02 April, 2011

Tsunami Video Sex

Semasa mula-mula insiden sex songsang yang melibatkan Pak Sheikh Anwar Ibrahim didedahkan sekitar tahun 1998/1999 ramai rakyat yang tidak percaya malah Tun Mahathir dikecam hebat pada ketika itu.

Pak Sheikh pun menghimpun ribuan penyokongnya berdemonsatrasi di merata negeri seantero Tanah Melayu bagai bumi dilanggar garuda untuk mempertahankan “kebenarannya” bahawa ada konspirasi untuk menjatuhkan beliau. Sembahyang hajat di adakan di pondok arwah Ustaz Ni’amat Yusof di Derang, Bukit Pinang Kepala Batas, Kedah memohon Allah SWT menunjukkan kebenaran bahawa Pak Sheikh dianiaya.

Akhirnya Mahkamah menjatuhkan hukuman keatas Pak Shiekh dan dimasukkan ke dalam ”correctional center” di Sungai Buluh supaya Pak Sheikh insaf dan bertaubat nasuha. Apa yang berlaku dalam penjara Sungai Buluh rakyat tidak tahu.

Di sekitar 2003 semasa pemerintahan Pak Lah Badawi Pak Sheikh telah di bebaskan seperti burung terbang tinggi di awan biru apabila KJ menghantar passport antarabngasa kepada Pak Sheikh.

Mungkin harapan rakyat ketika itu agar Pak Sheikh kembali berjuang dan hidup aman damai di samping keluarga yang tercinta yang seketika kehausan kasih sayang seorang bapa dan suami selama ini.

Tetapi semuanya hampa belaka apabila ketagihan Pak Shieikh sukar diubat malah menjadi-jadi ditawan nafsu kesyaitanan. Pak Shiekh menerobos lagi, Pak Shiekh menyerondol lagi meratah dengan lahap mangsa-mangsa terbaru.Mangsa-mangsa lama telah dikuburkannnya dan rakyat telah lupa.

Di hadapan rakyat Pak Sheikh bersyarah berdegar-degar bagai guruh dan halilintar berdentum. Penyokong Pak Shiekh bertakbir, bersorak dan menjulang Pak Sheikh sebagai pemimpim dunia Islam tersohor. Sehingga Pak Shiekh angkuh sebagai alat dengan sokongan negara besar seperti AS.

Hari ini Pak Shiekh ditimpa malang lagi. Pak Sheikh sedang menghitung hari dihimpit sedikit demi sedikit bencana “Tsunami Video Sex”. Pak Sheikh pasti pacak kepala kalau gagal pertahankan bahawa beliau bukanlah pelakon video tersebut tetapi adalah konpirasi dahsyat untuk menjatuhkan beliau, kerana beliau adalah negarawan yang bisa menyengat kemungkaran mana-mana pemimpin.

Apakah usaha sembahyang hajat yang sekali lagi diadakan baru-baru ini akan menegakkan kebenaran Pak Sheikh atau akan menghukum kedurjanaan Pak Sheikh?

“Mana mau lari…ha?” kata beberapa rakan di salah sebuah kedai Tom Yam terkenal di Danork, Selatan Thai semalam.

8 comments:

  1. MR.mana bisa bangkai gajah boleh ditutup begitu rupa.Bangkai tikus kurus bisa ditudong dengan sapu tangan sahaja.Kalau tiada angin mana bisa pokok goyang.Wahai pemimpin Melayu takutlah kamu pada Allah.Allah Maha Mengetahui segalanya.Allah Maha Adil.Musnahlah mana-mana pemimpin Melayu yang ingkar perintah dan larangan MU.Demi umat Islam.Beitulah hebatnya politik Melayu yang durjana hari ini.Pemimpin bertopengkan imej alim dan ulama.Malaysia dilanda segala lucah dan lecah.Waspadalah semua.Yang kilat belum tentu berlian.Yang bersinar belum tentu emas.Yang berkilau belum tentu mutiara.Banyak lakonan dipentas politik hari ini.Sandiwara wayang kulit mula bergerak.Rakyat jadi penonton murahan.Fikir fikir lah.

