24 August, 2009

Merbok dalam Sejarah


Keratan akhbar di atas dipetik dari Berita Harian 13/9/1995 di mana Daim menerima tamparan yang hebat di Bahagian Merbok apabila Daim cuba ditentang oleh Datuk Zainol Abidin Johari yang merupakan mentor Tajul Urus Mat Zain. Penentangan ini tidak lain dan tidak bukan hanya ingin memporak-perandakan kepimpinan Daim sebagai Ketua Bahagian di Merbok.

Daim yang begitu banyak berjasa di Merbok telah menjadi mainan politik mereka ini sehingga Daim keciwa dan menarik diri dari pertandingan kerana tidak mahu berlaku puak-puak dan kumpulan di dalam UMNO Merbok.

Cerita yang sebenarnya bermula sejak dari awal kemasukan Daim sebagai Senator ke Bahagian Merbok. Daim telah ditentang habis-habisan oleh kumpulan Datuk Zainol Abdin Johari, Ketua Bahagian dan Tajul Urus Mat Zain yang merupakan Ketua Pemuda pada ketika itu.

Penentangan ini dizahirkan sehingga semua aktiviti-aktiviti Daim diboikot, pejabat serta dewan-dewan ditutup, Daim tidak langsung diberi ruang untuk bertemu ahli-ahli UMNO malah bermacam-macam tindakan politik kotor dilakukan.

Inilah akibatnya politiking di Merbok yang tidak kesudahan sehingga ke hari ini. Selagi ada saki-baki kumpulan ini sesiapa juga yang ingin turun berkhidmat secara ikhlas di Bahagian Merbok akan dipancung hidup-hidup.

23 comments:

  1. Betoi tu..ms Daim di calonkan sebagai Ahli Parlimen Merbok..bilik gerakan dia buat sendiri tanpa menggunakan khidmat UMNO Bahagian..bayangkan betapa susahnya Daim pd ketika itu..kecam sungguh Pentadbiran UMNO pada ketika itu dan sekarang

    ReplyDelete
  2. MELAYU 2020... said

    Awat hampa dok sakan baca surat khabar dulu-dulu... Zaman Daim dah habis .... Dia dah jadi sejarah .... Sejarah apakah yang akan tercipta sekiranya hampa semua ini kaki bodek sejarah tak reti pandang kedepan ???? PANDANG LA WAWASAN 2020 ... UMNO akan hilang kalau ada beruk-beruk macam hampa yang menjadi perosak MELAYU zaman INI...

    ReplyDelete
  3. MELAYU 2020,
    Hang jangan kata kami beruk....Hang akan tengok beruk-beruk inilah yang akan bangkit dan ranapkan Melayu yang tonggek kat Spura macam Tajul tu....Biar sampai dia terkencit kot jalan.
    Cakap jangan angkuh sangat..

    ReplyDelete
  4. assakamualaikum,
    Sebenarya YAB Tun Daim adalah Bapa Pembangunan Merbok.Semua berkaitan kepentingan rakyat dirancang dan di laksanakan .Dari segi pendidikan,kemudahan asas seperti jalan,jambatan dan hal2 keagamaan diambil kira dan dilaksanakan.Uitm,MRSM dan Sekolah2 baru yang didirikan adalh hasil usha Tun Daim selama 20 tahun beliau menjadi Ahli Parlimen Merbok.Sesiapa yang nak ganti Tun Daim mesti lebih baik dari Tun Daim.

    ReplyDelete
  5. Walaupun semua ini telah menjadi suatu titipan sejarah,namun sejarah sebeginilah harus disebarkan agar orang yang tidak tahu mengenainya akan tahu mengenai sejarah lampau,dan bagi orang yang tahu tetapi buat tak tahu,atau lupa dan sengaja buat lupa tentang sejarah boleh mengingatinya semula kerana sejarah adalah sesuatu yg fakta dan orang yang tahu mengenai sejarah serta tahu menghargainya adalah orang-orang yang mengenali siapa diri mereka sebenarnya.

