Sesetengah barisan sesama AJK UMNO Bahagian Merbok nampaknya hilang kewarasan dan lebih bertindak emosional marah tak tentu pasal apabila ketua mereka tidak dipuja dan puji.
Ini terbukti setiap tokoh yang MT paparkan jasa-jasa mereka di sini pasti semuanya mendapat tentangan yang membabi buta dari juak-juak Ketua Bahagian.
Hampir semua tokoh yang diketengahkan dikira tidak layak oleh mereka untuk berada di Merbok dan hanya mereka yang paling layak dan sempurna untuk memimpin UMNO Bahagian Merbok.
Sebagai contohnya apabila MT singkapkan kembali jasa-jasa Tun Daim Zainudin, bekas Ahli Parlimen Merbok mereka kutuk dan hina Tun Daim. Apabila MT paparkan pula jasa dan peranan bekas Ketua Wanita Bahagian Datuk Rosnah Majid sama juga mereka bedal.
Begitu juga apabila MT siarkan visual-visual lawatan dan aktiviti Tan Sri Zainudin Maidin mereka belasah bagai kucing hilang anak.
Malah lebih parah lagi apabial MT singkapkan jasa-jasa Datuk Mokhzani Mahathir bekas Ketua Pemuda Merbok juga mereka ganyang Datuk Mokhzani seperti orang hilang akal.
Tambah menghairankan apabila MT menyiarkan kewibawaan dan ketokohan Prof Dr Ismail Daut, Timbalan Ketua UMNO Bahagian yang pernah satu kapal dengan mereka bertanding pemilhan UMNO Bahagian Merbok dahulu juga mereka ganyang Dr Ismail yang tidak berdosa dengan penuh ketololan.
Apkah ini sikap kepimpinan Bahagian yang ada hari ini? Apakah juak-juak ini hanya mengagungkan Ketua Bahagian mereka bagai dewa dari kayangan atau sempurna sangatkah ketua ini?
Atau mereka dah termakan budi sehingga tergadai body dan langsung tidak membuka minda untuk melihat jasa-jasa pemimpin lain yang lebih banyak jasa dari mereka yang asyik bercakaran dan berpolitik sesama kawan seperti keanak-anakan.
Langsung tidak menyerlah kerasionalan mereka, tidak waras, taksub dan yang sedih mereka menghentam peribadi tokoh-tokoh tersebut dengan tidak ada bukti kukuh.
Mereka juga tidak berubah dan tidak berusaha mencuba meningkatkan prestasi mereka memikul jawatan yang di amanahkan ahli UMNO kepada mereka.
wahai ahli umno yang bijaksana kalau beginilah sikap orang melayu merbok yang suka kepada kejatuhan melayu yang mana merosakan semua pemimpi kerana ketidakpuasan hati.. alamt semua ornag melayu akan tergadai..
ReplyDeleteayuh kita lupakan seketika ketidakpuasan hati.. kita rapatkan saf semula yang telah rapuh... kita kuatkan benteng pertahanan dan kita serang semula siapa sahaja musuh Negara, agama, raja dan bangsa Melayu...
Ayuhlah orang melayu yang bijaksana kembali berganding bahu
Apa yang saya amati artikel2 dalam MT ni banyak menyentuh tentang profile pemimpin2 yang tertentu sahaja..seolah2 tidak ada lagi pemimpin lain yang terdahulu dan terkini yang pernah dan masih berjasa pada Merbok...MT banyak menyentuh kepada pemimpin2 @ tokoh yang berprofile/berprofit tinggi je spt Tun Daim,D' Rosnah Majid,D'Zam,D'Mokhzani...tetapi malangnya mcm bekas2 KP spt Mi Lawyer/Karim Ali, KW Kak Kiah, KB Tok Mi/Pak Njang Badri x pernah pun disiarkan dalam MT..x ada pun gambar tokoh2 ni..ataupun MT sengaja x siarkan mereka ini kerana mereka adalah tokoh low profile/low profit..
ReplyDeleteMenyentuh mengenai Dr Ismail Daut..jikalau/andaikata terjadinya PRK Parlimen Merbok dalam masa terkini, adakah DID mahu/sanggup untuk menjadi calon????I don't think so..sbb gaji Prof lebih banyak dari gaji AP..x sayang kerja ke!!!..jikalau bertanding juga adakah anda pasti kemenangan akan berpihak kepada BN...ibarat membuang tangga menghayun kaki..dengar guruh dilangit air tempayan dicurahkan..kalau dahulu BN letak calon Tokei Belacan kat Tanjung Dawai pun mesti menang..tetapi sekarang letak calon Tokei Lampu belum tentu menang...DID mesti ingat di menjadi TKB Merbok pun kerana sekapal dengan DTUMZ..kalau x bawak belum tentu dia boleh menang..
itulah.. MT hentam orang takpa.. kalau org jawab balik kata pula melempar tuduhan membabi buta,membabi pekak... abis tu MT saja yang betul. Tutup saja lah blog lagu ni.. takdak pekdah kalau cuma nak merosakkan UMNO. lebih banyak rosak dari baiknya. tajul dok menyeru kepada perpaduan . MT dok perangat bagi rosak..
ReplyDeleteApa kejadah .
MT terdiari daripada Zahran,Syed Osman dan Mazlan....... depa ni macam ketam nak suruh org jln bagi betul?poraahhhhhhhh.......
