20 April, 2013

ZAM TURUT TURUN MENYOKONG CALUN-CALUN DALAM PARLIMEN MERBOK

GANDINGAN MANTAP CALUN-CALUN PARLIMEN MERBOK, TG DAWAI DAN BUKIT SELAMBAU BERSAMA MANTAN AHLI PARLIMEN MERBOK ZAINUDIN MAIDIN

TUN M TURUN SUPPORT MUKHRIZ DI AYER HITAM, KEDAH

Tun M sentiasa mendapat perhatian media
Hari bersama rakyat kerusi pun pejabat daerah tak bagi

CALUN JANGAN RASA HEBAT DAN YANG TAK DIPILIH SEBAGAI CALUN PUN JANGAN RASA HEBAT

SEJAUH MANA HEBATNYA KITA AKHIRNYA KE SINI JUA DESTINASI KITA
Sehari dua ini kita didatangi ramai suara-suara keciwa kerana tidak dilantik sebagai calun PRU13. Emosional, marah, geram dan dendam semua ada. Kalau mendengar hujah mereka hanya mereka sahajalah yang hebat dan kawan yang dilantik tidak layak atas bermacam-macam alasan.

Biasanya, apabila melihat diri kita lebih bijak, lebih cantik, lebih bahagia dan lebih sempurna dari orang lain, kita cenderung untuk merasa 'hebat', tinggi diri dan melihat orang lain jahil. Perasaan begitu sebenarnya adalah riak.

Sesungguhnya kehebatan bukan lah pakaian kita sebagai makhluk Allah swt kerana kita datang ke dunia ini tanpa seurat benang pun malah kulit dan tulang-tulang kita adalah pinjaman selama 30 tahun atau 50 tahun atau 60 tahun atau 70 tahun sahaja tempohnya dan semua ini akan hancur apabila kita mati. 

Mungkin mereka hebat hari ini, tapi tak semestinya mereka akan tetap hebat esoknya. Hidup ini penuh dengan kemungkinan dan berpusing seperti roda, kadangkala kita di atas, dan kadangkala di bawah.