24 August, 2009

Merbok dalam Sejarah


Keratan akhbar di atas dipetik dari Berita Harian 13/9/1995 di mana Daim menerima tamparan yang hebat di Bahagian Merbok apabila Daim cuba ditentang oleh Datuk Zainol Abidin Johari yang merupakan mentor Tajul Urus Mat Zain. Penentangan ini tidak lain dan tidak bukan hanya ingin memporak-perandakan kepimpinan Daim sebagai Ketua Bahagian di Merbok.

Daim yang begitu banyak berjasa di Merbok telah menjadi mainan politik mereka ini sehingga Daim keciwa dan menarik diri dari pertandingan kerana tidak mahu berlaku puak-puak dan kumpulan di dalam UMNO Merbok.

Cerita yang sebenarnya bermula sejak dari awal kemasukan Daim sebagai Senator ke Bahagian Merbok. Daim telah ditentang habis-habisan oleh kumpulan Datuk Zainol Abdin Johari, Ketua Bahagian dan Tajul Urus Mat Zain yang merupakan Ketua Pemuda pada ketika itu.

Penentangan ini dizahirkan sehingga semua aktiviti-aktiviti Daim diboikot, pejabat serta dewan-dewan ditutup, Daim tidak langsung diberi ruang untuk bertemu ahli-ahli UMNO malah bermacam-macam tindakan politik kotor dilakukan.

Inilah akibatnya politiking di Merbok yang tidak kesudahan sehingga ke hari ini. Selagi ada saki-baki kumpulan ini sesiapa juga yang ingin turun berkhidmat secara ikhlas di Bahagian Merbok akan dipancung hidup-hidup.