25 April, 2011

Jangan "Kita Bakooo"

Di bawah disiarkan kembali tulisan sahabat Mustaqim Abdul Rahman yang disiarkan dalam ruangan Forum Utusan Malaysia 25/4/2011.

Pandangan ini dikira rasional dan cukup berimbang di dalam isu menghadapi DAP. Di dalam mana-mana pilihanraya yang kalah bukan kalah semua dan yang menang bukan menang semua.

Jika Melayu beremosi dan menyisih terus pengundi Cina kerana tidak mengenang jasa ini bermakna mereka memberi kemenangan secara total kepada DAP yang rasis itu.

Jangan sesekali 'kita bako' 

Filem P. Ramlee adalah filem yang tidak dimakan zaman. Ia tetap relevan dan berkualiti untuk generasi masa depan. Satu ketika, industri filem Melayu ketandusan filem sehebat filem P. Ramlee. Syukur kerana kini filem Melayu sudah banyak yang berani menyentuh sensitiviti demi memberi pengajaran kepada penonton. Filem terbaru Hantu Kak Limah Balik Rumah sarat dengan mesej yang menggambarkan ortodoks bangsa Melayu.

Salah satu mesej yang disampaikan ialah ungkapan Usop Wilcha yang mengusulkan orang kampung untuk membakar rumah Kak Limah kerana mempercayai itu adalah jalan penyelesaian. "Kita bako" katanya, supaya Hantu Kak Limah tidak boleh pulang ke rumah lagi.

Pengarah secara sinis menyampaikan banyak mesej kesedaran antaranya tentang sikap orang Melayu yang suka mengambil jalan penyelesaian mudah.

Terkini ialah penyelesaian orang Melayu melalui Perkasa dan Utusan Melayu iaitu konsep 1Melayu, 1Bumi. Malah kedengaran beberapa suara mendesak Ketua Menteri Sarawak untuk mengajar pengundi Cina akibat tidak mengundi Kerajaan BN.

Hakikatnya tindakan Utusan adalah hasil reaksi dari tindakan akhbar Cina yang bebas mempersoalkan Perlembagaan Malaysia iaitu Perkara 153. NGO Perkasa pula geram apabila DAP dibiarkan bebas menggunakan isu "Perdana Menteri Malaysia Orang Cina" jika undi DAP.

Semua tindak balas ini adalah normal mengambil kira entah beribu kali kesabaran orang Melayu Islam dijolok dan diuji oleh pemimpin Cina dan kumpulan Hindraf. Malah pendirian kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri yang dilihat berlembut dengan DAP, akhbar Cina, pelampau Cina seperti Namewee, pelampau Hindraf membuatkan orang Melayu percaya keadilan dan kedaulatan undang-undang berada di tangan mereka dan bukan kerajaan.

Nasib orang Melayu harus diperjuangkan mereka sendiri. Soalnya, apakah pendekatan "kita bako" adalah pendekatan terbaik. Jika kita kembali ke tahun 1999 di saat ketika hampir semua Melayu membenci Tun Dr. Mahathir Mohamad dan tidak memberikan undi kepada BN, Cina tampil dengan semangat kenegaraan yang tinggi mengundi pemimpin Melayu untuk membolehkan UMNO terus kekal berkuasa sehingga hari ini. Jika undi popular menjadi ukuran, kepimpinan Melayu sudah tumbang pada PRU 1999.

Tsunami 2008 menyebabkan ramai Cina dijangkiti virus perkauman dan kini ia sudah menjadi barah kepada Cina. Wajarkah UMNO meminggirkan dan menghukum Cina di ketika MCA dan Gerakan sedang lemah? Patutkah UMNO membiarkan MCA dan Gerakan bergelut dengan masalah undi pecah dan menangguk di air yang keruh? Sedangkan di kala UMNO menghadapi masalah yang sama, pengundi dan penyokong parti lain tetap setia mengundi BN dan menyokong kepimpinan UMNO.

Semangat muafakat keluarga BN sebenarnya adalah terhebat di dunia dan sepanjang sejarah dunia moden. Kerana muafakat inilah, Cina dan India tidak mengambil kesempatan ketika orang Melayu berpecah teruk, ketika UMNO diharamkan dan ketika perpecahan Melayu pada 1999.

Kerana muafakat inilah, BN mampu terus memperoleh kepercayaan rakyat. Muafakat membawa berkat, begitulah yang dipesan, begitulah ia digenggam. Namun, jangan digenggam bara api, kerana api tidak mungkin padam jika ia terus dijadikan pertaruhan.

