“Satu malam di London, saya menyuruh Tun Sambanthan untuk memakai suit yang kami telah beli bersama pada siang tadi untuk jamuan makan malam bersma Sir Gerald Templer. Apabila kami semua telah bersedia untuk pergi, Sambantahn telah muncul dengan pakian dhoti dan selempangnya.
Saya hanya berdiam diri sehingalah apabila memasuki kediaman resmi dengan santunya saya mengambil selempang dari bahu beliau dan menyerahkan pada Lady Templer sebagai cenderamata dari kami. Pada awalnya Lady Temnpler teragak-agak untuk menerimanya sehinggalah Sambanthan dalam suasana gurauan menyatakan “Ya, ini untuk puan”. Sejak dari insdien itu Tun Sambanthan telah mula memakai pakaian sut lengkap bertali leher.”
Di atas adalah di antara anekdot-anekdot menarik dari buku tulisan Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj.
"Looking Back" adalah kompilasi penulisan YTM Tunku sebanyak 53 artikel yang beliau tulis di dalam akhbar The Star dari 16 Desember 1974 sehingga 16 Ogos 1976.
Garapan beliau di dalam penulisan ini merangkumi berbagai aspek dari keturunan beliau sendiri, perpisah dengan Singapura kerana sikap Lee Kuan Yew "what's mine is mine and what's yours is mine", kesungguhan beliau memupuk perhubungan kaum dan memartabatkan Islam.
Seharusnya buku ini dijadikan rujukan utama pelajar sekolah untuk matapelajaran Sejarah yang bakal menjadi mata pelajaran wajib kelak.