04 September, 2009

Berapa ramai jentera UMNO Merbok yang akan turun ke Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan?

Berapa ramai jentera yang akan turun berkempen ke PRK DUN Bagan Pinang semuanya bergantung berapa banyak fulus yang akan turun. Kalau banyak fulus banyaklah jentera dan rombongan yang akan turun.

Kerana kempen sekarang ini tidak akan berkesan jika hanya memakai air lior sahaja. Apabila dah masuk Negeri Sembilan maka tidak sah kalau tidak pergi membeli-belah di Nilai khasnya kaum wanita.

Datuk Tajul mula bekerja setelah mendapat teguran dari Merbok Times

(courtesy - kbmerbok.blogspot.com)

MT ingin ucapkan tahniah kepada Ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Mat Zain nampaknya menerima teguran yang membina dari MT untuk mempergiatkan aktiviti imarah Ramazan.

Teguran yang positif ini menampakkan ada hasil-hasilnya apabila Datuk Tajul sedang sudah mula mengadakan program buka puasa di beberapa tempat.

MT mengalu-alukan setiap prorgam khasnya yang menyentuh rakyat untuk diumumkan dalam blog ini.

Keutamaan mestilah diberi kepada pengundi atas pagar bukana setakat orang-orang UMNO sahaja. Kerana untuk menang pilihanraya yang penting ialah pengundi atas pagar, generasi muda, pengundi baru dan wanita.

Semoga usaha Datuk Tajul ini akan berkekalan sehingga tarikh pilihanraya akan datang kerana Dr Hamdan Khalib, ADUN Tg Dawai cukup aktif turun kawasan, perkembangan aktiviti beliau cukup "up to date" dan blog beliau sentiasa diupdate selalu. Cuba layari blog Dr Hamdan www.aduntgdawai.blogspot.com.

Seruan terakhir MT ialah bersainglah dengan PAS, Dr Hamdan bukan nya menentang teguran MT.

Tulisan Daim menjadi realiti hari ini


Tulisan Tun Daim "Orang Melayu Hilang Keberanian" yang tersiar dalam akhbar Mingguan Malaysia pada 10/3/1996 jelas mendapat perhatian semua pihak khasnya Melayu UMNO.

Daim telah menyentuh bagaimana kebimbangan beliau apabila Melayu itu begitu sinonim dengan UMNO dan apa yang dibuat oleh UMNO semua dianggap baik oleh orang Melayu.

Pandangan Daim jelas kontemporari dan ini terbukti hari ini apabila UMNO tergugat Melayu juga tergugat. Daim juga bersetuju dengan pandangan Kadir Jasin bahawa semua Ketua-Ketua UMNO mahu menjadi MT UMNO kerana ada balasan. Bila menang mereka akan dilantik menjadi Menteri, Timbalan Menteri dan setidak-tidaknya Setiausaha Parlimen.

Kalau kuota habis mereka akan dilantik menjadi Pengerusi badan-badan berkanun atau pun GLC dalam terma sekarang.

Daim juga menyentuh Melayu mahu kaya cepat tanpa berusaha dan mementingkan kekayaan. Mereka lebih suka tidak diganggu asal periuk nasi selamat.

Ini jelas apa yang disuarakan oleh Tun Daim pada tahun 1996 telah berlaku hari ini.