04 April, 2012

Mencari Calun 'Professional' di Merbok atau mencari calun 'winnable'?

Melayu sering kali di katakan mudah lupa dan bagi menafikan kenyataan tersebut di bawah MT siarkan kembali komen yang MT terima tiga tahun dahulu ia itu pada September 2009 daripada blogger Serindit Desa dan Merak Kayangan yang MT kira cukup bernas untuk dijadikan panduan di dalam memilih bakal calun di Merbok khasnya dan Kedah amnya.


Serindit Desa Sep 25, 2009 11:05 AM :
Setuju kalau yang nak dijadikan calun tu perlu mempunyai kelulusan akademik. Tetapi kelulusan ini tidak semestinya dapat diterjemahkan kepada kewibawaan sebagai seorang ahli politik. Kelulusan akademik yang boleh diijazahkan di dalam pelbagai disiplin tidak semestinya melayakkan seseorang secara otomatik di dalam disiplin atau 'ilmu politik'. Seseorang itu perlu menimba pengalaman yang panjang sebelum boleh diyakini oleh rakyat sebagai tokoh politik handalan.

Sekadar memegang 'scroll ijazah' dan menjadi Timbalan Ketua Bahagian BUKAN sebenarnya kriteria tepat untuk dipilih sebagai calun p/raya. Lihat pada tokoh yang dipertikai ini. Dengan ikhlas,bolehkah beliau berjaya sebagai wakil rakyat ? Adakah pada dirinya kualiti sebagai seorang YB ? Jangan pula dinilai dari segi jawatan dalam parti, yang kemenanganya dahulu pun boleh dipersoal dari kebersihannya! Kalau sekadar menang dengan kebetulan menaiki rakit calun Ketua Bahagian, adakah ini menampak kualitinya sendiri ? Cuba nilai sebelum beliau menjadi Timbalan. Apa sebenarnya sumbangan beliau ? Ada atau tidak ?
 
Kemudian selepas menjadi Timbalan, apa pula sumbangannya ? Ada atau tidak ? Kalau ahli menganggap penganjuran majlis berbuka puasa, menderma daging, kuih muih atau kain pelekat sebagai sumbangan yang boleh memenangi P/Raya,maka ahli UMNO di Merbok amat cetek sekali dalam ilmu politik !!!

Menjadi popular dan disenangi oleh ahli parti tidak akan menjamin kemenangan dalam mana-mana pilihanraya. Sebahagian besar pengundi bukan dari ahli parti, bukan dari orang Melayu sahaja. 

Justeru yang perlu 'diambil hati' dan dijadikan diri popular ialah dengan rakyat yang akan turun mengundi. Kalau sekadar mempromosikan sesebuah produk pilihan parti, kemudian disediakan jentera dari pelbagai sayap untuk menjual produk ini TETAPI tidak mengambilkira pun samada produk ini disukai atau diterima oleh pengguna ia itu pengundi, APA GUNANYA ?????

Diakui jentera parti hebat. Hebat dari segi jenteranya : jawatankuasa demi jawatankuasa, daerah2 mengundi,peti2 undi,pengarah pilihanraya, wakil-wakil calon, balaci2 yang keliru sepanjang masa, bilik2 gerakan dsb. Ini semua HANYA strategi pemasaran tapi sayangnya untuk 'produk' yang tak laku, yang rakyat tak mahu guna pun.

Jadi mahu tak mahu, jangan hanya jadi popular di kalangan penyokong di dalam parti sendiri sahaja . Tonjolkan diri untuk disenangi, dihormati dan dipercayai oleh rakyat / pengundi ! Melabelkan diri dengan BA, MA, PHD belum tentu dapat melariskan jualan sesuatu 'produk politik' . Tambahan 'the X-Factor' diperlukan dan mungkin dapat membantu strategi jualan.

Merak Kayangan : AnonymousSep 25, 2009 08:46 PM:
Aku setuju dengan 'Serindit Desa' bila dia kata kelulusan akademik sahaja belum tentu dapat mengwujudkan seorang calon yang berwibawa. Mungkin beliau dapat huraikan apakah 'X-Factor' itu. Selain daripada faktor pendidikan, apa lagi patut ada pada diri seorang yang 'galak' nak jadi calon ?

Sebenarnya bukan kita ahli parti dan pengundi sahaja yang perlu mencari dan melihat pada kualiti-kualiti X-Factor ini. Si 'galak'lah yang perlu cerminkan dirinya dahulu; lihat sama ada dirinya itu sudah cukup dengan kualiti yang boleh membantu dirinya menang dlm pemilihan atau pilihanraya.

Seorang calon perlu sedar bahawa dia mewakili parti dan rakyat setempat. Jika sekadar mahu menjadi calon kerana kita ada jawatan dalam parti, kerana kita ada kelulusan akademik yang agak tinggi, kerana kita sudah berkali-kali mengadakan majlis jamuan & penyampaian hadiah-hadiah yang kadang2 tak seberapa nilainya, kerana kita acapkali 'hulur' setiap kali bersalam; ini semua tidak sepatutnya diambilkira oleh pucuk pimpinan bila membariskan senarai calon.

Kata-kata 'Serindit Desa' tentang mempromosi sesuatu produk kemahuan rakyat hendaklah diambilkira secara serious.Betul juga, apa guna elok di mata ahli parti sendiri TAPI xboleh diterima dek rakyat ? Nak jual barang apa pun, biarlah yang rakyat mahu guna!

Awat sangat la ni kita asyik berbicara tentang calon dan pilihanraya. Dekat sangat kah PRU ke 13 tu ? Sudah bersedia kitakah ? Sudah tersusunkah strategi 'peperangan' ? Segala logistik lengkap ke ? Atau kita tunggu hingga saat terakhir dan kita hanya tumpu pada soal calon dahulu ? Sesuai ke begitu ?


