Keputusan Perdana Menteri, DS Najib untuk membatalkan lesen judi bola yang diberikan kepada Ascot SportsSdn Bhd ternyata PM akur kepada suara-suara masyarakat Islam dalam Negara ini.
Kalau mengikut kiraan pendapatan hasil melalui cukai judi kepada negara ini ianya memang mendatangkan pulangan yang lumayan. Bukannya jutaan tetapi billionan seperti yang dikira oleh tauke judi terbesar Tan Sri Vincent Tan pemegang unggul lesen judi bola ini.
Hakikatnya wang bukan segala-galanya untuk mentadbir negara ini tetapi akhlak dan iman harus menjadi keutamaan. Negara sudah tidak tertanggung lagi untuk memikul beban sakit keruntuhan akhlak yang amat dasyat dengan berbagai masalah rosak sosial dari membuang anak luar nikah, sumbang mahram, lesbian, liwat, rasuah, hutang ahlong dan berbagai lagi.
Pentadbiran Najib harus bekerja lebih keras dengan memerah otak melalui jalan halal untuk membawa hasil kemakmuran kepada negara ini bukannya jalan pintas melalui hasil cukai judi bola seperti yang disyorkan oleh Timbalan Menteri Keewangan beliau Senator Awang Adik Hussein.
Insyaalah hasil-hasil halal akan lebih membawa berkat bukan sahaja kepada pimpinan Najib tetapi rakyat negara ini amnya. Semoga dengan keberkatan Allah SWT ini ianya tidak mudah meruntuhkan ekonomi negara ini seperti keruntuhan beberapa syarikat besar AS sehingga mengheret kepada kemelut ekonomi negara mereka.