UMNO yang dulu menjuarai perjuangan mempertahankan maruah Melayu dan Islam kini nampaknya tak boleh diharap lagi.
Apabila maruah mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dicabar oleh Lim Kit Siang mempertikai kewibawaan kepimpinan TDM yang selama 22 tahun yang kononnya boros meleburkan RM100 billion dengan membawa segala pembangunan yang ada hari ini. Nampaknya UMNO diam sahaja.
Kepimpinan UMNO yang ada hari ini langsung tidak sensitif maruah pemimpin Melayu mereka cabar. Mereka lebih sibuk menjaga kepentingan jawatan, harta dan kuasa mereka yang hanya tinggal tidak seberapa lagi.
Jika dahulu mereka bangun bertepuk bersemangat setiap kali TDM menyampaikan ucapan dalam perhimpunan agung UMNO sehingga gegar PWTC dengan suara Melayu ketika itu, hari ini mereka seperti lemah dan longlai.
Jika dahulu perwakilan mereka bercakap berdegar-degar jika mana-mana pemimpin Melayu yang dicabar hari ini mereka langsung bisu dan kelu.
Mungkin kerana tiada apa-apa kepentingan untuk mereka lagi maka maruah TDM tidak perlu dibela lagi.
Itulah UMNO hari ini. Najib harus lah bersedia menghadapi dengan hippokrate-hippokrate ini yang sedang membodek naik asap dan mencium tangan beliau yang sedang berlegar-legar di sekeliling beliau hari ini.