02 January, 2012

Long Journey To Election

sumber visual - Sinar Harian

Menceritakan insiden yang berlaku malam tadi, Haziq berkata mereka mula berkumpul di pintu utama Upsi pada jam 1.50 pagi dan sempat memberi ucapan selama 10 minit sebelum pihak polis dan FRU tiba.

“Polis memberi amaran supaya menghentikan perhimpunan jika tidak akan sembur gas pemedih mata dan ketika kami ingin ke depan pintu pagar Upsi, tiba-tiba seorang pegawai polis datang, ingin menarik Safwan ke trak polis.

“Mahasiswa yang berhimpun menjadi marah dan berlaku pergelutan antara kami dan polis, dan di situ kami dibelasah, ditumbuk dan ditendang,” katanya.

Haziq berkata, Safwan yang pernah mempunyai rekod perubatan di mana tulang mukanya pernah retak, telah ditumbuk oleh pegawai polis mengakibatkan dia menggigil kesakitan dan rebah di atas jalan.

Jelas Haziq, insiden memecah pintu masuk Klinik Syifa berhampiran adalah kerana keadaan memaksa iaitu ingin membantu Safwan yang menggigil dan berlumuran darah.

“Kami tidak dapat membawa Safwan ke hospital kerana kunci kereta sudah dirampas, lalu pergi ke klinik berkenaan dan merayu kepada pembantu jururawat agar membuka pintu tetapi enggan berbuat demikian.

“Tiba-tiba berlaku adegan tolak-menolak antara kami dan pihak polis di depan pintu klinik menyebabkan pintu itu pecah, ramai yang cedera akibat insiden itu tetapi polis tidak memberi sebarang bantuan perubatan kepada kami,” katanya.

Haziq, antara 17 mahasiswa yang ditahan berkata, Safwan kemudiannya dibawa ke hospital dengan kereta rakannya.

“Saya dan 16 yang lain dibawa ke balai polis untuk memberi keterangan, kemudian ditahan beberapa jam sebelum dibebaskan petang tadi,” katanya.

Membaca rentetan cerita di atas yang disedut dari Sinar Harian Online sesiapa sahaja akan bersimpati dengan pelajar-pelajar tersebut. Pihak berkuasa dilihat sebagai penjahat seperti filem Tamil.

Saham Anwar Ibrahim yang telah jatuh merudum kerana pendedahan video zina hari ini telah mencanak naik untuk diraih keuntungannya oleh parti chuvanist DAP.

Jika situasi ini tidak ditangani dengan cermat dan cepat nampaknya perjalanan kearah pilihanraya umum yang dijangkakan pada tahun ini akan mejadi jauh dan berliku. 


Sumbangan Bantuan Rakyat 1M yang menjadi ‘feel good factor’ yang sedang diagih-agihkan kepada rakyat yang layak akan hanyut dan tidak mendatangkan pulangan atau ‘political milage’ kepada Kerajaan pimpinan DS Najib.

Cadangan bekas mufti Perlis Dr Asri Zainal Abidin supaya Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, yang sebelum ini menjadi fokus isu-isu generasi muda dan penuntut universiti, agar mengadakan satu pertemuan antara polis dan mahasisawa yang terbabit dalam perhimpunan bagi mencari jalan penyelesaian harus diberi perhatian.

Mungkin Dr Asri telah menghidu bunga-bunga disebalik tabir yang ramai tidak tahu khasnya peranan Datuk Saifuddin Abdullah selama ini.

Persoalannya siapakah yang mengajar anak-anak siswa kita tidur di atas jalan raya walaupun diberi tilam empok ?