Lihat di Bahagian Merbok, mungkin juga di Bahagian2 lain. Sudah reda ke implikasi 'pertempuran pemilihan' tahun lepas ? Sudah hilangkah marah-marah, geram-geram, kecewa-kecewa, rajuk-merajuk dan sebagainya ? Atau pun masih ada kumpulan pemenang yang mahu diteruskan vendetta terhadap puak yang kalah ? Di Merbok juak-juak kumpulan pemenang berlagak seolah-olah mereka sajalah yang peka,cekap dan pandai dalam serba serbi hal politik Bahagian.

Malah yang terdahulu bercakap pun tergagap-gagap, sekarang ni mahu pula berbicara tentang politik Nasional dan (jangan terkejut) nak dihurai pula isu-isu politik antarabangsa. Cuba bayang, dari minda yang selama ini begitu cetek, maka ceteklah kupasan dan huraian mereka. Mungkin difikiran mereka, membarisi kepimpinan Bahagian secara otomatik telah menghidupkan secara serta merta minda yang selama ini jumud kepada satu tahap yang tiba-tiba menjadi cerdik dan pantas?

Lihatlah di majlis-majlis anjuran Bahagian bagaimana 'si Kaduk2 ini naik ke junjung'. Wah, bukan main sombong mereka ini, baik dari kalangan AJK Bahagian maupun dari sayap-sayap parti! Kalau jumpa kita orang di Cawangan, tangan bersalam tapi muka ke lain! Punya hinanya kita di cawangan!

Kalau sesama kita dalam parti pun dah naik meluat, apatah lagi dengan yang di luar sana? Di akui Ketua Bahagian ada perancangan dan persediaan untuk menghadapi Pilihanraya akan datang. Akan tetapi serasikah pelan beliau dengan orang-orangnya yang tak seberapa peka dengan kehendak dan visi bos? Merancang satu hal, melaksana pun satu hal lain ! Ke mana pergi Pemuda? Wanita? Puteri? Sealiran pemikiran dengan bos? Nampak dan mampu melaksanan perancangan bos ? Atau masihkah mereka ditahap yang lama dengan menjalani aktiviti2 yang dah jumud, yang dah tak laku lagi, yang tak memberi sebarang impak apa-apa pun, yang tak conform dengan kehendak rakyat bistari dewasa ini?

Tepat kata 'SD', rakyat mahu produk yang sesuai dengan selera mereka bukan dengan produk yang ditonjol-tonjol oleh parti.Tambah pula dengan kempen2 promosi yang dah lapuk, maka lagi tak teringinlah mereka kepada produk tu!

Saudara atau saudari SD, anda tentu orang politik berpengalaman di Merbok. Menerusi tulisan dan teguran anda kami dapat teka yang sdr/sdri mahu parti berjaya di sini dan juga jelas sekali anda tidak mahu UMNO Merbok 'berkecamok' dan bermasalah.

Your comment, Sir!
Merak Kayangan.


Serindit Desa Sep 26, 2009 03:56 AM :
Merak Kayangan !
Sebagai seorang yang lama di Bahagian ini saya dapat lihat perkembangan politik Merbok daripada pelbagai sudut. Dari stail kepimpinan ke program-program politik hingga ke kerja-kerja persediaan pilihanraya, semuanya dapat dihuraikan satu per satu.

Pemimpin datang dan pemimpin pergi. Perebutan untuk jawatan-jawatan penting memang sesuatu yang 'colourful' di mana-mana Bahagian pun. Cuma yang ditakuti ialah persengketaan yang berterusan selepas pemilihan.

Semua pemimpin akan cuba menyatupadukan semula ahli-ahlinya; cuma akan wujud juga individu-individu yang sengaja mahu persengketaan ini berterusan atas sebab atau agenda tersendiri.Selagi ada puak-puak selama itulah akan terasa penting diri beberapa orang individu. Jadi biarlah krisis puak ini hidup segar semata-mata untuk menyubur beberapa kerat politikus murahan.

Komunikasi dua hala, antara yang memimpin dan yang dipimpin, memang wujud dalam pelbagai bentuk, cara dan pendekatan. Sekarang ini media alternatif menjadi antara pendekatan popular yang boleh mengizinkan interaksi pemimpin dan pengikut.

Segala bentuk cadangan maupun teguran yang dibuat secara berhemah, beradab dan lebih penting tanpa beremosi patut diberi perhatian oleh pihak-pihak yang berkenaan.

Tuduh menuduh yang hanya berlapik kepada syak wasangka seperti yang dapat kita baca di salah satu komen di sini jelas menampakkan kedangkalan idea dan daya pemikiran yang jumud, yang sudah semestinya datang daripada minda seseorang yang prejudis.

Jangan pula kerana kita tidak mempunyai sebarang komen, kritikan atau analisa serta pendapat yang positif dan bernas yang boleh membantu parti; maka kita gantikannya dengan komen yang prejudis, yang rendah mutu dan nilai, yang tidak membantu apa-apa atau sesiapa pun dan cukup sedih dengan bahasa yang kurang manis pula tu!

Kita boleh berbeza pendapat tetapi biarlah cara kita mengutara pendapat kita tidak pula menampakkan sifat tak cerdik, tak matang dan kurang kematangan kita.

Ya, saya memang mahu melihat Merbok pulih semula seperti di zaman kegemilangannya, di mana nama parti keramat kita disanjung dan dihormati. Ini tidak mustahil dilakukan !!! Cuma ia memerlukan kebijaksanaan kepimpinan dan keikhlasan sokongan daripada semua.

Terima kasih.