30 August, 2009

"Response" terbaik dari seorang Anonymous

Banyak komen yang Merbok Times terima dan diucapkan berbanyak terima kasih di atas "response" para bloggers dan cybertroopers sekelian.

Di dalam banyak komen tersebut ingin Merbok Times postkan kembali satu komen yang dikira bernas , waras dan dapat menghayati apa yang tersirat di dalam blog ini.

Komen beliau juga terbukti menepati dengan apa yang telah tersiar di dalam akhbar NST bertarikh 22/8/1995, 14 tahun yang lepas. Malah tidak ramai yang dapat mengingati kembali kejadian yang telah 14 tahun berlaku.

Berikut adalah komen beliau:

Anonymous:
Izinkan dicerita satu peristiwa sejarah di Bhg Merbok :
" Didalam usaha gigih untuk menjatuhkan Daim (sekarang YAB Tun)sebagai Ketua Bahagian beberapa tahun dahulu , satu kumpulan telah cuba melahirkan undi tidak percaya terhadapnya.Usaha ini dibuat secara teliti dan terancang oleh kumpulan ini, yang ahli-ahlinya masih ada di Merbok sekarang ini.

TETAPI usaha ini telah digagalkan oleh sekumpulan pemimpin Bahagian yang diketuai oleh Arwah Dato' Hj Hashim Othman, Timbalan Ketua Bahagian waktu itu.Beliau telah dalam masa dua hari sahaja dapat menghimpunkan beribu-ribu ahli UMNO yang terdiri daripada ahli-ahli biasa, Ketua2 Cawangan, pemimpin2 sayap, ahli-ahli dari parti komponen dan rakyat setempat.

Dengan membawa berpuluh-puluh sepanduk dan semangat mempertahan kepimpinan Daim, mereka berhimpun di Sekolah Seri Aman Bedong untuk menyampai mesej bahawa usaha yang cuba dibawa oleh 'kumpulan tertentu' itu tidak diterima sama sekali oleh sebahagian besar ahli dan rakyat di Merbok. Maka selepas itu, walaupun masih ada usaha2 untuk memburuk2kan kepimpinan Daim, ianya ibarat sebagai angin lalu sahaja. Terasa tetapi tak siapa ambil peduli !


Sedikit iktibar dari peristiwa sejarah ini :

a) sebaik mana seorang pemimpin itu, akan ada juga usaha untuk menjatuhkannya dengan cara yang tidak 'gentleman' seperti usaha mencalonkan Daim sebagai Pemeriksa Kira-Kira Bahagian, memburuk2kan namanya, memperkecil2kan sumbangannya, memboikot aktiviti-aktiviti yang dianjurnya dsb

b) tetapi akan ada pula golongan yang bukan sangat hendak membela seseorang pemimpin itu, tetapi lebih kepada TIDAK mahu ahli UMNO di Merbok dilihat sebagai bercakaran sesama sendiri, yang boleh melemahkan semangat kekitaan, yang boleh memberi persepsi yang buruk terhadap parti, justeru boleh diambil kesempatan oleh pihak musuh

c) akan wujud golongan yang akan bertindak atas kepentingan diri atau puaknya tanpa memikir tentang implikasi buruk terhadap parti

d) boleh terkumpul beribu ahli UMNO dan penyokong dalam masa dua hari menempakkan secara jelas semangat juang ahli-ahli parti untuk mempertahan keharmonian dan kesejahteraan di dalam Bahagian.

e) di dalam perhimpunan itu, terpancar jelas kerjasama di antara sayap Pemuda dan Wanita dengan Bahagian (Puteri belum wujud lagi); terbukti golongan Wanita dan anak muda waktu itu faham akan tugas dan perannanya untuk bertindak CEPAT , berhimpun (cuaca kurang baik petang itu) untuk menentang sesiapa atau sesuatu yang akan menjahamkan parti.

f) jika masih ada orang-orang yang terlibat dengan peristiwa itu di kalangan kita sekarang ini, adakah tidak mungkin mereka boleh 'mengulangi sejarah'? Apa pula 'agenda yang tersembunyi' kali ini atau sudahkah diperturunkan 'ilmu mereka' kepada golongan yang baru ?