    ReplyDelete
  2. ms memali said....

    kita masih ingat lagi ketika itu kebanyakan org menyalahkan tun M antaranya haron din,ismail kamus,badrul amin dll.
    kita sangkakan org2 agama ini jauh fikiran nya tapi sebaliknya rupa2nya cetek dan sangat memalukan perangai depa, maki hamun terhadap tun M, sembahyang hajat, baca yasin dll dan dilakukan diseluruh tanah air dan juga serantau dunia konon2nya di aniaya mahathir,
    tetapi sekarang ni di aniaya saipul pula dan terkini di aniaya shazryl eskay pula,
    maka muncul lah hadi awang pengeluar amanat memali mengimamkan sembahyang hajat berkenaan video sex pula, sejurus itu KPN umumkan video sex tersebut adalah tulin.......,
    kami harap nik aziz pula imamkan smbhyang hajat utk tentukan actor pelakun sex pelbagai aksi dgn pelacur china tu, kami masyarakat memali ni dah tak pcaya lagi pejuang2 hudud pas ini,tak geliga fikiran.

    ReplyDelete
  3. MT.hangpa punyalah dok godam isu pak sheh ini sampai lembik dan lumat.Tapi aku tengok ceramah PAS/PKR orang punyalah ramai mai dengar ceramah di kawasan kulim.Kutipan beribu RM pula tu.Hujan lebat pun orang penuh dewan.Ada yg berpayung.ada yg basah kuyup lencun sampai nampak body dan baju dalam.UMNO dok gebang sahaja lagi ke.Tak kan tak ada tindak balas.Nampak yang dok pulun para blogger sahaja.Yang ada jawatan relek ja.UMNO bangkit oh bangkit.Mu dok tido lagi ni.Mu rasa mu hebat ke.Puak lain dok hantam mu.Mu pekak ke.Mu semua dok kira petih je.kerja mu tak buat.Bakit la oooooo.

    ReplyDelete
  4. Pemimpin melayu dah lupa daratan dan lupa diri.Baguihlah bergelut dengan skandel terkutuk.Ada yg divideokan pula tu.Bila nak nafi jln agama tak mahu.Nafi melalui ceramah nana aci.

    ReplyDelete
  5. UMNO nak buat jugalah.Kena tunggulah peruntukan dulu.Peruntukan minyak.Peruntukan nasi bungkus.Peruntukan duit poket.Sabar lah dan bertenang.

    ReplyDelete
  6. tonton said.....

    sila layari youtube VTS 01-1, video sex yg gempaq tu,.....seram juga bila tonton video tu....., nampak terang shazryl eskay dlm filem tu,

    ReplyDelete
  7. Nak buat macam mana.Depa yang benci Anwar terutama yang hidup atas belas kasihan mamak mahadhir melihat video ini dengan mata yang terbuka tapi ditutupkan dengan perilaku jijik mereka sendiri dan perut yang diisi dengan segala benda haram.Berpunca dari ini depa dapat mengiakan kerana ia dikatakan "ya" olih Mahahdir perosak negara.Jika tidak dikatakan "ya" buku terbaharu mahadhir akan menjadi catatan si nyanyok tua.

    mra sl

    ReplyDelete
  8. kalau sedara ingat peristiwa 98..anwar dipenjara sbb kesalahan...apa? bukan kesalahan liwat...dok usung tilam buat penat ja..last2 x ambik sbg bukti...
    Org yg menuduh seseorang berzina perlu bawa 4 org saksi yg adil..itu dalam kontek islam..dlm civil pula kena bawa bahan bukti..bukan tanggungjawab yg kena tuduh untuk beri bukti...
    x perlula nk perbodohkan rakyat..kita dapat menilai yg mana benar..kita dah muak dengan kelaku pemimpin ameno...

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.