    ReplyDelete
  6. Melayu 2020...hg xsek ka or sek takat darjah 6..sejarah bermaksud kisah zaman dahula kala/silam...yg akan tercipta kita xpanggil sejarah lg la mangkuk...ni la pemikiran puak-puak tajul yg xreti apa..mcmana tajul nak jd pemimpin di Merbok? Tajul pun bukan xdak sejarah ngan Tun Daim..masih ingat tak lg bagaimana Tajul mencekak baju Tun Daim? Masih ingat tak lg kenapa Tajul di hantar ke Australia? Jgn kroni Tajul pandai2 menjawab yg Tajul p Australia tu utk further study...nak tau jawapanya kena tanya sejarah...Ni lah sebabnya Sejarah amat bermakna kepada kita semua.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum.
    Pembinaan pasarana yang dicetuskan oleh YAB Tun banyak membantu penduduk kampong secara langsung ataupun tidak langsung.Antaranya pembinaan Titi Semeling yang mana memendekkan perjalanan penduduk sekitar Bujang,Merbok dan Tanjung Dawai ke Pekan Sg.Petani.Dengan terbinanya titi semeling sebuah kampong ujud yg dinamakan Kg.Baru Pengkalan Semeling hasil usaha ADUN Tg.Dawai pada masa itu iaitu Dato Badri Yunus dan YAB Tun Daim.Inilah contoh pemimpin contoh pemimpin yang diharapkan dapat membantu rakyat merbok dalam semua aspek. Pada suatu masa bila disebut 'MERBOK' orang akan berkata...000 " TUN DAIM ".

    ReplyDelete
  8. tanya Tun Daim bila dia mula mai Merbok, siapa buat jamuan makan malam di sek. men. Merbok......... bukan budak Tajul itu ............ tanya Tun Daim siapa yang jadi Jeneral Arwah Dato' Non Johari?? bukan Major Anuar belajar lah sejarah Merbok..........

    ReplyDelete
  9. yang dok kalut haramkan Tun Daim jadi Ketua UMNO Bahagian Merbok masa tu, tak lain tak bukan semuanya kerja Mejer Anuar keparat tulah.., kalau hangpa nak tau mai...

    ReplyDelete
  10. banyak mana pun Tun Daim berjasa dalam merbok, Majer Anuar tak pernah nampak kebaikanya yamng dia tau sapa jadi ketua bahagian semuanya dia maki dan tentang, start daripada Tun Daim, Pak Jang Badri, Dato Mie janggut semua dia lawan, apa yang dia tak maki depa ni waktu tu.., dunia belum kiamat, kerja buat dia juagak lah yang dok porak peranda umno bahagian merbok sampai la ni.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum

    Pembangunan bagi satu kawasan Parlimen sudah tentu menjadi halatuju dan tanggungjawap seseorang Ahli Parlimen. Pada awal penggal YAB Tun Daim menjadi Ahli Palimen Merbok beliau telah mengadakan satu seminar pembanguan yang melibat semua pemimpin akar umbi. Seminar selama 2hari yang berlangsung di intan sg.petani juga melibat pegawai kerajaan yang berkaitan telah mengahasil input yang positif. Dari input akarumbi itulah YAB Tun merancangan dan membangun Merbok.

    UiTM Merbok terbina dari hasil perbicangan Mesyuarat UMNO Bahagian Merbok semasa YAB Tun menjadi Ketua Bahagian. Jawatakuasa cadangan UiTM di pengerusikan oleh Allahyarham Haji Mahmud Haji Hamid (Kg.Hilir) dan AJK terdri Allahyarham Osman Salleh (PakTam Man Bujang) , Haroon b Mat –Belau dan Jamaludin Jaafar (Din JJ).

