30 August, 2009

Program Bulan Ramadan semasa Tun Daim Ahli Parlimen



Semasa Tun Daim sebagai Ketua Bahagian dan Ahli Parlimen, program-program mengimarah ramazan tidak pernah sunyi dan gagal diadakan di sepanjang bulan ramazan al-mubaraq.

Acara ini telah menjadi acara tahunan yang sentiasa dinanti-nantikan oleh masyarakat Merbok amnya dan UMNO khasnya.

Amalan ini diteruskan dari tahun ke tahun selepas Dato' Badri Yunus, Dato' Arzmi Hamid sehinggalah kepada Tan Sri Zainudin.

Pemuda juga tidak kurang proram ramazan mereka seperti semasa Dato'Mokhzani Mahathir sebagai Ketua Pemuda UMNO Merbok.

Tetapi hari ini yang pertama kali dalam sejarah Merbok tidak ada program yang betul-betul "terancang" untuk bulan ramazan.

4 comments:

  1. Hehe..makin panas Merbok Times mengimbau kenangan lalu. Semakin merah mata dan berasap kepada sesiapa yang terasa bila membacanya.

    Betul jugak..Tak berapa meriahlah Ramadhan kali ini. Merbok Times buatlah sikit program..nanti boleh CCZ sertai sama. Minta Mokhzani dan Daim turun bagi sumbangan. At least Ramadhan kali ini lebih berseri. Bukannya turun nak bersaing tetapi sebagai pemberi ingatan bahawa semangat mereka dengan UMNO sentiasa ada.

    ReplyDelete
  2. Mungkin ada kot aktiviti-aktiviti dijalankan dalam bulan Puasa ni. Hanya kita tak tau atau tak dijemput kot.

    Ni baru hari puasa yang kesembilan. Ada dua puluh satu hari lagi. Tengoklah nanti, mana tau kita kan dijemput pula.

    Dalam bulan yang barakah ini, marilah kita sama-sama meningkatkan amalan kita dengan penuh tawadduk. Marilah kita memperlebar dan memperkukuhkan silaturrahim antara kita, sesama Islam. Juga, marilah kita memperkukuhkan azam dan tekad semangat perjuangan politik kita, bukan sahaja di dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak ini tetapi hendaknya diteruskan selepas ini.

    Biarlah semangat kental perjuangan ini tetap terpaku teguh di sanubari kita !

    Salam !

    ReplyDelete
  3. Salam Ramadhan/Salam Merdeka.

    Blog atau website seperti media lain yg mempamer penulisan/komen yg boleh dijadikan rujukan panduan dan lain yg positif. Apabila satu pihak memberi satu pandangan atau isu ,pihak yg ingin komen seharusnya memberi pandangan/pendapat atau komen yg bernas dan berkesan walaupun dlm keadaan kontra bukan dengan kata2 yg kurang manis,cercaan dan gelaran tertentu kpd inividu yg kita tak suka. Dielakkan membuat tuduhan kpd invidu yg kesahihannya samar2. Apakah individu yg dihina,turut memberi komen dlm blog ini atau beliau tidak tahu menahu langsung. Pohon berlaku adil kpd diri kita sendiri dan juga kpd juga orang lain. Sepatutnya kita sepakat memberi pandangan untuk menyatu padukan sesama Islam untuk kekuatan Syiar Islam itu sendiri."Ya ALLAH ampunlah dosa mereka yg telah tersasar dari landasan yg sebenar..AMIN" . Luahan Orang Lama.

    ReplyDelete
  4. Bapa borek anak rintik bunyi pepatah.Nak ajar org jalan betul merboktimes perbetulkanlah diri sendiri dulu...

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.