Di sebalik semangat muafakat Melayu jangan diduga lautan yang dalam, kerana orang Melayu dan Perkasa akan terus memerhatikan dan mempertahankan Melayu walau nyawa bercerai badan. Begitulah juga prinsip yang dipegang pejuang Cina, India dan lain-lain. Lebih baik jadi segenggam lidi daripada jadi seggengam bara api.

Pilihan terletak di tangan kita dan apa sahaja pilihan Melayu, pilihan Cina, pilihan India dan pilihan kaum lain, jangan sesekali "kita bako" jambatan antara kita. Jangan kita biar hantu tua seberang sana mengajar kita bagaimana mahu mentadbir negara. Kembalilah pada semangat muafakat dan Melayu, Cina dan India perlu mengetuai pengorbanan agar co-existense semua kaum di Malaysia terjamin.

MUSTAQIM ABDUL RAHMAN
Batu Caves, Selangor

17 April, 2011

Polis Siasat Penemuan Bom Tangan Dalam Hotel Di Brickfields

KUALA LUMPUR: Polis sedang menyiasat sekiranya enam butir bom tangan yang ditemui di sebuah hotel murah di Brickfields baru-baru ini mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata bom tangan itu ditemui hasil serbuan oleh sepasukan polis ke atas hotel berkenaan pada kira-kira pukul 2.30 petang Rabu lepas.

"Bagaimanapun tiada tangkapan dilakukan setakat ini dan kes ini masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi malam Sabtu.

Katanya kes itu disiasat di bawah Akta Senjata Api dan Bahan Letupan 1957, dan beliau enggan mengulas lebih lanjut mengenai kes itu.

Sementara itu Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/Anti Pengganas) Ibupejabat Polis Bukit Aman Datuk Mohamad Fuzi Harun berkata siasatan dalaman mendapati bom tangan itu tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana kumpulan pengganas, namun siasatan masih dijalankan. -BERNAMA

14 April, 2011

DS Najib lulus pembinaan mesjid baru Kampung Sungkop

Datuk Arzmi Hamid di samping pengundi muda. - pic ihsan spmc-club
Kampung Sungkop yang terletak di dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau dan Kawasan Parlimen Merbok akan memperolehi sebuah mesjid baru yang bernilai RM1.5 juta hasil usaha bekas Wakil Rakyat Tanjung Dawai, Datuk Arzmi Hamid.

Perhubungan akrab Datuk Arzmi Hamid dengan PM DS Najib ternyata telah membuahkan hasil yang baik bukan sekadar rakyat Kampong Sungkop sahaja tetapi kepada seluruh masyarakat Bukit Selambau.

“Apabila pihak pentadbiran UMNO Bahagian Merbok gagal membantu kami, pihak kami telah membawa permohonan projek ini kepada Datuk Arzmi dan berkat usaha beliau membawa permohonan ini kepada PM maka alhamdullillah berjaya juga akhirnya” kata salah seorang AJK JKKP Kampung Sungkop.

Menurut beberapa rakan di bahagian Merbok, pentadbiran bahagian gagal menangani banyak isu-isu rakyat kerana pertelingkahan di dalam bahagian itu yang tidak berkesudahan sehingga hari ini.

Sehingga ada yang meramalkan PRU13 yang akan datang kawasan Merbok akan terus menjadi jajahan takluk PKR dan PAS kerana UMNO gagal berfungsi untuk menjadi juara rakyat.

“Juara Rakyat” kepada mereka hanyalah kata-kata retorik sebagai halwa telinga kepada pengunjung tegar kedai kopi di kampung.

12 April, 2011

Apakah pengaruh Muhammad Yunus digeruni pemerintah

Seorang tokoh yang MT selalu ikuti perkembangannya ialah Muhammad Yunus pengasas Grameen Bank, Bangladesh.

MT pernah bertemu dengan beliau dan mengikuti wacana beliau di sekitar tahun 2007 di Universiti Islam Antarabangsa.

Muhammad Yunus bersama pengusaha ayam dan itik di kampung
Beliau merupakan bekas Professor Ekonomi di Universiti Chittagong, Bangladesh. Setiap hari dalam perjalanan ke universiti beliau akan melalui deretan masyarakat miskin di tepi-tepi jalan.

Ini menyedarkan beliau dan beliau berkata pada dirinya "Aku merupakan seorang professor ekonomi yang mengajar ekonomi tetapi apa yang telah aku lakukan untuk merubah ekonomi masyarakat aku yang penuh melarat kemiskinan?" cerita beliau semasa memulakan sessi tersebut.

Di atas kesedaran inilah beliau memulakan pinjaman kredit kepada masyarakat miskin sehinggalah tertubuhnya Grameen Bank.

Untuk rekod di bawah MT siarkan kembali tulisan Mahendra VED yang pernah tersiar dalam NST 11/4/2011 mengulas pengaruh empayar Muhammad Yunus sehingga beliau digeruni parti yang memerintah.