    Ini adalah satu contoh bagaimana kepimpinan UMNO pada masa itu juga membantu merancang membangun Parlimen Merbok dari segi pendidikan.

    Dalam soal pembangunan pendapat agar umbi diambil kira . Sifat ini dilihat ada pada YAB Tun Daim. Bagaimana Tun menerima padangan ketua2 cawangan seperti Allahyarham Pak Ya Sireh Bendang Dalam bagi menetapkan Hari Persidangan Bahagian. Begitu juga Tok Morat Thai Eng Estate bagaimana merancang kemasukan bekalan eletrik ke estate tersebut dan banyak lagi ketua cawangan yang memberi pandangan. Dan semua pandangan mereka yang bernas ini di terima oleh YAB Tun Daim. Ini adalah ciri yang sebaiknya ada pada seoarang pemimpin yang dekat dengan rakyat.

    Amat malang , ada juga manusia yang tidak mengenang budi dan jasa sanggup menghina YAB Tun dengan mencalonkan beliau sebagai Pemeriksa Kira-Kira UMNO Bahagian Merbok. Renongkanlah.....................

    ReplyDelete
  12. Anom 8.37 AM,
    Singkapan tuan dikira tepat dan bermaklumat. Sebagai Melayu yang pandai mengenang budi mereka tidak lepas dari kajian Sejarah yang penuh fakta dan sentiasa mengambil iktibar dari kesilapan yang lepas dan menjadikan panduan setiap kejayaan yang dikecapi.
    Tetapi yang dukacitanya tidak ramai AJK Melayu UMNO Merbok yang rasional sebegini. Mereka lebih bertindak emosional dan berhujah tanpa fakta membabi-buta.
    Mereka mudah dibeli dan sesiapa yang membeli mereka adalah tuan mereka.
    MERBOK PERLU BERUBAH!

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum

    Terima kasih " Merbok Times " atas respon. Kalau nak maju mesti ada ilmu. kita juga harus belajar dari sejarah kerana sejarah mengajar kita lebih dewasa. Bagitu juga dalam kehidupan seharian dlm apa juga aspek , ekonomi,politik atau lain lagi. Tanpa dulu tidak ada sekarang, yang tua dihormati,bukan dihina dan dicaci,yang muda dikasihi bukan diketepi.Sejarah tidak boleh diubah,bagitu juga sejarah Parlimen Merbok,jasa YAB Tun Daim kepda rakyat merbok tidak terkira. Sumbangan beliau terhadap keagamaan,pendidikan sosio ekonomi amat ketara.Sumbang bakti beliau tidak terbalas. Malangnya selepas beliau tidak lagi menjadi pemimpin Merbok tidak ada mana2 pihak pun setakat ini nengadakan apa program bagi membalas jasanya kepda KITA semua rakyat MERBOK.....adakah kita juga lupa sejarah.....?

    ReplyDelete
  14. Setahu saya semua pemimpin-pemimpin yang pernah berjasa di Merbok bukan setakat Daim tetapi semuanya apabila telah berkhidmat membawa sepi seperti membawa diri masing-masing.
    Pemimpin yang ambil alih langsung buat bodoh kerana takut jawatan yag depa pegang akan diambil balik.
    Itulah tradisi Merbok.

