24 December, 2009

UMNO TAK BOLEH DIHARAP LAGI

UMNO yang dulu menjuarai perjuangan mempertahankan maruah Melayu dan Islam kini nampaknya tak boleh diharap lagi.

Apabila maruah mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dicabar oleh Lim Kit Siang mempertikai kewibawaan kepimpinan TDM yang selama 22 tahun yang kononnya boros meleburkan RM100 billion dengan membawa segala pembangunan yang ada hari ini. Nampaknya UMNO diam sahaja.

Kepimpinan UMNO yang ada hari ini langsung tidak sensitif maruah pemimpin Melayu mereka cabar. Mereka lebih sibuk menjaga kepentingan jawatan, harta dan kuasa mereka yang hanya tinggal tidak seberapa lagi.

Jika dahulu mereka bangun bertepuk bersemangat setiap kali TDM menyampaikan ucapan dalam perhimpunan agung UMNO sehingga gegar PWTC dengan suara Melayu ketika itu, hari ini mereka seperti lemah dan longlai.

Jika dahulu perwakilan mereka bercakap berdegar-degar jika mana-mana pemimpin Melayu yang dicabar hari ini mereka langsung bisu dan kelu.

Mungkin kerana tiada apa-apa kepentingan untuk mereka lagi maka maruah TDM tidak perlu dibela lagi.

Itulah UMNO hari ini. Najib harus lah bersedia menghadapi dengan hippokrate-hippokrate ini yang sedang membodek naik asap dan mencium tangan beliau yang sedang berlegar-legar di sekeliling beliau hari ini.

5 comments:

  1. Melayu Mudah Lupa ...
    TDM dah nampak apa akan jadik ngan melayu sekarang. Memang sedih bila jasa TDM disangkal dan dikutuk membabi buta. Melayu mmg bodoh sombong. Pemimpin yang diiktiraf dunia dipinggirkan. Tak salah kalau kita meminta nasihat. Tak salah kalau statement beliau dikaji dan dihargai. Belajar dari yang berpengalaman. Dah jadi resam Melayu...bila dapat pangkat...terbang melayang..tak sedar bila2 boleh jatuh tersungkoq. Bila dah jatuh..salahka orang lain. Sabotaj la...macam2..sampai bila2 pun MELAYU tetap bodoh.

    ReplyDelete
  2. JIka hari ini terjadi pada TDM maka besok akan terjadi pulak pada Najib, seterusnya dan seterusnmya sehingga pemimpin Melayu jadi seperti sebongkah aisberg yang akan hancur dan cair sedikit demi sedikit.
    Can UMNO stop all this?Apa makna Melayu berparti dan berpolitik jika tidak tampil berjuang membela Melayu dan Islam?
    UMNO must champion this!

    ReplyDelete
  3. Salam MT,

    Melayu UMNO terutama sekali Pemimpin di peringkat MAJLIS TERTINGGI,Perhubungan Negeri dan Jawatankuasa Bahagian semuanya kemaruk kuasa,gila jawatan,penting diri sendiri dan ramai yang mabuk mengejar projek dan sama sama bersaing mahu jadi kaya raya.

    Mereka tidak peduli apa akan jadi pada bangsa mereka, yang penting bila aku ada kuasa dan jadi 'WARLORD' aku kena kumpul seberapa banyak harta yang boleh.Bila ahli akar umbi bising tutup mulut mereka dengan RINGGIT.

    Rasa hormat pada pemimpin yang banyak berjasa kepada agama ,bangsa dan negara telah tiada lagi didalam sanubari Pemimpin UMNO sekarang ini ! TUHAN MEREKA IALAH WANG DAN HARTA YANG BERTIMBUN TIMBUN.

    ReplyDelete
  4. UMNO tak BERSALAH.......yg bersalah adalah ahli2 UMNO yg memilih ketua2 mereka.....sapa ketua UMNO MERBOK !!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  5. Pejuang asal UMNO dahulu berjuang untuk memartabatkan agama ISlam dan bangsa Melayu di bumi tercinta ini.Amat malang sekali masakini apabila kebendaaan dan kekayaan menjadi matlamat utama kebanyakan individu pemimpin UMNO.Tiada keihklasan dan kejujuran dalam memulihkan semula imej UMNO diperingkat bawahan menyulitkan lagi proses menjadikan UMNO Juara Rakyat sepertimana di cita-citakan oleh PM.UMNO Kedah menghadapi kesukaran disebabkan budaya "cah keting"masih berleluasa.

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.