Selepas menyinga dan berang tak tentu punca dengan wartawan RTM Samat Majid berhubung isu kelalaian bantuan mangsa banjir oleh Kerajaan Negeri Kedah, MB Ustaz Azizan Abdul Razak dihinggapi pulak sindrom gabuih tangan dan gabuih ponggong.
Beliau sentiasa mengelak dari memberi komen-komen dan pandangan berhubung apa juga isu yang berbangkit takut jawapannya kelak akan memakan diri beliau. Jawapan-jawapan nya seringkali tergantung “saya tak tau…”dan “no comment…”. Kata Inggeris “try to brush off the issue, to play safe” jika diterjemahkan menjadi “cuba menggabuih tangan nak selamat”.
Mungkin akibat dari kemarahan itu apabila beliau melihat kembali wajahnya yang hodoh tidak hensem semasa memarahi Samat Majid apabila disiarkan berkali-kali di dalam kaca TV beliau menjadi risau. Muka merah macam udang bakar, cenge (garang), tidak ada nur dan tidak jernih yang sebenarnya bukanlah wajah seorang pemimpin Islam seperti Ustaz Azizan.
Kesan dan bahadi dari inilah yang telah membuat Ustaz Azizan serik dan fobia untuk berdepan serta menjawab dengan wartawan berhubung isu perletakan jawatan Mahfuz Omar sebagai Pengerusi Kedah Sato dan isu ura-ura perletakan jawatan Setpol beliau Muhammad Sanusi Mohd Nor.
Hakikatnya bukan senang nak jadi MB ni. Kalau tak tahan daulat berak kapur dibuatnya. Semoga Ustaz Azizan tidak berak kapur dan melanuih (muram) seperti ayam terkena hawar.