31 October, 2012

BEKAS PENGERUSI KEDAH CORPORATION JAWAB FITNAH USTAZ AZIZAN

Kenyataan akhbar Bekas Pengerusi KCB sambil dijeling oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Merbok
SUNGAI PETANI - Bekas Pengerusi Eksekutif Kedah Corporation Berhad (KCB) Datuk Tajul Urus Mat Zain menafikan dakwaan bahawa projek 99East di Langkawi menyebabkan kerajaan negeri Kedah terpaksa menanggung kerugian.

Beliau berkata isu rugi tidak sepatutnya timbul kerana mengikut perjanjian, projek usahasama antara KCB dan sebuah syarikat dari Singapura, Terra Monda Development (TMD) itu, KCB hanya perlu menyelesaikan masalah tanah manakala semua bentuk pelaburan dan pembangunan akan dilaksanakan oleh TMD. 

Projek 99East bernilai RM1.2 bilion dan dibangunkan di kawasan seluas 144 hektar di Bukit Malut bermula 2007 dijangka mampu memberi pulangan RM200 juta kepada KCB, katanya kepada pemberita di sini hari ini. Tajul Urus yang juga Penyelaras Parlimen Merbok berkata projek itu mempunyai empat fasa dan dijangka siap menjelang 2016 yang membabitkan pembinaan sebuah kelab golf bertaraf antarabangsa, istana hinggap untuk Sultan Kedah, pembinaan hotel dan kediaman.

Oleh yang demikian, katanya kerugian yang ditanggung oleh kerajaan negeri ditadbir Pas ketika ini sebenarnya bukanlah disebabkan projek 99East, sebaliknya didakwa berpunca daripada kegagalan kerajaan negeri melaksanakan projek terbaharu di bawah KCB. "Isu ini timbul ekoran kegagalan KCB, bukan dalam projek yang dibuat sewaktu saya jadi Pengerusi Eksekutif sebaliknya selepas mereka (kerajaan negeri) gagal melaksanakan projek pelaburan (pembalakan) di Papua New Guinea," katanya. 

Mengenai kenyataan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak bahawa KCB menjanjikan tanah yang bukan miliknya, katanya mengikut perjanjian, TMD akan membayar pampasan ke atas tanah persendirian termasuk di kawasan penempatan setinggan.

Baru-baru ini Azizan mendakwa empat projek yang dijalankan ketika di bawah pentadbiran Barisan Nasional telah gagal sehingga menyebabkan kerajaan negeri menanggung beban hutang yang banyak. Projek yang dimaksudkan itu ialah projek 99East Langkawi, ternakan udang di Kerpan, Yayasan Islam Negeri Kedah dan Projek Jerai International Park.- Bernama

MENGAPA NIK AZIZ BERWASIAT SEBELUM BELIAU BERUNDUR?

Biar kita ulangi wasiat Nik Aziz sebelum beliau berundur katanya : 
“Saya sebut tutup aurat untuk orang Islam tidak kepada bukan Islam. Kalau tak tutup aurat “padanlah” kalau kena rogol pun”. 
Pesanan ini bertepatan berdasarkan pengalamanan duka rakan pakatan Nik Aziz, Eli Wong yang sering tidur mendedahkan aurat.

HAYATILAH WASIAT NIK AZIZ SEBELUM BERUNDUR

Harakahonline 28 Oct 2012, Mursyidul Am Pas mengulangi teorinya: 
“Saya sebut tutup aurat untuk orang Islam tidak kepada bukan Islam. Kalau tak tutup aurat “padanlah” kalau kena rogol pun”.