    ReplyDelete
  15. Merbok suatu nama yang tak asing bagi UMNO...semasa TUN DAIM memimpin dan MP Merbok sangat dihormati....mengapa hari ini nampaknya bahagian Merbok ini agak kalam kabut.....kalau di amati ketua2 cawangan yang ada dan pemain2 utama politik UMNo merbuk masih yg sama....karektor dan kelaku rasanya tak banyak berubah...Mereka2 ini masih lagi dlm kepompong sendiri..rasanya mungkin mereka ini lupa yg bhg Merbok semua kerusinya kalah....Mana cerdik pandai yg ingin berkhidmat dgn UMNO Merbok...kalau ada ianya disiseh dan disabotaj supaya putus asa dan keluar dari kepimpinan bhg ..inilah yg terjadi kepada NAIB KETUA WANITA yang khabarnya meletak jawatan baru2 ini .......inilah sindrom politik MERBOK...tanyalah ROSNAH MAJID mengapa dia meletak jawatan ketua Wanita bahagian.....Khabarnya semasa PEMUDA UMNO bhg MERBOK bermatian pertahankan TUN MAHATHIR yg di kecam TEROK OLIH PAKLAH dan KEPIMPINAN negeri DET khalid.....tidak ada sokongan dari bahagian malahan menekan dan sabotaj bermacam2 cara............PARLIMEN MERBOK berada didalam kawasan bandar sungai PATANI yg rata2 pendudoknya ada pelajaran dan berilmu tinggi ,mereka bolih menilai apa yg pemimpin umno lakukan......

    ReplyDelete
  16. Kalau nak tau manusia yang paling jahat di kalangan UMNO Merbuk ialah Major Anuar.Pengacau dan Plesit serta penasihat lpd bloggers.......Baguslah pergi mengerjakan Umrah mohon taubat tapi mengumpat dan kerja jahat dia tidak akan terlepas kecuali dimaafkan oleh manusia tertentu.

    ReplyDelete
  17. Hai Jebat..

    Lidah mu bila berkata biar berlapik...
    Kerja taubat, pahala dosa bukan kau yang tentukan..
    Lebih baik kau ber TAUBAT...

    Selamat Berpuasa..

    ReplyDelete
  18. dalam banyak-banyak AJK Bahagian Merbok yang paling cerdik tak lain tak bukan Pak Tuan Syed Osman Al-kohol atau sugar dady kepada beberapa orang puteri umno Merbok, dia makan keliling, pelakon tua tak sedar diri, la ni dok pakat dengan JJ dok hentam Romli boroi (7juta) sebagai Setiausaha bahagian.

    ReplyDelete
  19. Ustaz din JJ pun orang yang paling berjasa dalam kg telok.. sayangnya persidangan bahagian tahun ni dah tak bawa keratan akhbar untuk berhujah dalam persidangan... tak pa lah din keratan akhbar tu masuklah dalam blog ni.. boleh kita tengok ramai-ramai... ada lagi ka cerita zaman tok non ,pak njang.. ?

    ReplyDelete
  20. Suku sakat mejor anuar bloges keparat perosak melayu pun bodoh... Daim jadi ahli parlimen 2o tahun.. boleh buat satu dua projekpun hangpa dah puji bagai nak rak.. aku rasa kalau tajul jadi menteri kewangan 20 tahun.. merbok dah jadi parlimen contoh di Malaysia. Pekan Merbok tak la macam sekarang ni.. La ni Tok mi pun lari pi beli rumah di Bertam. Awat tak larat nak duduk di Bukit Selambau lagi ka... Punya la bodo hangpa ni !

    ReplyDelete
  21. Anom 6:15
    Kalau Tajul jadi Menteri Kewangan pungkok kita dia jual. Hang tengok apa jadi dengan Kedah Holding apa jadi dengan padang golf Langkawi? Semuanya dah ditonggek kepada syarikat Singapura.
    Berapa banyak Tajul dapat projek nego Usima? Semuanya untuk temolok dia bukan untuk rakyat.
    Itu baru jadi Chairman Kedah Holding.
    Peeeraaaahhh