ReplyDeleteDulu aku jarang masuk MT..tapi bagus jugak ada blog ni,banyak ilmu yg aku dapat daripada blog ni..baik atau pun buruk..pada aku ianya tetap ilmu...Penulis MT juga manusia biasa,mungkin ada kelompok yg disukai atau pun kurang digemari...(aku tak kata dibenci.Kalau benci kenapa nak susah2 dan buang masa ujudkan blog ni) mungkin kerana terdapat ketidakpuasan hati yg tidak dapat diluahkan...nahh...inilah lapangannya...semua peringkat usia boleh berkumpul disini...syabas MT..
ReplyDelete(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan)format by AKJ
ReplyDeleteUntuk makluman MT masih ada lagi anon tanpa nick dibenar membuat komen. Jadi apakah ertinya disclaimer diatas?
Detguag,
ReplyDeleteTerima kasih atas teguran. Akan MT kuatkuasakan serta merta disclaimer di atas.
Ini telah MT bawa kepada unit disclaimer dan depa akan kuatkuasa segera.
Kerana mereka terlepas pandang kerana mereka juga ditugaskan memantau 100 blog satu hari.
Terima kasih.
Assalamualaikum sahabat-sahabat di Merbok !
ReplyDeleteTelah menjadi satu trend, satu budaya baru, malah semacam satu 'kegilaan' untuk masyarakat berblog dan berinteraksi di dalamnya. Ini tidak menjadi satu kesalahan. Sesungguhnya ia memberi satu ruang dan peluang yang luas untuk kita berinteraksi.
Akan tetapi ruang dan kebebasan ini tidak harus disalahgunakan.Bukan sahaja di MT, malah di beberapa blog lain pun serupa juga. Apabila orang tidak menghormati dan menghargai kebebasan, maka akan terlahirlah posting-posting atau komen-komen yang garis pemisahnya, , di antara kebenaran dan fitnah, begitu tipis sekali; susah hendak dibezakan ! Yang berwajah 'fitnah' hendak diterima sebagai benar dan sebaliknya yang memang betul hendak pula dicorakkan sebagai 'ragu'. Marilah kita doakan agar keseronokan ini hanya bersifat sementara !
Mungkin apa yang dibentang oleh MT sejak ia dimulakan ada tujuan dan matlamatnya. Dan sudah tentu setiap pembentangan akan mendapat reaksi yang berbeza. Dan sudah pasti juga persetujuan atau penentangan akan dipengaruhi oleh selera seseorang 'pengkomen' itu, samada dia menyokong atau tidak. Tapi walaupun kita cuba menghalalkan tindakan atau komen-komen kita atas nama demokrasi, kita jangan sesekali menodai kemurniaan dan kesucian demokrasi dengan kata-kata kesat, lucah, kotor, fitnah, tuduhan-tuduhan yang tak berasas, persepsi-persepsi yang tak berlapik kepada bukti dan fakta, andaian-andaian yang hanya beralas kepada cerita-cerita yang kita dengan-dengar dari mulut ke mulut ...... dan sebagainya. Ya lah, sebagai manusia kita akan terus mempercayai cerita yang memburuk-burukkan orang yang tidak sehaluan dengan kita. Dan sebaliknya !
Satu cadangan kepada MT. Elok juga sekiranya , MT wujudkan satu sistem saringan atau tapisan supaya komen-komen yang bercorak " kotor bahasanya, lucah ceritanya, fitnah firasatnya dsb" TIDAK DISIARKAN langsung ! Penapisan ini dilakukan oleh banyak blog dan website lain bertujuan antara lain, untuk mengwujudkan perbahasan dan komen yang lebih matang, berobjektif dan cerdik.
Salam.
Serindik Desa
Serindik Desa,
ReplyDeleteMT ucapkan terima kasih di atas cadangan SD
itu.
Pada awalnya MT tidak bercadang untuk menapis komen-komen ini atas dasar kebebasan bersuara dan amalan demokrasi terbuka.
MT beranggapan kematangan, kedewasaan, pekerti yang mulia dan akhlak yang tinggi yang telah dididik oleh ayah dan ibu kita dahulu akan menjadi garis panduan mereka-mereka untuk berbicara dan meluahkan pendapat.
Akan MT laksanakan cadangan Serindik Desa itu.
Terima kasih Merbok Times kerana menerima cadangan saya !
ReplyDeleteDibuat cadangan saringan atau penapisan itu semata-mata untuk (i) memberi kualiti kepada MT itu sendiri (ii) memulakan satu trend interaksi yang lebih matang, bernas, intelektual dan lebih berobjektif.
Selamat maju jaya !
Serindik Desa
Realitinya UMNO juga dihuni oleh kebanyakan ahli yang berkepentingan dan mempunyai agenda peribadi sehinggakan agenda membela rakyat diketepikan.Rakyat dapat melihat semua permainan politik kotor ini dan menyebabkan mereka menolak UMNO.Tersangat sedikit ahli yang berkualiti pejuang UMNO sejati yang ihklas berkhidmat kepada parti demi bangsa dan agama.
ReplyDeleteHakikatnya jika UMNO mahu diterima semula oleh rakyat,kudis dan kuman didalam UMNO ini perlu dibuang segera.