06 October, 2009

Pegangan prinsip Tun M sukar digoyah

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, imej UMNO tercalar disebabkan budaya rasuah diamalkan sebahagian pemimpin dan ahlinya yang berleluasa semasa era pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau berkata, masalah tersebut timbul semasa Abdullah menjadi Presiden UMNO apabila sebahagian ahli dan juga pemimpin UMN0 tetap diberi sokongan walaupun mereka didapati secara jelas melakukan kerosakan atau terlibat dengan rasuah.

Beliau berkata, perkara itu berlaku mungkin kerana pemimpin terlibat menerima sogokan dalam bentuk wang, kontrak atau kerana takut kepada pemimpin mereka.

“Kalau kita bertindak dalam politik berasaskan kepentingan diri bukan kerana kepentingan bangsa, agama dan tanah air, maka sudah tentulah kepentingan bangsa dan tanah air akan rosak dan matlamat tidak tercapai,” katanya pada satu sidang media selepas menyampaikan ucaptama bertajuk Ketuanan Melayu di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, di sini, semalam.

Sehubungan itu, beliau menyarankan agar setiap ahli dan pemimpin UMNO bersungguh-sungguh menangani gejala rasuah dalam parti sekiranya mereka ingin melihat parti itu terus relevan dan diterima rakyat.

Dr Mahathir menegaskan, jika ada pemimpin UMNO yang melakukan sesuatu bertentangan dengan peraturan dan etika, maka ahlinya mesti berani membuat teguran.

Menyahut seruan ini MT akan terus menegur dan bersuara. Perasuah tidak harus diberi laluan untuk menjadi pemimpin atau Ketua Bahagian.

Jika perasuah memegang tampuk kuasa maka tidak mustahil parti menjadi barang dagangan dan ahli-ahli UMNO yang ikhlas dan tidak berdosa dijadikan pertaruhan.

Inilah yang terjadi di Merbok. Old Town Kopitiam di Taman Lagenda menjadi segala saksi kepada segala rasuah pada malam sebelum mesyuarat perwakilan bahagian.

6 comments:

  1. MERBOK DARUL RASUAH.

    1.Banyak ahli ahli UMNO Bahagian Merbok tidak tahu dari mana punca Ketua Bahagian mendapat WANG yang sebegitu banyak yang telah beliau taburkan semasa PRU 12 dan Pemilihan UMNO pada tahun lepas.

    2. CEO Kedah Corp yang juga merupakan Lembaga Pengarah beberapa anak syarikat Kerajaan Negeri Kedah pada zaman pemerintahaan Mahadir Khalid adalah orang yang cukup berkuasa dan berpengaruh dalam lingkaran kuasa (inner circle)Mahadir Khalid.

    3.Projek negeri datang mencurah curah kepada Kedah Corp antaranya pemberian konsesi balak dimana balak balak perlu ditebang disepanjang LEBUH RAYA BARU DURIAN BURUNG ,PADANG TERAP KE BALING.Balak habis langsai ditebang tetapi Kedah Corp pemegang konsesi tidak mendapat apa apa keuntungan. Siapa yang dapat wang hasil jualan balak balak tersebut yang bernilai berjuta juta ringgit ? syarikat mana yang diamanahkan untuk menebang dan menjual balak balak tersebut dan berapa nilainya ?

    4.Ramai tahu jawapannya, begitu juga Kerajaan Pas sekarang,mereka pun tahu jawapannya dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk membawa PENYANGGAK PENYANGGAK ini ke Mahkamah.

    ReplyDelete
  2. kjaan pas skg pun sama jga dok tebang balak rata2 tempat, yang anehnya cerita org jual mv agusta(sykt motosikal) tu hilang kemana dah tak ada berita, kes ni sapa nak buka balik supaya rakyat benar2 tau psai pa depa jual murah sgt spi budak sekolah pun boleh bli, hrap tun boleh buka kes ini sbb tun dah ada pejabat di proton, soal rasuah politik cuba hampa bagi tau ketua bahagian mana yg tak bagi duit dlm negeri kedah ni,rasanya tempat lain lgi hebat drp bhg merbok tpi depa tak bising pun, tnya lah sik ke, baling ke, sg petani ke, dll

    ReplyDelete
  3. hampa pengecut, pdai cakap banyak je, klu brani tlg buat repot BPR / SPRM , bru bleh cari bukti dan bleh dakwa dimahkamah,tajul sblm jadi ketua bahagian ekonimi dia dah ok, maildaut sj yg tak brapa ok ekonominya hnya makan gaji, utk kluarga blehla tp utk nak sara rakyat susah la,

    ReplyDelete
  4. SALAM TUAN,,,

    BUJANG KAT MANA TU?...LA NI DOK DI BUJANG LAGI KA?...SAYA DOK DKAT KG TANDOP BATU...

    ReplyDelete
  5. anti pemberi dan penerima rasuahOctober 7, 2009 at 11:39 AM

    Salam untuk Anon 6 okt 11.02pm dan anon 11.09 pm,

    Ada beza antara Kerajaan Pas dan Kerajaan BN pasca Det Khalid , mantan MB Kedah tak buat open tender untuk konsesi balak dan beliau serah kepada rakan rakan dia melalui direct negotiation.Hasilnya ialah hanya RM 5 JUTA yang kerajaan negeri dapat manakala Kerajaan Pas buat 'OPEN TENDER dan mereka memperolehi RM 30 JUTA.

    Siapa yang untung ? tentu sekali rakan rakan kroni mantan MB Kedah dan apa jadi kepada Kerajaan negeri kedah , MUFLIS LA !

    Jangan bimbang ALLAH akan balas kepada sesiapa sahaja makhluknya yang tidak jujur didalam amanah yang diberikan kepadanya untuk mentadbir bumi ALLAH ini.Tunggu dan lihat !

    ReplyDelete
  6. kita nak tahu kemana wang RM30j tu dibelanjakan? ketabung pas kah? ke taski kah? atau kemana2? jawapan ini sangat penting, lepas tu baru rakyat dapat tahu perkara sebenarnya yang berlaku, jgn kita selindung dengan angka......... itu taktik dan strategi bagi kabur mata org ramai saja,balak krajaan pas dan balak bn dulu memang saiz tak sama ada 12" diameter ada 24" diameter dan sebagainya, BN bawah det kalid memang la ada masalah kerana dia memerintah bersama2 sahabat2nya s/u politik ali yahaya,pegawai2 khasnya rawi,shahanim,azmi che husin,dll , kena la cari org lain sama-wallahualam

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.