Sime Darby membuat kejutan lagi. Kejutan yang lepas adalah apabila mereka ingin mengambil-alih Institut Jantung Negara. Hasrat ini membuat degupan jantung-jantung rakyat bawahan berdegup kencang kerana bimbang akan dinaikkan kos rawatan kerana KPI di dalam perniagaan adalah “profit and loss”.
Apabila mendapat tentangan hebat dari bebagai pihak bagai puting beliong dibuatnya, mereka menarik balik cadangan tersebut. Situasi menjadi reda dan jantung kembali berdegup tenang.
Hari ini Sime Darby, sebuah konglomerat kebanggaan negara yang mana pemegang sahamnya mewakili lebih 10 juta rakyat negara ini, telah meletupkan “time bomb”nya apabila mengisytiharkan kerugian sebanyak RM1.63billion.
Berpunca dari kerugian ini, Presiden dan Group CEO nya Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid secara terhormat disuruh bercuti. Ada juga suara dan desakkan yang meminta keseluruhan Ahli-ahli Lembaga Pengarahnya harus juga bertanggung jawab termasuk Pengerusinya Tun Musa Hitam, bekas TPM.
Hakikatnya apabila syarikat mengalami kerugian yang sebegitu besar maka akan berlaku “ripple effect” kepada pelaburan-pelaburannya yang lain, khususnya penglibatan Sime Darby di dalam pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (Northern Corridor Economic Region).
Amalan meletak bekas-bekas pemimpin politik, Ketua Setiausaha Negara dan tokoh-tokoh pencen Jeneral-Jeneral ATM, Ketua Polis dsbnya sebagai Pengerusi GLC-GLC ini harus dikaji kembali kerana mereka bukannya “business minded” hanya “allowance oriented”.
Apabila berlaku kerugian yang sebegini besar, adalah amat hina menjadi Pengerusi di dalam sebuah konglomerat yang rugi dan lebih baik menjadi Kerani di dalam sebuah syarikat kecil yang untung.