Sebuah organisasi Yahudi, Simon Wiesenthal Center telah menyenaraikan mantan PM, Tun Mahathir Mohamad di dalam ranking yang ke3 sebagai individu yang paling anti Yahudi tahun 2010.
Mendahului Tun M ialah bekas wartawan White House, Helen Thomas dan Pengarah Filem terkenal Hollywood, Oliver Stone.
Simon Wiesenthal Center adalah organisasi Yahudi antarabangsa yang menegakkan hak asasi manusia mendepani anti-Semitisme, kebencian dan keganasan, mempromosikan hak asasi manusia dan menegakkan maruah serta berdiri bersama Israel untuk mempertahankan keselamatan orang –orang Yahudi di seluruh dunia dengan mengambil pengajaran dari Holocaust untuk generasi mendatang.
Dengan konstituen lebih dari 400.000 isi rumah di Amerika Syarikat ianya telah diakreditasi sebagai NGO oleh organisasi antarabangsa, termasuk PBB, UNESCO dan Majlis Eropah.
Beribu pejabat di Los Angeles, Simon Wiesenthal Center mempunyai pejabat di New York, Toronto, Miami, Paris, Buenos Aires, dan Jerusalem.