04 September, 2009

Tulisan Daim menjadi realiti hari ini


Tulisan Tun Daim "Orang Melayu Hilang Keberanian" yang tersiar dalam akhbar Mingguan Malaysia pada 10/3/1996 jelas mendapat perhatian semua pihak khasnya Melayu UMNO.

Daim telah menyentuh bagaimana kebimbangan beliau apabila Melayu itu begitu sinonim dengan UMNO dan apa yang dibuat oleh UMNO semua dianggap baik oleh orang Melayu.

Pandangan Daim jelas kontemporari dan ini terbukti hari ini apabila UMNO tergugat Melayu juga tergugat. Daim juga bersetuju dengan pandangan Kadir Jasin bahawa semua Ketua-Ketua UMNO mahu menjadi MT UMNO kerana ada balasan. Bila menang mereka akan dilantik menjadi Menteri, Timbalan Menteri dan setidak-tidaknya Setiausaha Parlimen.

Kalau kuota habis mereka akan dilantik menjadi Pengerusi badan-badan berkanun atau pun GLC dalam terma sekarang.

Daim juga menyentuh Melayu mahu kaya cepat tanpa berusaha dan mementingkan kekayaan. Mereka lebih suka tidak diganggu asal periuk nasi selamat.

Ini jelas apa yang disuarakan oleh Tun Daim pada tahun 1996 telah berlaku hari ini.

5 comments:

  1. "ORANG MELAYU HILANG KEBERANIAN ATAU ORANG MELAYU PENGECUT"

    Selepas 13 tahun kenyataan Tun Daim saya lihat Melayu bukan lagi hilang keberanian tetapi telah menjadi melayu PENGECUT ! Melayu mana yang pengecut ? Melayu UMNO,Melayu PAS atau Melayu PKR ?

    Yang ketara ialah Melayu UMNO,rata rata Pemimpin UMNO dari peringkat Cawangan ,Bahagian,Negeri dan Ahli Majlis Tertinggi kelihatan tidak berani bersuara dalam banyak isu isu penting yang melibatkan kepentingan Melayu.Antara isu yang sering disentuh oleh kaum pendatang ialah berkenaan Hak hak istimewa melayu,bahasa melayu, agama Islam,kontrak sosial,Dasar Ekonomi Baru,PERLEMBAGAAN MALAYSIA dan banyak lagi.

    Kenapa mereka begitu takut untuk bersuara dan mempertahankan apa yang telah termaktub didalam Perlembagaan Malaysia,jawabnya ialah seperti yang Tun Daim katakan "mereka ini lebih suka tidak diganggu asal periuk nasi selamat".

    Saya lihat lebih dari itu,mereka jadi begini kerana mereka lebih mementingkan diri sendiri terutama didalam mengejar pangkat dan jawatan dalam parti.Dengan jawatan mereka boleh kejar projek dari Pemimpin atasan dan kalau tak dapat mereka akan menguggut hingga dapat.Menjadi kaya dan mengumpul wang dengan sebanyak banyaknya menjadi matlamat mereka.Bangsa boleh pergi jahanam,yang cakap banyak mereka akan beli dengan ringgit untuk tutup mulut.

    Berlain dengan Melayu PAS mereka cukup TAAT kepada Parti dan TAKSUB kepada Pemimpin mereka,jawatan dan wang tidak penting yang penting mereka mahu dapat kuasa terlebih dahulu.Untuk dapat kuasa mereka akan lakukan apa saja hatta boleh duduk semeja dengan Parti Cina yang rasis dan anti agama Islam.

    Melayu Pas telah berubah,berubah dengan cukup drastik dan meninggal jauh Melayu UMNO kebelakang.Demi kuasa mereka sanggup katakan Tanah Melayu ini bukan untuk Melayu ianya untuk semua bangsa tak kira CINA,INDIA atau apa apa bangsa.

    Sungguh malang bagi melayu UMNO,mereka masih tidak sedar dan ashik bertelagah sesama sendiri dan semuanya berpunca dari merebut pangkat, jawatan dan kekayaan.

    Mungkin Melayu UMNO telah lama berkuasa,telah menjadi tua,uzur dan perlu ditukar seperti apa yang berlaku kepada Parti LDP di Jepun.

    ReplyDelete
  2. Setuju dengan pendapat 1 Melayu.

