"I remember him showing me his plans for the Port Of Tanjung Pelepas. I admit I found it grand, and thought he would not succeed" Tun Dr Mahathir |
‘Syed Mokhtar Al Bukhary, A Biography’ adalah buku terbaru yang masih panas di kedai buku diterbitkan pada 8 November 2012 tulisan Premilla Mohanlall. Buku yang setebal 169 muka surat tidak termasuk muka surat index ini berharga RM19.90 murah sedikit dari buku My Story, Lim Goh Tong yang berharga RM28.00 dan sama harga dengan buku Daim, Man Behind The Enigma tulisan Adibah Amin.
Gaya penulisan Premilla Mohanlall yang mudah atau ‘easy reading’, buku ini sarat dengan pengkisahan liku-liku dugaan seorang usahawan Bumiputera dan tiada jalan mudah untuk berjaya sebagai seorang Bumiputera.
Syed Mokhtar dilahirkan pada 12/12/1951 dari perut kandungan Sharipah Rokiah di Kampung Keriang, Jalan Day, Alor Setar Kedah. Bersekolah setakat tingkatan lima kerana kemiskinan tidak meneruskan pelajaran dan sejak awal telah belajar berniaga lembu dari bapanya Syed Nor.
Syed Mokhtar merupakan segelintir jutawan Melayu yang masih survive selepas Asia dilanda badai krisis ekonomi. Ramai jutawan Melayu atau Bumiputera telah hanyut dilambung badai ketika itu dan ada yang masih hidup, nyawa-nyawa ikan dan ada yang telah hilang hanyut dilambung gelombang.
Hidangan di dalam talam kawalan Syed Mokhtar ketika ini di antaranya ialah Malaysian Mining Corporation (MMC), Tradewind Bhd dan DRB-HICOM. Realitinya rezeki hidangan ini bukannya datang terhidang di dalam dulang emas tetapi setiap syarikat-syarikat ini ada ceritanya yang tersendiri.
Sepak terajang perniagaan sudah menjadi kematu kepada Syed Mokhtar dan semuanya diceritakan di dalam buku ini dengan penuh sentuhan.
Adalah kelaziman setiap peniaga Bumiputera akan menempuh cabaran dengan bangsanya sendiri. Begitu juga Syed Mokhtar.
Syed Mokhtar juga tidak terlepas dari lempias impak perubahan pucuk pimpinan daripada Dr Mahathir kepada Pak Lah. Dasar-dasar pembangunan ekonomi Pak Lah ternyata menggigit perniagaan Syed Mokhtar.
Selepas melepaskan jawatan dalam Kerajaan, Dr Mahathir seperti keseorangan dan ramai yang dulu mencium tangannya kini lari beralih giliran mengampu Pak Lah. Syed Mokhtar tidak begitu, kata Mahathir “ For a while, I thought Syed Mokhtar too had disappeared. But it was not so. He continued to seek me out even though I was no longer in a position of power”.
Syed Mokhtar telah dilabel sebagai ‘orang Mahathir’ akibat pengaruh ‘budak-budak tingkat 4’ Syed Mokhtar telah terpisah jauh dari pucuk pimpinan. Banyak projek-projek yang telah ditawar kepada Syed Mokhtar semasa tempoh akhir Dr Mahahir menjadi Perdana Menteri telah dibekukan dan ada yang ditarik balik.
Projek ‘Alluminium Smelting’ di Sarawak telah ditarik balik dan projek landasan keretapi berkembar dihentikan.
Hikmahnya, apabila kesukaran menyertai projek dalam negara kerana dasar-dasar Pak Lah, Syed Mokhtar telah mengalih membawa MMC keluar negara khasnya Timur Tengah.
Seorang tokoh jutawan Timur Tengah terkemuka Mohamed Ali Alabbar, Emaar Properties yang membangunkan bangunan tertinggi di dunia Burj Khalifa Dubai berkata semasa wawancara di TV menyatakan “in South East Asia, we will only do business with Syed Mokhtar”.
Membaca buku ini membuka persepsi sebenarnya bahawa kadangkala cabaran usahawan Melayu dan peniaga Melayu yang sebenarnya bukan persaingan dengan kaum lain tetapi yang lebih sukar ialah kerenah sikap bangsa Melayu sendiri.
Buku ini bukan setakat sesuai dibaca oleh pelajar, bakal usahawan, usahawan tetapi juga mereka yang bakal menjadi pemimpin, bakal-bakal calun ADUN atau Ahli Parlimen kerana mereka adalah bakal menjawat jawatan Menteri cabinet yang kelak diamanahkan untuk mengubal dasar-dasar ekonomi untuk Melayu dan Islam.
Apapun menurut Syed Mokhtar "Wealth has to circulate. When you make money you have to give it away".
Aku sangat mengagumi dia. Aku bersyukur ke hadrat Allah dan berterima kasih kepada dia diatas keikhlasan dia menaja pelajar2 termasuk anak aku (tution SPM) melalui Yayasan Al-Bukhary beberapa tahun yang lalu. Semoga segala budi baik TS diberkati Allah. Amin.
ReplyDeleteSalam Bro,aku memang kagum dengan Syed Mokhtar ni.Aku doakan agar dia terus berjaya
ReplyDeleteRezeki yang dianugerahkan dari ALLAH kpd peraih /peniaga dan pekerja MELAYU melalui Tuan Syed adalah amat banyak, pertahankan lah agar rezeki ini tidak disekat olih manusia yang amat cemburu atas kejayaan beliau..
ReplyDeleteSalam, I really want to acquire this book,
ReplyDeletewhere it can be found?
MPH? Border?
Thanks.
Salam,
ReplyDeleteBuku ini boleh diperolehi di MPH Book Store atau MPHOnline. Kata rakan MPH juga dibeli oleh Syed Mokhtar.
Tahniah.
assalam. saudr tumpng tye buku ini ada x mengaitkan dengan syarikat bukhary sdn berhd...
Deletemohon sy tengah buat kajian mengenai beliau..
jasa baik saudr reply inbox fb sy.
http://www.facebook.com/aidazanurul
Salam Aida,
DeleteDi dalam buku ini menyentuh keseluruhan liku-liku cabaran perniagaan beliau. Ia hanya menyentuh sedikit sahaja tentang syarikat sdn bhd beliau tetapi yang lebih penting keseluruhan semangat keusahawanan beliau yang bangun dari bawah. Tidak seperti sesetengah jutawan yang bergantung harap kepada pemimpin tertentu.
x berapa tau sangat dgn dia....baru nak kenal...nnti aq nak beli la....hebat sangat ke dia nih
ReplyDeleteBetul MPH telah dibeli Tan Sri dari businessman Singapura:
ReplyDelete"In 2002, the MPH brand with its book retail and book distribution arm, MPH Bookstores and MPH Distributors respectively, was bought over by a Malaysian company, Jalinan Inspirasi Sdn Bhd. It is part of a large Malaysian conglomerate owned by Malaysian businessman Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary. For the first time, MPH becomes a wholly Malaysian-owned company".
SILA LAWATI http://www.mphonline.com/help/aboutus.aspx.
Pesanan buku juga boleh di buat secara online.
Terima kasih atas sokongan.
Thanks ya 4 the info.
ReplyDeleteI'll try at MPH to have dis book.
quran mula di turunkan dgn pertkataan awalnya "bacalah".namun kenalah baca banyak quran dan hadis nabi,supaya kita makin matang dalam dunia dan akhirat.
ReplyDelete