Tindakan menghantar keranda kepada Setiausaha Politik Lim Guan Eng, Ng Wei Aik semalam oleh Naib Pengerusi Dewan Perniagaan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), Mohamed Ghani Abd Jiman sebagai tanda awal protes kelembapan tindakan Guan Eng dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh orang Melayu di negeri itu dikira sangat “suey” atau sial.
Kaum Cina amat pantang dengan apa juga subjek yang boleh dikaitkan dengan kematian begitu juga dengan keranda, kerana ini lambang kematian.
Nombor 4 dikira nombor sial kerana nombor ini membawa maksud "Si" atau mati. Ditambah lagi jika nombor 4 ini berkembar seperti 44 ini membawa maksud "mati dan mati".
Nombor-nombor ini sentiasa dijauhkan apabila ingin membeli rumah, kereta atau bangunan bertingkat.
Di samping itu ada lagi nombor yang amat pantang kepada mereka seperti 69 yang membawa maksud "lok kau" atau "lan**u" yang bermaksud kemaluan lelaki atau nombor 48 yang membawa maksud "si fatt" yang bermaksud punggung.
Walau dihadiahkan lagi 4 keranda pun tindakan ini tidak akan sama sekali menakutkan Guan Eng kerana Guan Eng adalah Cina yang liberal seperti Lee Kuan Yew, mereka tidak percaya akan amalan karut-marut ini.