02 April, 2011

Tsunami Video Sex

Semasa mula-mula insiden sex songsang yang melibatkan Pak Sheikh Anwar Ibrahim didedahkan sekitar tahun 1998/1999 ramai rakyat yang tidak percaya malah Tun Mahathir dikecam hebat pada ketika itu.

Pak Sheikh pun menghimpun ribuan penyokongnya berdemonsatrasi di merata negeri seantero Tanah Melayu bagai bumi dilanggar garuda untuk mempertahankan “kebenarannya” bahawa ada konspirasi untuk menjatuhkan beliau. Sembahyang hajat di adakan di pondok arwah Ustaz Ni’amat Yusof di Derang, Bukit Pinang Kepala Batas, Kedah memohon Allah SWT menunjukkan kebenaran bahawa Pak Sheikh dianiaya.

Akhirnya Mahkamah menjatuhkan hukuman keatas Pak Shiekh dan dimasukkan ke dalam ”correctional center” di Sungai Buluh supaya Pak Sheikh insaf dan bertaubat nasuha. Apa yang berlaku dalam penjara Sungai Buluh rakyat tidak tahu.

Di sekitar 2003 semasa pemerintahan Pak Lah Badawi Pak Sheikh telah di bebaskan seperti burung terbang tinggi di awan biru apabila KJ menghantar passport antarabngasa kepada Pak Sheikh.

Mungkin harapan rakyat ketika itu agar Pak Sheikh kembali berjuang dan hidup aman damai di samping keluarga yang tercinta yang seketika kehausan kasih sayang seorang bapa dan suami selama ini.

Tetapi semuanya hampa belaka apabila ketagihan Pak Shieikh sukar diubat malah menjadi-jadi ditawan nafsu kesyaitanan. Pak Shiekh menerobos lagi, Pak Shiekh menyerondol lagi meratah dengan lahap mangsa-mangsa terbaru.Mangsa-mangsa lama telah dikuburkannnya dan rakyat telah lupa.

Di hadapan rakyat Pak Sheikh bersyarah berdegar-degar bagai guruh dan halilintar berdentum. Penyokong Pak Shiekh bertakbir, bersorak dan menjulang Pak Sheikh sebagai pemimpim dunia Islam tersohor. Sehingga Pak Shiekh angkuh sebagai alat dengan sokongan negara besar seperti AS.

Hari ini Pak Shiekh ditimpa malang lagi. Pak Sheikh sedang menghitung hari dihimpit sedikit demi sedikit bencana “Tsunami Video Sex”. Pak Sheikh pasti pacak kepala kalau gagal pertahankan bahawa beliau bukanlah pelakon video tersebut tetapi adalah konpirasi dahsyat untuk menjatuhkan beliau, kerana beliau adalah negarawan yang bisa menyengat kemungkaran mana-mana pemimpin.

Apakah usaha sembahyang hajat yang sekali lagi diadakan baru-baru ini akan menegakkan kebenaran Pak Sheikh atau akan menghukum kedurjanaan Pak Sheikh?

“Mana mau lari…ha?” kata beberapa rakan di salah sebuah kedai Tom Yam terkenal di Danork, Selatan Thai semalam.