02 February, 2010

Ahli Parlimen Merbok, Rashid Din ADA SEPERTI TIADA.

Ahli Parlimen Merbok, YB Datuk Rashid Din akan mendirikan lebih banyak papantanda besar dalam seluruh Kawasan Parlimen Merbok sebagai tanda gah kehadiran PKR dalam kawasan tersebut.

Ini adalah bukti yang nyata bahawa rakyat tidak tahu kewujudan beliau sebagai wakil rakyat malah langsung tidak membawa apa-apa hasil kepada pengundi-pengundi dalam kawasan Merbok.

Dalam lain perkataan “ADA SEPERTI TIADA DAN TIADA LEBIH BAIK DARI ADA, KERANA YANG ADA LANGSUNG TAK BERGUNA”.

Jasa dan impak penjenamaan yang telah dipahat oleh bekas-bekas Ahli Parlimen Merbok yang terdahulu seperti Tun Daim Zainudin dan Tan Seri Zainudin Maidin terbukti meninggalkan kesan yang mendalam dalam sanubari pengundi kawasan tersebut dan sukar dihakis serta ditandingi oleh Datuk Rashid Din.

Tambah kartun lagi Rashid Din pula terikut-ikut dengan gaya lapuk UMNO untuk hanya memasang papan-papan tanda besar sebagi “show” dan “window dressing” bagi menyatakan beliau wujud.

Hakikat yang sebenarnya apa yang pengundi mahu bukannya papan tanda tetapi sentuhan peribadi menangani isu-isu dalam kawasan serta membawa pembangunan yang bermakna kepada rakyat.

Sampah sarap dalam taman-taman, longkang busuk dan tersekat dalam taman-taman memerlukan perhatian dari wakil rakyat.

Kalau isu-isu tersebut pun gagal diatasi mana mungkin Rashid Din mampu membawa pembangunan yang besar sedangkan sebatang titi pun belum terbukti.

5 comments:

  1. BN mesti bersedia untuk ambil balik Merbok.

    ReplyDelete
  2. MT,

    Rashid Din bekas CEO MODENAS adalah rakan karib ANWAR AL Jubb,mereka sama sama menuntut di MCKK.

    Beliau bukan seorang ahli politik atau pun aktivis dalam mana mana pertubuhan bukan kerajaan.Beliau dipilih oleh ANWAR AL JUBB atas dasar 'old boys network' dan bukan sebagai seorang pejuang parti Keadilan, maka tindak tanduknya didalam menyelesaikan apa apa masaalah politik adalah amat berbeza dari tindakan orang politik.

    Sebagai orang yang tidak berminat dalam politik ,dia tidak kisah langsung dengan apa apa perkembangan yang berlaku dalam partinya mahupun didalam kawasan Parlimen Merbok.

    Nasibnya cukup baik kerana pada PRU 12 angin perubahan ditambah dengan tsunami politik yang melanda UMNO amat kuat maka menanglah dia dengan undi yang cukup selesa(majoriti BN pada 2004 ialah 15,000+ hilang begitu saja dan ditambah 3,000+ pada 2008).

    Sejak menjadi Ahli Parlimen Merbok tidak sepatah pun dia berucap dalam Parlimen,dalam kawasannya tiada sebarang pembangunan yang dibawa masuk.He is as good as non-existence but who is to be blame ? the answer is the voters and the squabbling in UMNO.

    Saya yakin UMNO Merbok boleh tawan semula Parlimen Merbok dengan syarat mestilah dibersihkan dari semua gejala buruk yang sedang melanda Bahagian sekarang . Siapa yang boleh membersihkan Bahagian Merbok ?

    ReplyDelete
  3. MT,

    Maklumat terkini yang saya dapat dari SB rakyat,Rashid Din akan dicabar oleh dua orang Lawyer dalam pemilihan parti pada bulan Mac ini.

    Lawyer no 1 ialah bekas calon di Parlimen Merbok dan di kantoi oleh SPR semasa pilihanraya ke 12 DUN Bukit Selambau atas alasan tidak menghantar penyata kewangan semasa bertanding dalam PRU 11.

    Lawyer no 2 ialah seorang ahli Majlis MPSP yang tak habis belajar undang undang di London selama 16 tahun.

    Rashid Din akan ditewaskan oleh kedua dua lawyer ini itu sebab ada desas desus beliau akan meninggalkan PKR .

    ReplyDelete
  4. Jika tak buat kerja dalam kawasan, harap nak bubuh bentiang kata PKR ada di Merbok. YB Dato Rashid boleh bela laaaa... menyampah.

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.