juta. Namun demikian, jumlah tersebut meningkat melebihi sekali ganda pada tahun berikutnya dengan mencecah RM18 juta. Manakala pada tahun 2005, keuntungannya meningkat menjadi RM21 juta dan berterus sehingga tahun 2006 dengan mencatat RM27 juta dan RM57 juta pada tahun 2007.

Jelas, keuntungan yang berterusan ini melambangkan impian Kencana Petroleum yang sangat besar untuk menjadi pemain utama dalam industri petroleum negara pada masa akan datang.
About Kencana Petroleum Berhad:

"To be the preferred integrated solutions and services provider to the petroleum industry"
Kencana Petroleum Berhad has leveraged on the robust pace of development in the oil and gas sector and is firmly entrenched as the preferred integrated service provider for upstream players in the industry.

The Kencana Petroleum Group today possesses an enlarged integrated services offering that encompasses our core business of providing Engineering and Fabrication services as well as our new Marine Engineering and Operations Services businesses. Through our Marine Engineering capability, we are now involved in building, refurbishing, repairing and converting marine vessels, while under our Operations Services business, we are in a position to offer offshore drilling services as well as the charter of vessels and rigs. To build up our core capabilities and expertise, we have been pursuing expansion strategy through strategic alliances as well as mergers and acquisitions.

With strengthened capabilities and expertise, a workforce of 5,000 employees and an international footprint encompassing the Asia Pacific region, Africa and the Middle East, the Kencana Petroleum Group is committed to driving strong performance and delivering exceptional value.

Kencana Petroleum Berhad is a Malaysia-based investment holding company. The Company is engaged in providing engineering and fabrication services, as well as marine engineering and operations services businesses. Through marine engineering, it is involved in building, refurbishing, repairing and converting marine vessels.

The Company provides offshore drilling services, as well as charter of vessels and rigs, through its operations service business. Its subsidiaries include Kencana HL Sdn. Bhd., Kencana Marine Sdn. Bhd., Kencana Metering Sdn. Bhd., Kencana Infrastructure Sdn. Bhd. and Kencana Steelworks Sdn. Bhd., among others. The principal activities of the subsidiaries include integrated engineering and fabrication of oil and gas production facilities and drilling rigs; operation and management of fabrication yard; metering works, process skid systems and pipeline construction, and property investment. On September 5, 2007, the Company acquired Kencana Petroleum Ventures Sdn. Bhd.

Posted by PEMUDA UMNO KETEREH at Friday, May 15, 2009

Jepun : LDP tersungkur setelah setengah abad memerintah Jepun

Japan's main opposition Democratic Party leader Yukio Hatoyama
speaks to journalists at the Democratic Party of Japan
election headquarters in Tokyo August 30, 2009. (REUTERS/Issei Kato)


Parti Liberal Demokratik(LDP) Jepun telah tersungkur di tangan Democratic Party Of Japan (DPJ) setelah setengah abad memerintah Jepun.

"The situation in Japan is not one that allows me to savour my happiness. Many Japanese people have suffered from politics and they therefore wanted the DPJ to do well and wanted a change in government," kata pemimpin nya Yukio Hatoyama.

Kata salah seorang pengundi DPJ "It's not that the Democrats were good. I voted for them as a punishment for the LDP. The LDP has to change," said Etsuji Inuzuka, 47, who works in the furniture business.

UMNO harus belajar dari kejadian ini. Bunga-bunganya telah ada di dalam UMNO sendiri hari ini. Kekalahan UMNO dan BN dalam PRU12 sama lah seperti kata-kata Etsuji Inuzuka yang ingin menghukum LDP.

Terlalu banyak lakonan di dalam UMNO khasnya Merbok. Teguran-teguran yang positif ditentang dan dicaci maki sebagai alasan untuk mereka tidak mahu membuat perubahan.

Mereka masih berada di dalam zon selesa dan mengangkat hidung mendabik dada bahawa mereka adalah ”TUAN” di bumi Merbok ini.