26 June, 2010

Pembatalan lesen judi bola, semoga ekonomi negara mendapat berkat

Keputusan Perdana Menteri, DS Najib untuk membatalkan lesen judi bola yang diberikan kepada Ascot SportsSdn Bhd ternyata PM akur kepada suara-suara masyarakat Islam dalam Negara ini.

Kalau mengikut kiraan pendapatan hasil melalui cukai judi kepada negara ini ianya memang mendatangkan pulangan yang lumayan. Bukannya jutaan tetapi billionan seperti yang dikira oleh tauke judi terbesar Tan Sri Vincent Tan pemegang unggul lesen judi bola ini.

Hakikatnya wang bukan segala-galanya untuk mentadbir negara ini tetapi akhlak dan iman harus menjadi keutamaan. Negara sudah tidak tertanggung lagi untuk memikul beban sakit keruntuhan akhlak yang amat dasyat dengan berbagai masalah rosak sosial dari membuang anak luar nikah, sumbang mahram, lesbian, liwat, rasuah, hutang ahlong dan berbagai lagi.

Pentadbiran Najib harus bekerja lebih keras dengan memerah otak melalui jalan halal untuk membawa hasil kemakmuran kepada negara ini bukannya jalan pintas melalui hasil cukai judi bola seperti yang disyorkan oleh Timbalan Menteri Keewangan beliau Senator Awang Adik Hussein.

Insyaalah hasil-hasil halal akan lebih membawa berkat bukan sahaja kepada pimpinan Najib tetapi rakyat negara ini amnya. Semoga dengan keberkatan Allah SWT ini ianya tidak mudah meruntuhkan ekonomi negara ini seperti keruntuhan beberapa syarikat besar AS sehingga mengheret kepada kemelut ekonomi negara mereka.

18 June, 2010

Pemuda UMNO dan BN hilang arah



Hasil kajian Pemuda BN yang dibuat 2 bulan dahulu terdapat 62% pengundi di kalangan belia berada di atas pagar. Mereka terdiri dari pengundi-pengundi belia yang sedang memerhati telatah BN, PKR, PAS, DAP dan lain-lain parti.

Ini bermakna mana-mana parti politik yang bijak menyentuh naluri mereka, mereka akan menyokong parti tersebut. Jika semua parti politik yang ada penuh dengan keberantakan mereka tidak akan keluar mengundi. Itu lah situasi mereka.

Menurut kajian tersebut, rata-rata mereka ini terdiri dari belia-belia di kawasan pendalaman atau desa-desa dan kampung-kampung.

Pendedahan ini dibuat oleh Pengerusi Pemuda BN merangkap Ketua Pemuda UMNO Malaysia, saudara Khairi Jamaludin atau lebih dikenali dengan panggillan mesra KJ selepas merasmikan Perhimpunan Agung PPP pada 17 Jun 2010.

Walau apa juga kaedah dan modul kajian ini, angka 62% bukan lah satu angka yang kecil. Angka ini dikira boleh mencorak warna dan wajah generasi masa hadapan dan kedudukan politik negara ini.

Menyedari situasi ini, menurut KJ Pemuda BN sudah pun menjalankan beberapa aktiviti seperti Jelajah 1Malaysia dan Rally 1Malaysia yang kononnya pendekatan ini telah menaikkan sedikit sokongan kepada BN.

Hakikatnya di sini Jelajah 1Malaysia ialah aktiviti kayuhan basikal yang disertai perserta tempatan dan antarabangsa untuk mempromosikan Malaysia ke mata dunia sebagai destinasi pelancongan dan leisure.

Manakala Rally 1Malaysia adalah aktiviti yang membawa tema1Misi, 1Hati, 1Pemuda, 1Malaysia, JOM yang digerakkan menerusi sebuah bas bakal membawa barisan kepimpinan Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) ke seluruh pelosok negara untuk bersama komuniti belia dalam usaha menarik kembali kepercayaan golongan itu terhadap BN. (ruj Utusan Malaysia)

Kedua-kedua aktiviti ini ternyata tidak berlandaskan pratikalitinya dan langsung jauh tidak termasuk dalam kotak akal dan tersasar keluar dari “finding” kajian mereka kerana tidak menyentuh naluri dan sanubari belia-belia desa, kampong dan pendalaman.

Ianya lebih kepada “one-off” aktiviti untuk syok-syok bersiar-siar dan jalan-lalan cari makan. Belia-belia di kampong tidak pandang aktiviti tersebut sebagai aktiviti dalam kampong mereka.

Naluri dan sanubari akan lebih tersentuh jika aktiviti tersebut lebih “dicustomizekan” fokus kepada kehendak dalaman kampong mereka sendiri. Aktiviti-aktiviti sebegini jika dirancang dengan berhemah ia tidak melibatkan kos yang tinggi.

Kesimpulannya KJ dan Pemuda BN harus lebih praktikal merancang aktiviti untuk menarik 62% pengundi belia yang dikatakan berada di atas pagar ini.

Hakikatnya hari ini tanpa kajian yang mendalampun rakyat telah boleh melihat Pemuda BN dan UMNO masih tidak berubah, bercakaran sesama sendiri, materialistik dan bergerak tanpa fokus serta hilang haluan perjuangan.

17 June, 2010

Sultan Brunei menceraikan Azrinaz Mazhar hakim

Memetik sumber rakan blogger www.mybloghub.my Sultan Brunei menceraikan isteri ketiganya :

Sultan Brunei, Sultan Hasanal Bolkiah, 63 menceraikan Azrinaz Mazhar Hakim semalam. Baginda mengahwini Azrinaz, bekas wartawan penyiaran TV3, lima tahun yang lalu (2005).

Azrinaz, 30 mempunyai dua orang cahaya mata dengan Sultan Brunei, seorang lelaki (dilahirkan setahun selapas perkahwinan mereka pada 2005) dan seorang anak perempuan yang dilahirkan pada 2008.

Perceraian itu diumumkan oleh stesen radio dan televisyen rasmi Brunei petang semalam (Rabu – 16 Jun 2010).Tidak ada sebarang maklumat lanjut diberikan akan mengapa Sultan Brunei bertindak menceraikan Azrinaz namun kisah perpisahan pasangan berkenaan sudah lama tersebar di negara kecil berkenaan.

Azrinaz merupakan isteri baginda yang ketiga. Kekayaan Sultan Brunei ditafsir sekitar USD20 bilion.