    Orang-orang Melayu sekarang ini, tak kira dari parti politik mana, sudah hilang maruah diri, sudah tumpul semangat juangnya, sudah kabur tentang asal usulnya, sudah terpadam matlamat perjuangan bangsanya !

    Melayu sekarang seolah-olah dibuai mimpi, seolah-olah merasakan bahawa semuanya masih selesa dan selamat. Dahulu orang Melayu masih dapat berbangga dengan 'kuasa politik' di tangannya. Sekarang sedikit demi sedikit, tanpa disedari atau tidak,kuasa politik ini sedang dihakiskan oleh puak yang memang dari dulu lagi mahu menjahanamkannya !

    Kerana taksub dengan niat hendak mendapat kuasa mutlak, ia itu untuk memerintah negara, ada orang-orang Melayu sanggup menjual maruah dirinya, gadai prinsip perjuangan partinya dan sanggup bersekongkol dengan musuhnya ! Yang anihnya, orang yang diharam untuk 'berkawan' satu ketika dahulu, dipeluk akrab oleh mereka dewasa ini.

    Itu satu hal. Tetapi yang lebih menakutkan saya ialah terdapat orang-orang Melayu yang TIDAK SEDAR tentang satu "Agenda Politik" yang sudah pun digerakkan roda-roda jenteranya oleh kumpulan yang mahu menidakkan atau lebih kasar lagi, mahu merampas perkara-perkara yang sudah termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia.
    Hal-hal seperti Sosial Kontrak, Hak Istimewa Orang-Orang Melayu, Kedaulatan Raja-Raja Melayu dsb. Isu-isu seperti hak kesamarataan, penghapusan DEB, kedaulatan undang-undang, ketelusan agensi-agensi kerajaan dsb SENGAJA di timbul-timbulkan sebagai salah satu strategi 'mereka' untuk menghakiskan keyakinan rakyat kepada kerajaan. Mana-mana yang bersifat Melayu akan digambarkan sebagai buruk, lemah, tidak berkualiti, tidak profesional dan tidak boleh dipercayai. Apabila persepsi ini diterima umum, maka satu strategi dalam agenda buruk mereka sudah tercapai. Bukankan banyak lagi strategi mereka ?

    Lihatlah di sekeliling kita. Bagi yang celik, akan ternampak jelas niat buruk ini. Bagi yang ada mata TAPI tidak mahu melihat, jauh sekali mempercayainya, akan terus dihanyut arus keselesaan sehinggalah mereka dikejut tetapi terlambat. apabila tersedar menghadapi maut di air terjuan yang setinggi Niagara Falls !

    Sayang, masih ada Melayu yang TAK SEDAR !

    Serindik Desa

    ReplyDelete
  3. Sejarah mencatatkan kehancuran sesuatu tamadun itu bukannya berpunca dari musuh tetapi masaalah dalaman yang parah.

    Begitu juga Empayar Melayu yg suatu ketika digelar Kepulauan Rempah-rempahan.

    Saudagar-saudagar asing datang untuk berdagang dan membawa kemakmuran kepada Empayar Melaka.
    Empayar berpecah apabila kemakmuran hanya diagihkan kepada sesama mereka sahaja dan kekayaan berlegar-legar sesama pembesar negeri sahaja.

    Di kalangan pembesar-pembesar negeri pula ada yang tamak haloba maka berlakulah pergeseran sesama mereka.

    Begitu juga UMNO, yang akan menghancurkan UMNO ialah di dalam UMNO sendiri bukannya pembangkang.

    Koreksi dan sentalbersih harus dilakukan di dalam UMNO dahulu baru sempurna bahtera UMNO ini untuk belayar jauh.

    ReplyDelete
  4. Hidup pak tuan Syed Osman .Cantik ulasan yang diberikan.....hidup bangsaku jangn takut kepada kaum pendatang yang sedang keras kepala sekarang..Mari kita bangun menentang mereka sekarang..

    ReplyDelete
  5. Dan bila dah dapat jawatan ditindasnya pula orang2 yg sependapat dengan beliau. Ini terjadi di merbok. Kontraktor dibenar cari makan dan diblacklist. Bila disiasat rupa-rupa nya arahan ketua bahagian untuk tidak membenarkan memberi sebarang projek kepada Kontraktor ini. Sekarang bila dah pegang jawatan exco arah PPD pula untuk open tender untuk kantin sek. Padahal kantin sek kuasa gurubesar shj.Tp yg peliknya untuk1 sek shj. Sek lain kuasa gurubesar.

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.