23 April, 2013

PEMILIHAN CALUN PERLU DILAKUKAN DENGAN SISTEMATIK - RAIS YATIM

Umno perlu tentukan calon untuk pilihan raya lebih awal, iaitu dua bulan sebelum sebarang pilihan raya umum, bagi memastikan calon yang dipilih benar-benar yang mampu menang, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim. 

Beliau berkata selain itu, penentuan calon perlu dilakukan dengan sistematik dan mengikut lunas yang ditetapkan bagi memastikan mereka betul-betul layak untuk bertanding.

"Dalam menentukan calon mampu menang, pemimpin parti perlu menjelaskan kelayakan calon dan faktor yang perlu dipertimbangkan bukan hanya berdasarkan usia, tetapi juga produktiviti mereka, katanya kepada pemberita di pejabatnya di Bangunan Sultan Abdul Samad di sini Isnin. 

Beliau berkata demikian apabila ditanya sama ada Umno perlu berubah dalam menghadapi cabaran abad ke-21. Rais juga berkata dengan menentukan calon lebih awal, ia dapat mengelakkan timbul masalah ketidak puasan pihak tertentu di saat-saat akhir. 

Beliau juga berkata pemilihan tidak sepatutnya berdasarkan pada usia sahaja, malah pertimbangan perlu diberikan kepada aspek produktiviti. 

"Jika produktiviti mengatasi usia, sudah jelas apa jawapannya...apa gunanya jika seseorang itu muda tetapi produktiviti dan hasil tidak dapat diperkirakan," katanya. KUALA LUMPUR, 22 April 2013 Sumber : Rais Yatim Blog