 WHY GRAMEEN BANK NEED A CLOSER LOOK

REASSESSING a person one admires is often unwelcome, but sometimes necessary. I have to do that with Grameen Bank founder and Nobel laureate Muhammad Yunus, having interviewed him in 1997 and followed his work. 

His microcredit conglomerate, with 20,000 employees and 8.3 million customers, has distributed Taka 600 billion (RM24 billion) in loans as of January.

The Grameen concept of lending small sums to poor women in rural areas, who would not dare to even enter a regular bank, has been replicated in many countries with a fair degree of success. For that, credit must go to Yunus and his team.


Besides the Nobel Peace Prize and many other accolades, he has brought pride to his people, who are discussed mostly for their poverty and natural calamities.


His removal on March 2 from the bank has attracted international attention. From France's Nicolas Sarkozy to the United States' Hillary Clinton, a host of luminaries have spoken for him. Some of them have formed "Friends of Grameen".

Yunus lost the battle at the high court, which held his removal valid, and then the Supreme Court, which confirmed it.


The last word is yet to be said, however. The argument now is that this is not a legal issue but a "political" one and must be resolved "politically".

Foreign governments have officially spoken. Their leaders telephoned Yunus to extend support. Sarkozy will take up the issue with Dhaka soon. Such public expressions of disapproval of the action of another government, to say the least, are unusual.

The US has "warned" (the word US official Robert O. Blake used while visiting Dhaka) Prime Minister Sheikh Hasina Wajed that "no meaningful discussion" on bilateral issues could take place till the matter is resolved and a "compromise" is reached.


Briefly, the issue is between the government, which wants to enforce a law requiring banks to retire their CEOs at 60, and Yunus, now 71, who wants to retain control of Grameen.

The government is heavily dependent on foreign funds for its development programmes. It cannot afford to annoy the world's high and mighty, which are also donors, key trade partners and importers of its manpower.

Yunus enjoys high credibility with the international community. Even at home, he is deified as an icon that speaks and works for the poor. The political opposition, much of the intelligentsia, the media and civil society are rooting for him.

Yunus has courted controversy. A dispute with Norwegian donors amicably settled earlier resurfaced in a documentary last year. Yunus denied any siphoning off of funds. The Norwegians too stood by him.

But criticism grew. Sheikh Hasina, without naming him or Grameen, attacked "blood suckers". Her finance minister, A.M.A. Muhith, asked Yunus to step down, both formally and informally. Yunus is supposed to have said that if he quit Grameen, it would collapse.

While on paper, he agreed to quit and allow a "process" to find his successor, he and his supporters brought in outside pressure.

What is overlooked is the fact that the banking sector anywhere, including the US and France, is governed by laws of the land. Grameen, no matter how much money it receives from abroad and how well it performs, remains a bank founded in Bangladesh.

Grameen says the government is only a minority stakeholder. Even so, it does not cease to have the power to monitor and regulate the bank.

Why is the government after Yunus? There is no clear answer emerging from the raging debate. Yunus told the Wall Street Journal that he was "not a political threat to anyone".

Soon after he was awarded the Nobel in 2006, there was a suggestion that he head the caretaker government that was meant to last for 90 days, but stayed on for two years. He was not part of it. But during its tenure, he floated a political party, but later dismantled it for want of support.

Assuming the government may have been wrong or ham-handed in dealing with Yunus, the gain to the government, if any, from adopting this controversial course that invites negative publicity, is not cited by anybody.

Grameen has done well in Bangladesh and several other countries, but has a lesser-known side: it charges interest at rates of between 24 to 36 per cent and levies service charges.

The interest rates in adjoining West Bengal in India are much lower. Even the bania or traditional moneylender charges between 24 to 30 per cent. The state sector banks whose rural spread is wide, albeit not as deep as Grameen's in Bangladesh, charge just seven per cent. In his latest annual budget, Indian Finance Minister Pranab Mukherjee extended this loan scheme for farmers to fishermen.

Grameen being a microcredit "pioneer" itself needs a closer look. Another Nobel laureate, Rabindranath Tagore, had experimented with success in his East Bengal estates. This is not widely known.

In 1974, two years before Grameen, Ela Bhatt, a gutsy Indian woman, launched the Self-Employed Women's Association (SEWA), a bank on lines advocated by Mahatma Gandhi.

Renowned Indian economist Jagdish Bhagwati pointed out that, unlike Grameen Bank, SEWA had received no foreign money (such as the grant of US$100 million from Norway, the handling of which led to initial charges of malfeasance against Yunus), and it has distributed dividends of 9-12 per cent annually each year since its founding.

