24 September, 2010

Presiden NUJ, Hata Wahari harus teropong The Star dahulu

Kenyataan sulong Hata Wahari Presiden NUJ Malaysia bahawa,

“NUJ Malaysia melihat adalah tidak adil untuk menyalahkan akhbar Utusan Malaysia yang di dalamnya terdapat wartawan, jurugambar dan artis grafik serta pekerja-pekerja lain yang tidak berkongsi agenda serta tidak mempunyai kuasa untuk menegur ketua pengarang dan pengarang-pengarang kanan”.

"Ketua Pengarang sebagai orang yang menentukan agenda, berita dan pelbagai pendapat untuk disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia harus dipertanggungjawabkan sepenuhnya atas kesan negatif, rungutan dan sebarang rasa tidak puas hati yang dilemparkan kepada akhbar Utusan Malaysia," tegas Hata.

"Perjuangan saya ialah untuk melihat akhbar-akhbar di negara ini terlepas dari kongkongan tuan-tuan politik baik daripada BN, Pakatan Rakyat dan pemimpin-pemimpin politik lain. Akhbar dan media seharusnya dimiliki oleh rakyat kerana dengan itu barulah akhbar itu dapat berkhidmat kepada rakyat seperti mana yang dilakukan oleh Utusan sebelum ia dikuasai oleh parti politik sebelum tahun 1961," sanggah Hata.

Ternyata Presiden baru NUJ ini gagal melihat bahawa akhbar The Star juga di kawal rapi oleh political master mereka. Bukan setakat master yang nampak di hadapan tetapi ada lagi master-master di belakang tabir yang tersembunyi yang lebih teruk dan mangkuk dari itu.

Ambil contoh kecil seperti sisipan Metro North akhbar The Star yang sebelum Pulau Pinang diperintah DAP kerap memuatkan liputan pembangunan keseluruh di kawasan Utara kerana bunyi sisipannya pun “MetroNorth”.

Tetapi hari ini, sejak Pulau Pinang diperintah DAP mereka lebih tertumpu kepada liputan di Pulau Pinang sahaja kerana bagi mereka”North” itu hanya PP. Rakan Pakatan Mereka di Kedah hanya kuda tunggangan untuk menang pilihanraya.

Persoalannya siapa political master mereka?

Hatta Wahari jangan hanya melihat di dalam kain sendiri kerana sebagai Presiden NUJ beliau harus bijak menembusi kain The Star dan Sin Chew juga.