10 February, 2010

Banker DS Anwar Ibrahim ditawar kontrak besar di UAE.

Di dalam suasana kekalutan, kecelaruan dan haru-biru Anwar Ibrahim berhempas pulas menegak benang basah di mahkamah kerana didakwa melakukan perbuatan terkutuk amalan kaum Lut terhadap Saiful Bukhari, penjaga kantung wangnya Datuk Ahmad Nazri Abdullah juga sibuk meraih projek jutaan ringgit di Timur Tengah.
Ahmad Nazri Abdullah merupakan jutawan hasil serakah projek-projek pengswastaan Kerajaan Malaysia semasa DS Anwar Ibrahim berkuasa sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Mereka inilah yang menjaga kantung wang Anwar Ibrahim di luar Negara. Malah mereka bukan setakat menjaga tetapi juga bertanggung jawab memberanakkan wang-wang ini di dalam pelaburan-pelaburan yang strategik dalam pasaran wang di luar negara. Hasil dari perolehan inilah yang dijana untuk membersih kekotoran politik Anwar Ibrahim.

Hari ini syraikat Radicare (M) Sdn Bhd yang pemegang saham terbesarnya Datuk Ahmad Nazri Abdullah telah ditawarkan kontrak jutaan ringgit di UAE.

DUBAI, 10 Feb (Bernama) -- Penyedia pengurusan kemudahan bersepadu Radicare (M) Sdn Bhd berharap dapat memperoleh kontrak perkhidmatan tiga tahun bernilai hampir 100 juta dirham (RM93.4 juta) melibatkan kemudahan kesihatan tentera di Emiriah Arab Bersatu (UAE). Penerokaan Radicare di Timur Tengah diterajui oleh anak syarikatnya Modern Technology Ltd.
"Ia adalah sebuah kontrak yang besar bernilai kira-kira 33 juta dirham setahun bagi 24 kemudahan seumpama itu di seluruh UAE," kata Pengurus Besar Modern Technology Zuhairi Yusoff kepada Bernama dalam satu temu bual baru-baru ini di sini.
"Kami diberitahu oleh pihak berkuasa terbabit bahawa kami merupakan pembida terendah tetapi dengan keupayaan teknologi yang baik," katanya.


Modern Technology merupakan satu daripada syarikat yang dibawa oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) menyertai pameran Arab Health 2010 pada akhir bulan lepas.


Zuhairi berkata Radicare juga menyasar kontrak yang sama di negara-negara seperti Lebanon, Libya dan Arab Saudi.
Penerokaan pertama Radicare ke pasaran Timur Tengah bermula pada 2008 apabila Modern Technology dilantik untuk menyenggara beberapa kemudahan di bawah Ras Al Khaimah Medical Zone.
Setahun kemudiaannya, ia memperoleh satu lagi kontrak daripada Kementerian Kesihatan UAE merangkumi pusat penjagaan kesihatan yang terletak di Dubai Medical District.


Modern Technology yang menawarkan kebanyakannya perkhidmatan penyenggaraan kejuruteraan bioperubatan juga terlibat dalam sektor penjagaan kesihatan swasta di Dubai dan Sharjah.


Radicare, anggota kumpulan syarikat Realmild menawarkan perkhidmatan dalam pengurusan sisa klinikal, perkhidmatan pembersihan, perkhidmatan linen dan dobi, penyenggaraan kejuruteraan kemudahan serta perkhidmatan penyenggaraan kejuruteraan bioperubatan. -- BERNAMA

 

08 February, 2010

Depa nak londeh seluar dalam pulak...

SHAH ALAM: Female students in higher-learning institutes here are being persuaded not to wear panties on Valentine’s Day as an expression of true love for their boyfriends.
The “no-panties promotion”, being held for the first time, has apparently been gaining interest among the students, who are passing the news by word-of-mouth.Two students in their 20s from Shah Alam, known only as Ummi and Melissa, said they were aware of the “promotion.”

“I feel it is personal,” said Ummi with a smile.“Valentine’s Day is a good time to express one’s love. And, what we use or don’t use is our right, our freedom. But we will do what is right. It’s a new world now.”

Melissa claimed that there was already a large group who planned to go ahead with it.“We will know how many by Valentine’s evening.”

State Islamic Affairs Department (Jais) director Datuk Mohammed Khusrin Munawi said: “We will not allow Muslim students to be taken in by such celebrations that deviate from the teachings of Islam.” (Sumber The Star 29/1/2010)

Minta JAIS pi selak tengok sapa yang tak pakai seluar dalam pada malam tu tahan dalam lokap sebelum masuk angin.

06 February, 2010

Mokhzani tak mau terlibat dengan AP lagi

“I voluntarily terminated my agreement with Porsche, so Sime Darby could take it up. I want to get away from the AP (approved permit) and import of car business." Mokhzani Mahathir.

Tindakan Mokhzani melepaskan hak eksklusif mengimpot kereta Porche kepada Sime Darby kerana tidak mahu lagi terlibat dengan isu-isu AP dikira satu tindakan bijak dan ikhlas.

AP merupakan isu sentitif dan ia juga berpunca perbalahan Tun M dengan Rafidah sedikit masa dahulu. AP juga sering dikaitkan dengan ekonomi Melayu dan ramai juga jutawan-jutawan Melayu yang kaya-raya hari ini bermula dari hasil dari AP.

Mungkin selepas ini Mokhzani akan mempunyai masa dan ruang untuk politik Merbok. Memimpin politik Merbok yang sedang dilanda Garuda.

02 February, 2010

Ahli Parlimen Merbok, Rashid Din ADA SEPERTI TIADA.

Ahli Parlimen Merbok, YB Datuk Rashid Din akan mendirikan lebih banyak papantanda besar dalam seluruh Kawasan Parlimen Merbok sebagai tanda gah kehadiran PKR dalam kawasan tersebut.

Ini adalah bukti yang nyata bahawa rakyat tidak tahu kewujudan beliau sebagai wakil rakyat malah langsung tidak membawa apa-apa hasil kepada pengundi-pengundi dalam kawasan Merbok.

Dalam lain perkataan “ADA SEPERTI TIADA DAN TIADA LEBIH BAIK DARI ADA, KERANA YANG ADA LANGSUNG TAK BERGUNA”.

Jasa dan impak penjenamaan yang telah dipahat oleh bekas-bekas Ahli Parlimen Merbok yang terdahulu seperti Tun Daim Zainudin dan Tan Seri Zainudin Maidin terbukti meninggalkan kesan yang mendalam dalam sanubari pengundi kawasan tersebut dan sukar dihakis serta ditandingi oleh Datuk Rashid Din.

Tambah kartun lagi Rashid Din pula terikut-ikut dengan gaya lapuk UMNO untuk hanya memasang papan-papan tanda besar sebagi “show” dan “window dressing” bagi menyatakan beliau wujud.

Hakikat yang sebenarnya apa yang pengundi mahu bukannya papan tanda tetapi sentuhan peribadi menangani isu-isu dalam kawasan serta membawa pembangunan yang bermakna kepada rakyat.

Sampah sarap dalam taman-taman, longkang busuk dan tersekat dalam taman-taman memerlukan perhatian dari wakil rakyat.

Kalau isu-isu tersebut pun gagal diatasi mana mungkin Rashid Din mampu membawa pembangunan yang besar sedangkan sebatang titi pun belum terbukti.