17 June, 2010

Sultan Brunei menceraikan Azrinaz Mazhar hakim

Memetik sumber rakan blogger www.mybloghub.my Sultan Brunei menceraikan isteri ketiganya :

Sultan Brunei, Sultan Hasanal Bolkiah, 63 menceraikan Azrinaz Mazhar Hakim semalam. Baginda mengahwini Azrinaz, bekas wartawan penyiaran TV3, lima tahun yang lalu (2005).

Azrinaz, 30 mempunyai dua orang cahaya mata dengan Sultan Brunei, seorang lelaki (dilahirkan setahun selapas perkahwinan mereka pada 2005) dan seorang anak perempuan yang dilahirkan pada 2008.

Perceraian itu diumumkan oleh stesen radio dan televisyen rasmi Brunei petang semalam (Rabu – 16 Jun 2010).Tidak ada sebarang maklumat lanjut diberikan akan mengapa Sultan Brunei bertindak menceraikan Azrinaz namun kisah perpisahan pasangan berkenaan sudah lama tersebar di negara kecil berkenaan.

Azrinaz merupakan isteri baginda yang ketiga. Kekayaan Sultan Brunei ditafsir sekitar USD20 bilion.

1 comment:

  1. Tidaklah panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari.

    Kekayaan bukannya lambang kebahagian.Kekayaan hanyalah lamunan sementara ujian di antara persimpangan kejujuran dan tamak haloba.

    Ratu Balqis tunduk beriman kepada Allah apabila istananya dibawa Sulaiman dalam sekelip mata.

    Hanya Allah yang MAHA KAYA, KEKAL, PENGASIH DAN PENYAYANG.

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.