Saudara/Saudari bolehlah fikir sendiri dan tambahkan ulasan tentang iktibar dan pengajaran yang boleh ditimba dari satu coretan sejarah !

Terima kasih dan Salam Perjuangan !
August 30, 2009 7:45 AM

Blog Ketua UMNO Bahagian telah diupdate setelah mendapat teguran Merbok Times

(courtesy kbmerbok.blogspot.com)

(courtesy kbmerbok.blogspot.com)
(courtesy kbmerbok.blogspot.com)

Merbok Times ingin menyampaikan setinggi tahniah kepada Blog Dari Meja Pengarang, Datuk Tajul Urus Mat Zain kerana nampaknya telah ada sedikit perkembangan yang positif dengan posting terbaru visual-visual Datuk Tajul mendekati rakyat yang daif dan ini lebih menyentuh rakyat.

Merbok Times bukan berhasrat untuk hentam keromo atau "condemn" membabi buta mana-mana pemimpin atas emosi atau prasangka tidak baik , tetapi teguran yang diberi ini adalah untuk kebaikan UMNO dalam bahagian Merbok.

Kalau baik kita terima secara baik. Semoga diteruskan usaha sebegini dan tidak hangat-hangat tahi ayam.
Syabas!!

Program Bulan Ramadan semasa Tan Sri Zam Ahli Parlimen

(Courtesy Halim)

(Courtesy H.Metro)
(courtesy Utusan)

Sebagai menyambung tradisi yang ditinggalkan oleh Tun Daim, Tan Sri Zam juga tidak ketinggalan mengadakan aktiviti-aktiviti rahmat ramadan dengan menyampaikan berbagai sumbangan untuk anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal.

Aktiviti-aktiviti ini menyentuh segenap bangsa di kawasan Parlimen Merbok.

Kemeriahan perarakan Kemerdekaan dalam kawasan Merbok pada 2007

(courtesy Harian Metro)

(courtesy Harian Metro)

(Courtesy Harian Metro)

Kawasan Merbok dahulu tidak pernah lekang dari berbagai-bagai aktiviti. Hari Kemerdekaan disambut dengan penuh kemeriahan di mana perararakan di peringkat kampung-kampung dan taman-taman diadakan .

Aktivis-aktivis masyarakat seperti En Shahbudin Taman Ria Jaya, Hj Zikri Kampung Bujang, Haji Ismail Kg Hillir, En Abu Sungai Lalang dan En Hashim Sungai Lallang antara yang kerap menjalankan aktiviti-aktiviti sebegini.

Walaubagaimanapun pada tahun ini memandangkan Hari Kemerdekaan jatuh dalam bulan puasa activiti Kemerdekaan agak sunyi.

Mungkin kerana bulan puasa bendera-bendera pun berpuasa juga dari dipasang di dewan-dewan masyarakat.

Lim Kit Siang - the intruder

(sumber : Utusan Malaysia)

The cow-head sacrilege an ominous warning that Najib’s first National Day celebration as Prime Minister will go down as a Black National Day if the genii of racism and religious chicanery are allowed to get out of the bottle. - Lim Kit Siang

Did Lim Kit Siang realise what is our muslim feeling during Hindraf intrusion in our Cabinet Ministers Hari Raya Open House during last year Syawal?

This is our Black First Of Syawal and those intruders is still outside the bottle.

Program Bulan Ramadan semasa Tun Daim Ahli Parlimen



Semasa Tun Daim sebagai Ketua Bahagian dan Ahli Parlimen, program-program mengimarah ramazan tidak pernah sunyi dan gagal diadakan di sepanjang bulan ramazan al-mubaraq.

Acara ini telah menjadi acara tahunan yang sentiasa dinanti-nantikan oleh masyarakat Merbok amnya dan UMNO khasnya.

Amalan ini diteruskan dari tahun ke tahun selepas Dato' Badri Yunus, Dato' Arzmi Hamid sehinggalah kepada Tan Sri Zainudin.

Pemuda juga tidak kurang proram ramazan mereka seperti semasa Dato'Mokhzani Mahathir sebagai Ketua Pemuda UMNO Merbok.

Tetapi hari ini yang pertama kali dalam sejarah Merbok tidak ada program yang betul-betul "terancang" untuk bulan ramazan.