21 November, 2012

Harimau pun pening bau ketiak

Kalau dah tak pandai menari disalahkannya lantai jongkang jongket. Itulah peribahasa Melayu yang sesuai diberikan kepada Rajagopal, jurulatih Harimau Malaya yang hanya mampu seri dengan Bangladesh. 

Seharusnya apabila Rajagopal menyedari masaalah bau ketiak pemain Bangladesh mengugat prestasi pasukannya Rajagopal sepatutnya membekalkan penutup hidung bagi mengelak bau hangit ketiak supaya tidak menusuk hidung pasukan Harimau Malaya.

Apakah jika pasukan Liverpool atau Manchester United berhadapan dengan pasukan Bangladesh mereka juga akan seri atau kecundang apabila hidung mereka menghadapi masaalah yang sama?

Semoga hubungan diplomatik di antara Malaysia dan Bangladesh tidak terjejas kerana kenyataan 'penghinaan' Rajagopal kepada rakyat mereka.