Senyuman Pehin Sri yang penuh bermakna. (Pic ; UM) |
YAB Dato Seri Ustaz Azizan Abdul Razak yang baru mengambil alih memimpin negeri Kedah belum pun sampai empat tahun telah bercelaru lintang pukang pengerusannya. Satu habuk apapun pelaburan tidak masuk lagi semenjak PAS mengambil -alih.
Hari ini terpampang seri wajah Pehin Seri bersama isteri barunya Puan Sri Ragad Waleed Alkurdi Taib bercakuk tangan di dalam Utusan Malaysia. Malah yang lebih berseri ialah apabila melihat senyuman Pehin Seri yang penuh kenikmatan dan kepuasan seperti ada “UMMMph”.
Meminjam kata-kata P Ramlee dan Saloma - “Patah tumbuh hilang berganti, Janji diikat kata dipadu,Hidup berdua mati bersama, Tandanya….setia”.
Maka hari ini terbuktilah kemachoan dan ketampanan PM DS Najib masih tidak dapat mengungguli Pehin Seri Taib Mahmud kerana keayuan Puan Sri Ragad berjaya mengatasi Datin Seri Rosmah Mansor.
DS Najib bijak bertindak
Berhubung dengan isu Teoh Beng Hock ramai berpendapat DS Najib bijak bertindak segera dengan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja untuk menyiasat kes Teoh Beng Hock.
Mungkin DS Najib sudah menghidu lebih awal implikasinya jika kes ini dibiar meleret-leret demi menyelamatkan integriti Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia.
Sesungguhnya SPRM pun bukanlah badan yang maksum, perfect dan sempurna. Najib dapat melihat apa yang kita tidak dapat lihat itulah liku-liku pembikinan seorang pemimpin yang ulung.
Begitu juga dahulu YTM Tunku Abdul Rahman dikecam dengan dasar-dasarnya tetapi hari jasa-jasa dan dasar Tunku mula dirasai dan dikenang.