Malaysiakini - 14/9/2010 
Meskipun pemimpin Umno dan BN menjauhkan diri mereka daripada kumpulan 
pendesak Melayu - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), namun 
akhbar Utusan Malaysia terus menyokongnya.
Dalam 
edisinya hari ini, akhbar milik Umno itu menyiarkan satu halaman penuh 
artikel-artikel yang mempertahankan NGO itu termasuk memuatkan bancian 
yang kononnya menunjukkan kebanyakan orang Melayu menyokong PERKASA.
 Dalam reaksi kepada tindakan Utusan Malaysia
 itu, ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar - seorang daripada 
pengkritik hebat PERKASA - melancarkan serangan secara berselindung di 
akaun Twitter.
Dalam reaksi kepada tindakan Utusan Malaysia
 itu, ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar - seorang daripada 
pengkritik hebat PERKASA - melancarkan serangan secara berselindung di 
akaun Twitter.
Khairy menulis bahawa beliau “berpendapat akhbar tertentu itu perlu diingatkan siapa pemiliknya”.
“Saya
 penyokong pembaharuan supaya akhbar lebih bebas dan bertanggungjawab 
tetapi dalam paradigma hari ini, saya tidak boleh menerima bentuk 
editorial akhbar tertentu,” tulisnya.
Meskipun Khairy tidak menyebut sebarang nama, tetapi kenyataannya jelas ditujukan kepada Utusan.
Ketua
 pemuda Umno itu juga telah berulang-kali menegaskan bahawa Umno tidak 
bersekongkol dengan PERKASA dalam apa bentuk sekalipun.
Sejak 
seminggu lalu, beberapa pemimpin kanan Umno termasuk setiausaha 
agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, naib presiden Datuk 
Seri Ahmad Zahid Hamidi dan ahli majlis tertinggi, Datuk Seri Mohamed 
Nazri Abdul Aziz mula menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap 
PERKASA.
Mereka mendakwa pandangan melampau PERKASA berhubung hak
 dan dan keistimewaan Melayu akan meminggirkan sokongan bukan Melayu 
pada pilihan raya umum akan datang.
Utusan melalui beberapa 
artikelnya telah menyokong PERKASA dan rencana pengarangnya pada Ahad 
lalu menggesa Umno supaya memikirkan semula hubungan dengan NGO itu.
 
 
