Sebanyak 35 ekor lembu disumbangkan oleh Penyelaras Parlimen Merbok, Datuk Tajul Urus Md. Zain kepada penduduk di kawasan itu untuk ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha.
Jika seekor lembu bernilai RM2,800 ini bermakna sejumlah RM98,000 telah disumbangkan oleh beliau untuk memikat pengundi-pengundi dalam Parlimen Merbok.
Itu lah keperihatinan pemimpin yang walaupun tidak dipilih rakyat tetapi bekerja keras untuk rakyat. Tidak kiralah samada wang sumbangan itu datang dari komission projek, duit tochi atau projek-projek anugerah menteri.
Janji mereka tidak tamak mengumpul kekayaan untuk diri sendiri seperti rumah besar, kereta besar dan bini besar.
Persoalannya di sini bagaimana pula dengan Ahli Parlimen Merbok Datuk Rashid Din yang menang dalam PRU12 tempoh hari? Langsung bayang pun tak nampak.
Katanya Anwar pun dah tak mampu untuk menolong wakil-wakil rakyat di bawah naungannya kerana wang Anwar banyak dilabur kepada lowyer-lowyer dan pakar-pakar DNA antarabangsa.
Tidak ada apa lagi untuk dikesali oleh rakyat Merbok kerana mengundi Rashid Din, apabila nasi telah menjadi bubur.