Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, imej UMNO tercalar disebabkan budaya rasuah diamalkan sebahagian pemimpin dan ahlinya yang berleluasa semasa era pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau berkata, masalah tersebut timbul semasa Abdullah menjadi Presiden UMNO apabila sebahagian ahli dan juga pemimpin UMN0 tetap diberi sokongan walaupun mereka didapati secara jelas melakukan kerosakan atau terlibat dengan rasuah.
Beliau berkata, perkara itu berlaku mungkin kerana pemimpin terlibat menerima sogokan dalam bentuk wang, kontrak atau kerana takut kepada pemimpin mereka.
“Kalau kita bertindak dalam politik berasaskan kepentingan diri bukan kerana kepentingan bangsa, agama dan tanah air, maka sudah tentulah kepentingan bangsa dan tanah air akan rosak dan matlamat tidak tercapai,” katanya pada satu sidang media selepas menyampaikan ucaptama bertajuk Ketuanan Melayu di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, di sini, semalam.
Sehubungan itu, beliau menyarankan agar setiap ahli dan pemimpin UMNO bersungguh-sungguh menangani gejala rasuah dalam parti sekiranya mereka ingin melihat parti itu terus relevan dan diterima rakyat.
Dr Mahathir menegaskan, jika ada pemimpin UMNO yang melakukan sesuatu bertentangan dengan peraturan dan etika, maka ahlinya mesti berani membuat teguran.
Menyahut seruan ini MT akan terus menegur dan bersuara. Perasuah tidak harus diberi laluan untuk menjadi pemimpin atau Ketua Bahagian.
Jika perasuah memegang tampuk kuasa maka tidak mustahil parti menjadi barang dagangan dan ahli-ahli UMNO yang ikhlas dan tidak berdosa dijadikan pertaruhan.
Inilah yang terjadi di Merbok. Old Town Kopitiam di Taman Lagenda menjadi segala saksi kepada segala rasuah pada malam sebelum mesyuarat perwakilan bahagian.