14 April, 2011

DS Najib lulus pembinaan mesjid baru Kampung Sungkop

Datuk Arzmi Hamid di samping pengundi muda. - pic ihsan spmc-club
Kampung Sungkop yang terletak di dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau dan Kawasan Parlimen Merbok akan memperolehi sebuah mesjid baru yang bernilai RM1.5 juta hasil usaha bekas Wakil Rakyat Tanjung Dawai, Datuk Arzmi Hamid.

Perhubungan akrab Datuk Arzmi Hamid dengan PM DS Najib ternyata telah membuahkan hasil yang baik bukan sekadar rakyat Kampong Sungkop sahaja tetapi kepada seluruh masyarakat Bukit Selambau.

“Apabila pihak pentadbiran UMNO Bahagian Merbok gagal membantu kami, pihak kami telah membawa permohonan projek ini kepada Datuk Arzmi dan berkat usaha beliau membawa permohonan ini kepada PM maka alhamdullillah berjaya juga akhirnya” kata salah seorang AJK JKKP Kampung Sungkop.

Menurut beberapa rakan di bahagian Merbok, pentadbiran bahagian gagal menangani banyak isu-isu rakyat kerana pertelingkahan di dalam bahagian itu yang tidak berkesudahan sehingga hari ini.

Sehingga ada yang meramalkan PRU13 yang akan datang kawasan Merbok akan terus menjadi jajahan takluk PKR dan PAS kerana UMNO gagal berfungsi untuk menjadi juara rakyat.

“Juara Rakyat” kepada mereka hanyalah kata-kata retorik sebagai halwa telinga kepada pengunjung tegar kedai kopi di kampung.