07 September, 2014

DARI SAWAH KE ISTANA KEHAKIMAN

"Percayalah bahawa dalam hidup ini, akhirnya, kejujuran mengatasi segala-galanya. Percayalah bahawa dalam hidup ini, akhirnya, kebenaran akan terserlah jua.

Memandang ke belakang, hidup saya telah pun disusun. Hendak dikatakan kebetulan, terdapat terlalu banyak kebetulan. Saya tidak dan tidak boleh merancangnya sebagitu. Tetapi, sepanjang perjalanan hidup saya, saya dicuba seteruk-teruknya. 

Di sepanjang perjalanan hidup saya juga, saya telah berusaha bersungguh-sungguh dengan jujur sambil menyerahkan segala-galanya kepada Allah s.w.t. Di akhirnya saya diberi ganjaran yang saya sendiri tidak menduganya. Tetapi, dalam hidup ini, tidak ada satu ganjaran yang lebih penting daripada integriti. Itu satu perkara yang kita ada atau tidak ada. 

Tidak ada sesiapa yang boleh menghadiahnya kepada kita. Kita terpaksa berusaha memperolehinya sendiri, sepanjang hayat" Klik di sini : www.tunabdulhamid.my