Kerajaan Negeri Kedah meminta kerajaan persekutuan membayar pampasan sebanyak RM100 juta sekiranya mahu penebangan balak di negeri itu dihentikan.
Menteri Besar Kedah, YAB Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak menyatakan demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri Kedah di Wisma Darul Aman baru-baru ini.
Tindakan YAB Datuk Seri Ustaz Azizan selaku Menteri Besar Kedah ini tak ubah seperti kata Inggeris “putting people’s head on the chopping block” meletak kepala rakyat Kedah di atas papan pancung.
Segalanya berpunca dari kelemahan mentadbir negeri kini rakyat Kedah yang tidak berdosa pula dijadikan taruhan. Mereka tidak bijak menjana pendapatan negeri.
Sepanjang tempoh 5 tahun amanah yang diberi rakyat untuk mentadbir negeri Kedah langsung tidak membawa apa-apa pembaharuan dan pembangunan, tandus, kering dan kontang.
Misi-misi dagangan mereka banyak yang gagal akibatnya pelaburan luar tidak masuk. Dasar-dasar kerajaan negeri yang tidak konsisten membuatkan pelabur-pelabur yang sedia ada dalam negeri beralih ke negeri lain.
Perbalahan dengan pentadbir negeri seperti tidak kesudahan.
Kerajaan negeri juga tidak bijak memenafaatkan kepesatan pembangunan sektor pelancungan di Langkawi dengan mengambil initiatif untuk membawa pelancung ke tanah besar Kedah.
Contohnya dengan kemasukkan 2.8 juta (2011) pelancong ke Langkawi tidak terdapat 5% pun yang masuk ke tanah besar.
Untuk menutup kelemahan-kelemahan ini mereka megambil jalan mudah. Kawasan-kawasan hutan simpan yang merupakan khazanah alam digondol mereka hingga cerah, botak dan licin.
Akibat kerakusan ini tidak hairanlah jika berlaku tanah-tanah runtuh dan pencemaran yang tidak terkawal kawasan-kawsan tadahan air.
Spesis-spesis pokok yang dilindungi habis dibelasah, habitat flora dan fauna habis musnah. Akhirnya hutan hujan tropika akan menjadi padang jarak padang terkukur.
Generasi muda hari ini mungkin tidak akan merasai akibatnya tetapi impaknya pasti akan dapat dilihat lima hingga ke sepuluh tahun yang akan datang.
Sesungguhnya memenangi pilihanraya tidak membawa apa-apa makna jika kepimpinan dan pentadbirannya tidak bijak dan cerdik menguruskan kesejahteraan rakyat.
Sungguh trajis, Kedah Sejahtera akan berakhir menjadi Kedah Sengsara.