    ReplyDelete
  22. Izinkan dicerita satu peristiwa sejarah di Bhg Merbok :
    " Didalam usaha gigih untuk menjatuhkan Daim (sekarang YAB Tun)sebagai Ketua Bahagian beberapa tahun dahulu , satu kumpulan telah cuba melahirkan undi tidak percaya terhadapnya.Usaha ini dibuat secara teliti dan terancang oleh kumpulan ini, yang ahli-ahlinya masih ada di Merbok sekarang ini.TETAPI usaha ini telah digagalkan oleh sekumpulan pemimpin Bahagian yang diketuai oleh Arwah Dato' Hj Hashim Othman, Timbalan Ketua Bahagian waktu itu.Beliau telah dalam masa dua hari sahaja dapat menghimpunkan beribu-ribu ahli UMNO yang terdiri daripada ahli-ahli biasa, Ketua2 Cawangan, pemimpin2 sayap, ahli-ahli dari parti komponen dan rakyat setempat.Dengan membawa berpuluh-puluh sepanduk dan semangat mempertahan kepimpinan Daim, mereka berhimpun di Sekolah Seri Aman Bedong untuk menyampai mesej bahawa usaha yang cuba dibawa oleh 'kumpulan tertentu' itu tidak diterima sama sekali oleh sebahagian besar ahli dan rakyat di Merbok.Maka selepas itu, walaupun masih ada usaha2 untuk memburuk2kan kepimpinan Daim, ianya ibarat sebagai angin lalu sahaja. Terasa tetapi tak siapa ambil peduli !

    Sedikit iktibar dari peristiwa sejarah ini :

    a) sebaik mana seorang pemimpin itu, akan ada
    juga usaha untuk menjatuhkannya dengan cara yang tidak 'gentleman' seperti usaha mencalonkan Daim sebagai Pemeriksa Kira-Kira Bahagian,memburuk2kan namanya, memperkecil2kan
    sumbangannya,memboikot aktiviti-aktiviti yang dianjurnya dsb

    b) tetapi akan ada pula golongan yang bukan sangat hendak membela seseorang pemimpin itu, tetapi lebih kepada TIDAK mahu ahli UMNO di Merbok dilihat sebagai bercakaran sesama sendiri,yang boleh melemahkan semangat kekitaan, yang boleh memberi persepsi yang buruk terhadap parti, justeru boleh diambil kesempatan oleh pihak musuh

    c)akan wujud golongan yang akan bertindak atas kepentingan diri atau puaknya tanpa memikir tentang implikasi buruk terhadap parti

    d) boleh terkumpul beribu ahli UMNO dan penyokong dalam masa dua hari menempakkan secara jelas semangat juang ahli-ahli parti untuk mempertahan keharmonian dan kesejahteraan di dalam Bahagian.

    e) di dalam perhimpunan itu, terpancar jelas kerjasama di antara sayap Pemuda dan Wanita dengan Bahagian (Puteri belum wujud lagi); terbukti golongan Wanita dan anak muda waktu itu faham akan tugas dan perannanya untuk bertindak CEPAT , berhimpun (cuaca kurang baik petang itu) untuk menentang sesiapa atau sesuatu yang akan menjahamkan parti.

    f) jika masih ada orang-orang yang terlibat dengan peristiwa itu di kalangan kita sekarang ini, adakah tidak mungkin mereka boleh 'mengulangi sejarah' ? Apa pula 'agenda yang tersembunyi' kali ini atau sudahkah diperturunkan 'ilmu mereka' kepada golongan yang baru ?

    Saudara/Saudari bolehlah fikir sendiri dan tambahkan ulasan tentang iktibar dan pengajaran yang boleh ditimba dari satu coretan sejarah !

    Terima kasih dan Salam Perjuangan !

    ReplyDelete
  23. Kalau aku jadi Menteri Kewangn 20 thn Merbok dah maju dah.Aku lihat TG. Dawai dari dulu sampai sekarang tak ubah punnnnnnnnn.Hang pa tau ka Daim buat duit banyak mana semasa di jadi Menteri Kewanagan?Projek amanjaya tu dia jual nak tau dia untung banyak mane?Tanah untuk pejabat kerajaan dkt dgn hopspital baru dia buat untung sakan tiga keturunan duit dia tak habis!!Bodoh sanagt ker Merboktimes!!Nak puji pujilah tapi jangn melampau sangat.

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.