Those protesting efforts by the Bangladesh government to monitor Grameen, need informing that throughout its existence, SEWA has been regulated by the Reserve Bank of India, staying strictly within the law and seeking no special dispensations.

By comparison, Yunus started Grameen with himself and his family members in control.

His diversifying into telecoms -- Grameen Phone is Bangladesh's largest telco and planning to make shoes of multinational brands, undoubtedly beneficial as it means more jobs, is not liked by some donors who see him as a competitor.

Bhagwati said, by getting the US to side with Yunus against Hasina, "Hillary seems guilty of arrogantly intervening in the domestic affairs of a friendly, democratic government".

As international pressures build up amid media hype, and emotions run high, the controversy has not done anybody good.

05 April, 2011

Eeeee.... naik geli-geleman aku tengok video tu...

Nampaknya kesan Tsunami Video Sex Anwar Ibrahim dah mula merebak sedikit demi sedikit seperti kebocoran radioaktif di Daiichi Fukushima, Jepun.

Hari ini sudah mula terselak babak pertama dalam Youtube dan dijangkakan babak-babak seterusnya akan terselak sedikit demi sedikit sehinggalah akan terlanjang bulat dalam sedikit masa lagi.

Sesiapa yang menontonnya pasti menarik nafas panjang. Banyak blogger yang postkan video ini dalam blog mereka.

Kalau Datuk Eskay boleh bertaubat selepas balik Mekah dan Umrah mengapa Saudara Anwar Ibrahim masih tak mau bertaubat.

02 April, 2011

Tsunami Video Sex

Semasa mula-mula insiden sex songsang yang melibatkan Pak Sheikh Anwar Ibrahim didedahkan sekitar tahun 1998/1999 ramai rakyat yang tidak percaya malah Tun Mahathir dikecam hebat pada ketika itu.

Pak Sheikh pun menghimpun ribuan penyokongnya berdemonsatrasi di merata negeri seantero Tanah Melayu bagai bumi dilanggar garuda untuk mempertahankan “kebenarannya” bahawa ada konspirasi untuk menjatuhkan beliau. Sembahyang hajat di adakan di pondok arwah Ustaz Ni’amat Yusof di Derang, Bukit Pinang Kepala Batas, Kedah memohon Allah SWT menunjukkan kebenaran bahawa Pak Sheikh dianiaya.

Akhirnya Mahkamah menjatuhkan hukuman keatas Pak Shiekh dan dimasukkan ke dalam ”correctional center” di Sungai Buluh supaya Pak Sheikh insaf dan bertaubat nasuha. Apa yang berlaku dalam penjara Sungai Buluh rakyat tidak tahu.

Di sekitar 2003 semasa pemerintahan Pak Lah Badawi Pak Sheikh telah di bebaskan seperti burung terbang tinggi di awan biru apabila KJ menghantar passport antarabngasa kepada Pak Sheikh.

Mungkin harapan rakyat ketika itu agar Pak Sheikh kembali berjuang dan hidup aman damai di samping keluarga yang tercinta yang seketika kehausan kasih sayang seorang bapa dan suami selama ini.

Tetapi semuanya hampa belaka apabila ketagihan Pak Shieikh sukar diubat malah menjadi-jadi ditawan nafsu kesyaitanan. Pak Shiekh menerobos lagi, Pak Shiekh menyerondol lagi meratah dengan lahap mangsa-mangsa terbaru.Mangsa-mangsa lama telah dikuburkannnya dan rakyat telah lupa.

Di hadapan rakyat Pak Sheikh bersyarah berdegar-degar bagai guruh dan halilintar berdentum. Penyokong Pak Shiekh bertakbir, bersorak dan menjulang Pak Sheikh sebagai pemimpim dunia Islam tersohor. Sehingga Pak Shiekh angkuh sebagai alat dengan sokongan negara besar seperti AS.

Hari ini Pak Shiekh ditimpa malang lagi. Pak Sheikh sedang menghitung hari dihimpit sedikit demi sedikit bencana “Tsunami Video Sex”. Pak Sheikh pasti pacak kepala kalau gagal pertahankan bahawa beliau bukanlah pelakon video tersebut tetapi adalah konpirasi dahsyat untuk menjatuhkan beliau, kerana beliau adalah negarawan yang bisa menyengat kemungkaran mana-mana pemimpin.

Apakah usaha sembahyang hajat yang sekali lagi diadakan baru-baru ini akan menegakkan kebenaran Pak Sheikh atau akan menghukum kedurjanaan Pak Sheikh?

“Mana mau lari…ha?” kata beberapa rakan di salah sebuah kedai Tom Yam terkenal di Danork, Selatan Thai semalam.