14 November, 2012

JEPUN HASILKAN SELUAR DALAM TAPIS BAU KENTUT

Punca kentut seringkali dikaitkan dengan makanan yang berangin seperti gulai nangka, sayur daun keti, sayur munggai dan yang paling cepat punca kentut ialah apabila makan biji nangka atau biji cempedak rebus.

Berita Harian melapurkan di Tokyo sebuah syarikat Seirin tekstil Jepun telah membangunkan teknologi seluar dalam yang dikatakan mampu mencegah bau yang tidak diingini.

Seluar dalam yang dapat meneutralkan bau kentut terbukti mendapat sambutan hangat di kalangan ahli perniagaan yang kuat bekerja dan yang kerap melepaskan bau sehingga mendatangkan masaalah ketika berhadapan orang ramai.
 
Nami Yoshida, seorang jurucakap syarikat Seiren yang mengeluarkan produk itu menyatakan mereka mengambil masa beberapa tahun untuk membangunkan seluar dalam deodoran pertama yang cukup selesa dipakai dalam kehidupan seharian malah segera menghapuskan bau busuk.

Menurut Nami pada mulanya mereka hanya terfikir untuk menjualnya kepada mereka yang memerlukan penjagaan di rumah orang tua dan hospital. Namun sebaliknya yang amat mengejutkan mereka ialah apabila sambutannya lebih popular di kalangan ahli perniagaan.

Seluar dalam itu menggunakan bahan partikel seramik penyerap bau di dalam bahan gentian. Seiren membangunkan teknologi itu selepas dihubungi seorang doktor yang mahukan sesuatu untuk menutup bau najis yang dikeluarkan mereka yang menghidap penyakit usus.

Kini syarikat itu telah berjaya menghasilkan sebanyak 22 barangan lagi di antaranya stokin yang mencegah bau kaki dan baju-t yang mencegah bau ketiak.

Tidak mustahil juga suatu hari nanti Malaysia juga akan berjaya mencipta sarung kencing bagi mencegah bau haring kencing pemimpin politik.

No comments:

Post a Comment

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.

Post a Comment