KUALA LUMPUR: Polis sedang menyiasat sekiranya enam butir bom tangan yang ditemui di sebuah hotel murah di Brickfields baru-baru ini mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata bom tangan itu ditemui hasil serbuan oleh sepasukan polis ke atas hotel berkenaan pada kira-kira pukul 2.30 petang Rabu lepas.
"Bagaimanapun tiada tangkapan dilakukan setakat ini dan kes ini masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi malam Sabtu.
Katanya kes itu disiasat di bawah Akta Senjata Api dan Bahan Letupan 1957, dan beliau enggan mengulas lebih lanjut mengenai kes itu.
Sementara itu Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/Anti Pengganas) Ibupejabat Polis Bukit Aman Datuk Mohamad Fuzi Harun berkata siasatan dalaman mendapati bom tangan itu tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana kumpulan pengganas, namun siasatan masih dijalankan. -BERNAMA
Salam,
ReplyDeleteSoal bom dsb ni tak mau komen. Biarlah polis jalankan siasatan. Kita yakin pada keupayaan pasukan polis kita walaupun puak 'three stooges' dalam pakatan yang nak reput tu sering mempertikaikannya.
Yang nak dikomen sikit ialah keputusan p/raya Sarawak. Itu pun tak mau tulis banyak, sekadar nak ucap 'tahniah' pada PAS atas kejayaan abangnya DAP menambahkan kerusi. Semoga selepas ni bertambahlah kasih sayang hangpa.
Kepada Dsai, selamat meneruskan mimpi untuk menjadi PM. Kalau tak ada aral tujuh lapan ribu tahun lagi tercapai la kut cita-cita datuk seri tu...
Mungkin telah didapati bom itu telah mati mengejut jadi tidak bolih kaitanya dengan kumpulan penganas.
ReplyDelete