22 January, 2011

Lee Kuan Yew mahu rumahnya diroboh sebaik beliau mati

Negarawan Singapura Lee Kuan Yew mahu rumah keluarganya dirobohkan untuk pembangunan semula selepas ia meninggal dunia kerana tidak mahu dijadikan kuil bersejarah.

Dalam buku baru beliau yang dilancarkan Jumaat lalu, "Lee Kuan Yew: Hard Truths to Keep Singapore Going" LKY berkata beliau telah mengarahkan kerajaan untuk merobohkan bungalow era kolonial Inggeris terletak di lokasi utama pusat komersial Orchard Road selepas kematiannya.

Yang sebenarnya Lee Kuan Yew tidak mahu legasinya disempitkan dengan hanya melihat rumah buruk peninggalannya kerana beliau mahu generasinya yang akan datang melihat dengan lebih luas keseluruhan Pulau Singapura sebagai legasi peninggalannya.